Setibanya kami di pintu depan kedai semua meluru masuk ke seksyen yang mereka gemari. Humairah terus memilih pelekat-pelekat untuk membuat toys, Hafizah, Hidayah dan Hafiz mencari water brush kerana itu yang memang mereka mahukan. Hisham berlari ke sana sini, bingung mana satu hendak dipilih.
Hampir lebih setengah jam di kedai saya juga memilih beberapa buku untuk brain exercise iaitu crossword puzzle and Sudoku.
Sesampainya di rumah, Hisham yang membeli buku bergambar untuk diwarnakan (ultraman kosmos) telah tertidur di dalam kereta. Hafiz dan Humairah kelam kabut mahu membuka peralatan mereka. Oleh kerana mata saya pun sudah mengantuk maka saya terpaksa menggunakan kuasa veto, esok pagi sahaja boleh bermain dan memulakan aktiviti seni.
Bangun pagi, Hisham terus memegang buku ultraman kosmosnya, memberitahu abangnya dan mereka mewarna bersama. Saya ke dapur memasak nasi lemak bila melihat ada lagi sambal tumis lebihan nasi lemak 3 hari lepas. Anak-anak saya memang sukakan nasi lemak, saya rebuskan telur 5 biji dan sambil-sambil itu saya menyiapkan penulisan saya tentang Piaget Cognitive Development.
Tiba-tiba Hafiz berlari mendapatkan saya di dapur dengan memegang buku mewarna Hisham dan bertanyakan boleh tak sekiranya Hisham mahu memotong kulit buku bahagian belakang yang terpapar gambar 2 ultraman sepanjang saiz kertas A4 dan mempunyai tanda putus-putus dan gambar gunting menunjukkan maksud ianya boleh dipotong.
Saya menjawab, boleh tapi buat dulu aktiviti dalam buku tu, habis buat aktiviti baru boleh potong. Saya lihat Hafiz sedang memegang gunting sekolah yang berwarna hijau.
"Abang nak potong tapi Hisham tak bagi" kata Hafiz
"Kak Ngah kata abang tak ada "hak", hak tu apa ibu?"
Saya tahu Hafiz tidak puas hati, saya ke ruang tamu depan dan melihat Hisham duduk dalam keadaan sungguh kecewa, matanya layu memandang Hafiz yang memegang bukunya. Mungkin Hisham tidak tahu bagaiamana caranya untuk dia menggunting kulit buku itu kerana dia tidak mempunyai gunting.
Saya pun duduk di sofa, memandang Hisham tanpa menegurnya.
"Hafiz, mari sini ibu nak cakap"
Hafiz masih lagi memegang gunting dan buku mewarna
"abang bagi buku ini pada Hisham.." kata saya lembut.
"kenapa?" tanya Hafiz tidak puas hati
Dengan perasaan terpaksa Hafiz menyerahkan buku tersebut kepada Hisham. Hisham hanya memerhati, tiada ucapan terimaksih kepada Hafiz, masih marah mungkin.
Matanya hanya memerhati perlakuan saya dan Hafiz. Hisham duduk melengkar di atas karpet dengan kaki sebelah melunjur dan sebelah dilipatkan ke belakang. rambutnya yang panjang dengan mata kuyunya memandang kami berdua..
Hafiz berdiri di sebelah saya.. saya pandang wajahnya "buku itu Hisham punya, gunting ini abang punya, abang tak boleh gunting buku Hisham tanpa minta izin dari Hisham sebab itu buku Hisham.."
"tapi abang nak gunting...!" tinggi suaranya tidak puas hati
"kalau Hisham bagi abang gunting buku dia, baru abang boleh gunting" dan Hisham pun kena pinjam gunting abang kalau dia nak gunting ultraman tu... Hafiz memandang gunting yang dipegangnya.
Tiba-tiba Hafiz bertanya "Sampai bila abang kena mengalah dengan Hisham, asyik-asyik abang je yang kena mengalah.." Hafiz menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
Saya terpaksa terangkan teori kognitif Piaget di sini... hahaha dapat emak seorang pakar psikiatri camni lah jadinya.
"abanggg... umur abang 7 tahun nak masuk 8 tahun kan bulan Mei nanti, abang dah pandai masuk sekolah, boleh kira, boleh tulis.."
"abang pandai kira sampai 900.. celah Hafiz"
" haaa.. pandai abang kira, Hisham tahu kira tak? " tanya saya pula
" Dia tak pandai" jawab Hafiz
"Dia kira 1sampai 10 pun salah-salah kan?'
"abang lebih bijak dan hebat dari Hisham sebab abang lebih besar... saya perasan Hisham memerhati perbualan kami dari tadi.
"nanti bila Hisham besar macam abang, Hisham pun akan hebat dan cerdik macam abang" kata saya menenangkan Hafiz sementara memberi keyakinan kepada Hisham bahawa dia juga akan pandai macam abangnya suatu hari nanti
"ibu lepas 199 berapa?" tiba-tiba Hafiz tukar topik
"200" jawab saya
"lepas 999?"
"1000" jawab saya lagi
"Nombor ni tak berenti ke?" tanya Hafiz lagi
Tak... banyak kosong ya bu?
"Ya"
Bila nampak keadaan tenang Hisham pun bangun dan mencari pensil warna nya semula untuk meneruskan aktivitinya.
Hafiz menyimpan guntingnya, masih dengan rasa ego memiliki gunting.
Maka kita sebagai ibu bapa perlu memahami tahap perkembangan kognitif/akal yang berbeza ini. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan kefahaman yang betul tentang mengapa mereka bertindak demikian.Sedikit ulasan kepada kisah di atas saya kongsikan di sini.
Ciri-ciri utama memahami perkembangan anak ketika ini adalah “centration” iaitu kebarangkalian kanak-kanak untuk fokus kepada hanya satu aspek pada satu masa. Mereka tidak dapat menggabungkan lebih dari satu focus pada satu-satu masa
Pada masa yang sama juga mereka mempunyai fikiran dan cara berkomunikasi yang tipikal “egocentric” iaitu tidak berupaya untuk melihat situasi tersebut dari perspektif orang lain. Mereka fikir apa yang orang lain nampak, dengar, rasa dan fikir adalah sama seperti apa yang mereka fikirkan. Emak pula bila marah akan kata “ tak faham ke emak ni penat”. Memang mereka tidak faham!
#drnorzilazakariapakarpsikiatri
#ebook7TipsKomunikasiDenganAnak2
#ebookTipsElakKetagihanGadget
#SupportGadgetFreeKids
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.