"Harini ayah balik kan bu?" tanya Hafiz
"Yaa..., kenapa?"
"Sebab ibu kata kalau ayah balik boleh potong birthday kek".
"Yaa..., kenapa?"
Hafiz sambut hari kelahirannya pada 15 Mei yang lalu. Namun dia hanya mendapat ucapan selamat hari lahir dari ibu dan ayah tanpa sebarang hadiah. Dia memang agak kecewa, tetapi hint bahawa sambutan hari lahir bukan bermakna mendapat hadiah telah diberitahu lebih awal lagi. seperti orang lain juga Kak Long dan kak Ngah juga tiada hadiah istimewa yang "wajib" pada hari kelahiran mereka.
Biasanya bila ada kesempatan kami akan keluar makan di tempat yang agak istimewa. Namun tahun ini Hafiz telah lebih bijak, dia sudah mula pandai membuat postulasi. Hisham dan Humairah masih boleh "diuruskan" tentang tarikh hari lahir mereka kerana masih belum pandai mengingat tarikh. Kami tetap menyambutnya dengan cara sederhana tetapi bukanlah tepat pada hari kelahiran mereka.
Pagi 15 Mei itu, Hafiz dah ukur ketinggiannya di tepi dinding bilik Kak Long. Ini ayah tandakan masa along dan angah kecil dulu. Tandanya masih jelas. 129 cm kata Hafiz.
"Betullah abang dah tinggi" beritahunya
Sebelum ini dia membuat 'countdown' untuk membilang hari lahirnya. Hafiz tampal kertas A4 di bilik ibu "biar ibu jangan lupa" katanya.
"Abang nak hadiah apa?"
"Ibu dulu atuk dengan nenek tak pernah belikan hadiah pun".
"Alaaaa ... tapi abang nak hadiah". Rengeknya. Dia berdiri di tepi kerusi menarik perhatian saya yang sedang memandu untuk ke sekolah.
"Kalau ibu pandai ibu mesti tau apa yang abang suka".
"Hmmmm... makan!" sambil saya terus memandu
"Bukannnn" panjang 5 harkat Hafiz menjawab. Ada nada marah dan kecewa.
"Habis abang nak apa?" Saya tahu dia mahukan permainan tapi saya buat-buat tidak tahu.
"Abang... nanti hujung minggu kita jalan-jalan makan-makan ya". saya memintas Hafiz agar dia tidak meminta mainan.
"Tapi dah lambat... bukan harijadi abang dah" dengan nada merayu.
"Tak semestinya sambut harijadi masa hari yang sebenar. Yang penting ingatan". Hafiz dah 8 tahun jadi dia sudah faham.
Pagi-pagi tadi sebelum keluar rumah ayahnya yang dalam perjalanan ke tempat kerja menelefon sambil menyanyikan lagi happy birthday. Senyum lebar Hafiz mendengar ayah menyanyi. Senyumnya dah semakin mirip ayahnya
Hmmm tu lah anak lelaki sulung. Gaya senyum, pergerakan, memek muka bila bangun tidur memang sebijik macam ayahnya. Mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ayah kata... "ambik yang baik-baik je. Yang tak baik jangan tiru". Itu kata ayah bila saya memberitahu tentang gaya Hafiz yang mengikut gayanya.
Hafiz hanya tersenyum mendengar.
"Boleh tak petang ni ibu ambik abang dulu dari transit baru ambik adik?"
"Sebab abang nak beli kek" jawabnya.
"Ok ok atau ibu belikan abang kek lepas tu ibu bagitau adik jangan usik kek abang tu sampai ayah balik tau".
Oh.... rupanya dia takut Hisham dan Humairah makan kek atau rosakkan kek dia.
"Iyaaaaa..."
Tidak kedengaran dia meminta hadiah lagi. Semalam semasa ke AEON dia berkenan sangat dengan kasut beroda. Kami ke seksyen kasut sebab selipar Hafiz putus. Elok pulak masa turun dari kereta di AEON!!!
Jadi saya pun singgah mencari selipar. Hmmmmm bawa 2 orang lagi Hisham dan Humairah sama, maka ada iri dalam hati. Masing-masing pun mendakwa selipar mereka dah nak putus.
"Tapi abang suka sangat dengan kasut ni. Nanti habis!" Hafiz kecewa matanya layu memandang saya dengan penuh harapan.
'Kedai kasut banyak. Nanti akan ada banyak lagi yang baru". saya meyakinkan Hafiz
Saya berikan alasan lagi "Abang ni cepat besar, kalau beli sekarang nanti masa raya dah sempit sebab tu kita kena tunggu offer dan masa dah dekat nak raya".
Hafiz memikir-mikir jawapan saya. Tak berapa setuju mungkin. Tapi dia akur.
Dalam banyak keadaan Hisham pasti akan memilih barang yang high end... kalau pilih mainan pun yang dalam kotak harga puluhan ringgit. Kasut pun pandai juga dia memilih. Inilah kelebihan Hisham.
Humairah yang sedang sibuk memilih selipar 'frozen' mudah saja bersetuju "nanti raya kita beli kasut. Harini adik ambik selipar frozen je ye bu".
Puas hati ketiga-tiga mereka dapat selipar baru. Saya pun terus membuat bayaran di kaunter dan minta adik cashier tu memotong terus tali untuk dipakai.
Seronok melihat mereka gembira. Satu situasi di mana ada suasana tegang, kemahuan yang tidak mendapat apa yang diharapkan dengan serta merta memberikan mereka peluang untuk bersabar dan bertolak ansur. Hafiz sudah bijak menganalisa situasi. Jawapannya menunjukkan kematangan berfikir seorang kanak-kanak. Selari dengan teori perkembangan kognitif Piaget kanak-kanak setahap umur Hafiz.
Pada masa yang sama saya mahu Hafiz belajar menghargai pendapat orang lain, merasakan sesuatu yang diinginkan bukannya boleh dan selalu berjaya. Semoga nilai-nilai murni ini akan terus meresap dalam jiwa anak-anak saya. Saya pasti mereka mendoakan agar Allah gantikan duit yang saya gunakan untuk membeli selipar mereka seperti biasa. Alhamdulillah.
http://www.myfad.my/myfad/referral.php?hash=ff3e815105e360a14bb3f74c468a06a5
Post a Comment