Sesekali menjengah ke group disleksia hati saya meronta-ronta untuk menulis dan berkongsi pengalaman. Namun kekangan masa terkadang hanya sempat like dan baca sahaja. 
.
Mahu saya kompilasikan soalan-soalan yang dikemukan dan perkongsian ibu bapa dalam group itu untuk saya jawab. In sha Allah doakan saya.
.
Mohon bantuan pegawai-pegawai di Jabatan Pendiddikan Negeri, guru-guru pendidikan khas serta aliran perdana untuk membetulkan apa yang silap dalam perkongsian saya ini. 
.
Ketepatan fakta kalau di Jabatan Psikiatri di HUSM mungkin tidak perlu dipertikaikan, tetapi pengurusan di pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah dan Negeri serta hospital di tempat selain HUSM pasti ada perbezaannya.
.
Saya cuba ringkaskan.

1. Jika anak tuan puan disyakki mengalami masalah dalam pembelajaran tidak kira peringkat persekolahan, usahakan supaya anak terus dirujuk kepada pakar psikiatri kanak-kanak.
(Sila kenalpasti hospital yang mempunyai pakar/visiting pakar).

2. Cara rujukan adalah melalui surat rujukan dari mana-mana doktor kerajaan di hospital atau klinik kesihatan atau swasta. Khas di HUSM guru sekolah dibenarkan merujuk terus kepada kami setelah berbincang dengan staf nurse unit psikiatri kanak-kanak.

3. Sediakan buku rekod untuk kemajuan anak tuan puan sendiri selain yang direkodkan di klinik ibu dan anak. rekodkan perkembangan pembelajaran anak-anak dalam buku rekod ini. Contohnya: Amin menulis b dan d terbalik, catitkan usia ketika itu. 
                    Siti tidak dapat menyambungkan 2 suku kata
                    Ali tidak memahami apa yang dieja atau dibaca


Ramai doktor-doktor yang baru habis housemanship ditempatkan di klinik kesihatan di seluruh negara kurang arif masalah disleksia dan pembelajaran yang lain. (Saya pernah bertugas di klinik kesihatan sebelum ini, jadi saya tahu tahap mana ilmu tentang masalah pembelajaran di kalangan doktor, saya juga mengajar pelajar perubatan di HUSM topik child psychiatry... tidak terlalu detail pendedahan sekadar tahu dan mungkin tidak dapat mendiagnose).

4. Kalau doktor di fasiliti kesihatan mempertikaikan tentang rujukan kepada pakar psikiatri...sila print out pos saya ini dan berikan kepada mereka agar mereka faham. Tuan puan lebih tahu tentang anak-anak tuan puan dan kebolehan pembelajaran mereka jadi ikut instinct tuan puan. Cuma pastikan ianya suatu yang masuk akal. Jangan rujukkan anak umur 4 tahun dgn claim ada disleksia ya ;)
.
Pastikan rujukan terus ke klinik psikiatri. Sekiranya tiada masalah perubatan yang lain rujukan ke klinik pediatrik atau pesakit luar hanyalah membuang masa sahaja.

5. Setelah mendapat surat rujukan,  untuk memudahkan tuan puan, sila dapatkan nombor telefon klinik psikiatri yang terlibat (dari doktor yang merujuk) dan tanyakan dari staf klinik psikiatri prosedur rujukan kes baru.
.
Ada yang cukup dengan telefon saja, ada yang perlu sesi interview ringkas dan ada yang kena tunggu "intake meeting". Jadi jangan buang masa menunggu dan berbaris di hospital tetapi akhirnya hanya disuruh balik tanpa mendapat tarikh appoinment.

6. Sekiranya anak tuan puan telah pun pergi mendapatkan terapi di unit jurupulih carakerja atau patologis pertuturan teruskan terapi dan minta terapis rujukkan ke klinik psikiatri untuk proses pendaftaran OKU dsb jika ada masalah dengan pihak pentadbir sekolah tentang penempatan kelas aliran perdana vs ppki.

7. Penilaian yang biasa dilakukan di klinik sebagai multidisciplinary team adalah pemeriksaan mata, telinga, audiologi, IQ jika perlu dan tetapi carakerja. 
.
Menentukan diagnosis disleksia bukanlah suatu yang mudah dan penilaian memakan masa yang panjang juga. Jangan kecewa dan terlalu bimbang tentang diagnosis. Apa yang penting adalah intervensi awal yang perlu disegerakan. 
.
Sekiranya temujanji agak lama... andai anda mampu carilah terapi carakerja atau pertuturan yang berbayar. Belajar dari terapis bagaimana membantu anak-anak di rumah. 
.
Penilaian IQ dan penilaian khas dari Pusat Disleksia Malaysia akan membantu ketepatan diagnosis tetapi tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas intervensi awal. Jadi jangan tunggu untuk mulakan intervensi. Sebab itu cadangan saya terus ke klinik psikiatri dulu sebelum ke tempat lain.
.
Guru-guru disleksia juga terlatih untuk mengesan pelajar dengan gejala disleksia di peringkat awal. Boleh bincang dan dapatkan pendapat guru.
.
8. Semasa penilaian oleh pakar psikiatri kanak-kanak biasanya perbincangan dengan ibu bapa akan menjurus kepada

a. Diagnosis
b. Isu nak daftar OKU atau tidak
c. Isu penempatan di sekolah aliran perdana atau pendidikan khas integrasi (disleksia)
d. Isu anak mungkin tiada perhatian khusus jika di aliran perdana kerana guru akan lebih fokus kepada pelajar yang berpotensi cemerlang dalam akademik.

