Salam to all,

Telah lama blog ini terkubur, entah kenapa tiba2 aku rasa ingin menulis semula. Blog ini aku create Dec 2009 dan kini hampir 3 tahun. Pada 26 sept ini genaplah 3 tahun kami berada di bumi kangaroo ...meneruskan pengajianku di peringkat PHD.

PHD STUDY

Bila teringat fasal PHD, semakin difikirkan semakin risau dibuatnya hati ini. Ada kawan telah siap sehingga chapter 6, ada yang tengah buat discussion, ada yang tengah buat analysis, semua stage pun ada...tapi aku?????? rahsia besar!!! lebih advance dari orang lain...nanti aku ceritakan apa berlaku dan aku diperingkat mana ;)

MUHASABAH DIRI

Semua perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t, dalam kesibukan sebagai seorang pelajar, tugas hakiki sebagai isteri dan ibu tak pernah hilang. Justeru itu hidup kita kena seimbangkan dgn tugas2 yang lain walaupun pada dasarnya kita dihantar (minta dihantar) ke sini utk belajar.

Sebagai manusia biasa adakalanya (biasa juga) aku mengeluh keletihan dik tugas2 harian. Maklumlah semasa di Malaysia ada bibik yang membantu, semua2 pun " bik tolong ambik ...... " itu, ini dan macam2 lagi, tapi di sini akulah bibik! kadangkala rasa marah membuak2 bila kita rasa we are not appreciated, contoh paling simple ialah bila anak komplen..."la ingatkan ibu masak.....", sedangkan kita beria2 masakkan makanan utk the whole family. Dalam hati berkata "sungguh tak tahu nak berterima kasih!!". Tapi bila aku tengok muka anak2 ku, aku terus mengingatkan diriku sendiri " Inilah pelaburan ku di dunia, merekalah yang akan memberikan saham kubur ketika aku mati nanti, merekalah yang aku harapkan mendoakan aku dan semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Setiap kali aku penat melayan kerenah keluarga, aku katakan pada diriku sendiri " mudah2an Allah akan berikan aku layanan yang istimewa di akhirat nanti" dan aku cuba sedaya upaya mengikhlaskan diri membuat tugas2an sebagai isteri dan ibu. Bila ku pikir2 begitu, tenang rasanya hati ini kerana aku tahu Allah akan memberikan balasan yang setimpal di akhirat nanti.

Bila aku rasa aku amat kesuntukan masa untuk mengejar "dateline" PHD ku, tetiba ada pulak lah yang minta itu dan ini, dan aku terpaksa berhenti untuk menyelesaikan sesuatu yang ku anggap remeh...pastinya itu mengundang ketidak ikhlasan dalam diriku, tapi cepat2 ku katakan pada diriku " bila kita menunaikan hajat orang lain, Allah akan tunaikan hajat kita ...so tunggulah Allah akan permudahkan urusan kita ni dengan cara yang kita tak jangka". Itu sebab kekadang kerja yang patut siap dalam seminggu bila Allah nak permudahkan dalam satu hari pun boleh siap...so kecemburuanku terhadap kengkawan yang tiap2 hari ke uni hilang serta merta kerana aku dapat menyiapkan tugasan ku kekadang di rumah bersama keluarga. Alhamdulillah.

KERENAH HIDUP DI NEGARA ORANG
Banyak perkara terjadi sepanjang 3 tahun kehidupan di sini, cumanya entry "warm up" kali ni nak cerita fasal rezeki yang Allah kurniakan kepada kami. Aku baru saja melahirkan anak yang ke 5 pada 31 Julai yang lalu bersamaan 10 Ramadhan 2012. Tak pernah ku duga Humairah akan wujud dalam kehidupan keluarga kami, namun itulah ketentuan Allah. Ingatkan Hisham is the last one/ bongsu) yang lahir pada 26 Oktober 2010, rupa2nya Allah berikan lagi kami anak yang memang kami tak jangka. Syukur Alhamdulillah Humairah lahir pada jam 5.06 pagi di Hospital Frankston. Entry akan datang aku ingin kongsikan bagaimana kisah2 kami pelajar di Australia mengalami masalah untuk access kemudahan perubatan.

azan subuh telah berkumandang, spring ni subuh masuk awal (sekarang jam 4.57 pagi) dan syuruk dalam 6.15 pagi, kena gerakkan anak2 bangun solat. Jumpa lagi di next entry InsyaAllah

Post a Comment

 
Top