* sekolah yang mempunyai ppki integrasi (disleksia) ini sangat terhad. Ini mungkin menyebabkan ibu bapa tidak mahu memindahkan anak ke sekolah yang lain kerana faktor lojistik.  Dalam kes seperti ini ibu bapa berhak untuk kekal di sekolah asal.
.
Biasanya sekolah akan masukkan anak ini ke program pemulihan khas. Namun perlu diingat cabarannya memang sangat besar kerana bila kembali semula ke kelas aliran perdana,  sistem adalah memihak kepada pelajar yang "tanpa masalah pembelajaran". 
.
Pendidikan inklusif masih jauh untuk dipraktiskan di Malaysia kerana guru-guru belum bersedia untuk melaksanakannya. Jadi mangsanya adalah pelajar berkeperluan khas yang tidak mahu ke Program pendidikan khas integrasi (ppki). 

(Sekiranya program inklusif dapat dilaksanakan, ini adalah program yang terbaik.  Ini kerana dalam pendidikan inklusif, guru-guru akan menyesuaikan pembelajaran dalam aliran perdana mengikut tahap kemampuan pelajar,  bukan pelajar yang perlu mengikut sillibus di aliran perdana)
.
Namun jika di ppki pula walaupun guru mempunyai banyak masa menumpukan perhatian dan membantu, ada pelajar yang tidak gembira di label OKU kerana bila mereka semakin cerdik, status OKU ini menjadi stigma dalam diri mereka dan menyebabkan mereka merasa rendah diri.
.
Jadi ada pros and cons pendaftaran OKU ini. Naikkan semangat anak dan katakan pada mereka kiranya mereka telah didaftarkan sebagai OKU - mereka bukan Orang Kurang Upaya tetapi Orang KUAT Upaya atau apa saja yang akan menaikkan semula harga diri mereka.

.
Personally saya memang tidak suka mendaftarkan anak-anak dengan disleksia sebagai OKU, itu hak ibu bapa. Namun untuk mendapatkan kemudahan dalam sistem persekolahan di Malaysia banyak yang kita akan rugi tanpa pendaftaran ini. Jadi saya selalunya memulangkan kepada ibu bapa untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu anak mereka didaftarkan atau tidak.

Harapan saya satu masa nanti, Malaysia akan mempunyai sistem yang lebih baik dari status OKU anak-anak ini. Mereka berhak dilayan seperti pelajar biasa, mengapa perlu dibezakan.

Selesai... *** ini pendapat peribadi saya. 

Sekiranya anak tuan puan ada mild disleksia dan tiada kelas disleksia di sekolah berdekatan atau sekolah asal, tak perlu masuk ke ppki biasa kerana dari pengalaman saya pelajar ini akan kecewa di masukkan ke ppki kerana mereka boleh belajar seperti pelajar lain cuma memerlukan lebih masa dan teknik yang berbeza. 

Namun ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dengan guru-guru tentang expectation dari ibu bapa. Ini sangat penting, kerana kebimbangan guru adalah jika pelajar tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran. Guru-guru juga merasa tertekan dengan tugasan lain yang perlu mereka lakukan. sillibus pengajaran perlu dicapai dan dihabiskan mengikut jadual. Itu belum lagi dengan peperiksaan, kursus, kerja-kerja luara dan sebagainya,
.
Saya galakkan pelajar yang mengalami masalah disleksia yang agak berat, asah kemahiran anak-anak ini. Ubah mentaliti kita "kalau anak tak pandai akademik, mereka bukan budak pandai". Itu silap besar. Allah kurniakan semua orang dengan kelebihan masing-masing. Jadi cari kelebihan mereka dan asah bakat mereka untuk berjaya dalam hidup, Bukan kecemerlangan akademik semata-mata.

Ada ramai orang berjaya yang disleksia. Mempunyai kemahiran adalah bonus sebenarnya. Percayalah dengan kemahiran mereka dapat terus hidup. Jangan terlalu menekan dan memaksa anak-anak menulis dan membaca sehingga menyebabkan mereka kecewa kerana "belajar pun tak pandai-pandai".
.
Laluan pelajar dengan masalah disleksia memang sukar, ibu bapa perlu mempelajari kemahiran dan teknik pembelajaran anak-anak ini. Dengan bantuan guru-guru dan ibu bapa pelajar dengan disleksia ini pasti akan menemui kaedah pembelajaran yang memudahkan mereka belajar. Cara mereka belajar tidak serupa dengan pelajar biasa. jadi jangan paksa mereka untuk menggunakan teknik biasa tetapi kenalpasti apa kaedah yang paling sesuai. Biasanya mereka sendiri yang tahu the best way to learn!

*** pelajar yang gagal ujian literasi dan numerasi (LINUS) di HUSM tidak diterima sebagai kes baru di klinik psikiatri tetapi unit kami akan keluar untuk mengadakan pemeriksaan secara komprehensif secara berpusat dengan kerjasama JPN Kelantan mengikut daerah iaitu program OUTREACH LINUS. 
.
Hanya kes yang ada kecemasan dan keperluan intuk dilihat di klinik akan diterima seperti hiperaktif atau kemurungan.
.
#drnorzilazakariapakarpsikiatri
#ebook7TipsKomunikasiDenganAnak2






Post a Comment

 
Top