Bab 1: Siapa Saya

Nama saya Norzila Zakaria. Saya bertugas sebagai seorang pensyarah perubatan dan pakar psikiatri di Hospital USM kubang Kerian sejak tahun 2005. Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak dan remaja yang berkaitan dengan persekolahan.

Bab 2: Apa yang saya buat

Saya mengendalikan kes-kes rujukan di klinik psikiatri. Ada unit kanak-kanak dan remaja yang khas untuk kanak-kanak dan remaja sahaja sepertimana namanya. Selepas 18 tahun mereka akan graduate ke klinik dewasa pulak.

kanak-kanak pun ada masalah psikiatri ke? 
jawapannya ada, cuma kategorinya berbeza mengikut umur.

macamana tu? saya tak faham.
Kes yang dirujuk kepada kami seawal 2 tahun pun ada...hahaha ini rujukan yang tak sepatutnya dari doktor yang kurang faham apa kepakaran kami. ada juga yang rujuk buat IQ test untuk kanak-kanak umur bawah 5 tahun, pun tak boleh buat ye. Pakar psikologi kami pasti akan tolak kes macamni.

Habis tu siapa yang boleh di hantar ke klinik psikiatri, mana ada budak gila. Budak nakal adalah.
Oh ye, dah lama kami tak guna dan tak akan guna perkataan gila. Sangat kasar bunyinya kan. kalau saya ada anak yang perlu di rujuk di klinik psikiatri pun saya tak nak anak saya dipanggil gila. Anda mahu?

Ishh tak faham lah... kes macamana yang doktor tengok?
Ok biar saya tanya anda semula, kalau anak sakit perut, pegi jumpa sapa? 
Doktor lah

Betul, doktor bahagian mana?
Doktor bahagian sakit perut lah.

Kalau sakit gigi?
Jumpa doktor gigi.

Kalau patah kaki?
Pegi kecemasan dulu, lepas tu biasanya doktor tulang yang akan datang tengok.

Betul semua jawapan tu. Kalau anak kita selalu bergaduh kat sekolah, lawan cakap cikgu atau cikgu kata tak pandai baca, atau tak nak masuk kelas, agak2 ada tak tempat kita boleh dapatkan pertolongan di hospital?

Ishh, itu masalah budak degil, malas belajar dan mak bapak tak pandai ajar anak sebab tu selalu melawan cakap cikgu.

kalau anak tu anak kita, kita suka ke di label sebagai ibu bapa yang tak pandai ajar anak adab sopan, atau suka ke kalau dikata anak kita malas atau bodoh? apa perasaan kita?

Ye lah, mahu melenting saya. Anak-anak saya semua saya ajar hormat orang tua, cikgu dan sopan santun. Alhamdulillah mereka semua pun pandai2.

Syukur, alhamdulillah. ada tak anda jumpa kawan2 yang nampaknya sangat lemah lembut, sopan santun tapi perangai anak macam "setan" tak tahu adab, pegi rumah orang, habis barang orang ditabur, lompat sana lompat sini macam tak ada adab. adik beradik yang lain semuanya ok je.

Ye lah... ada ada. Ada tu yang kita cakap dengan dia buat macam tak tau je...sakit hati pulak tengok. tiba-tiba ketawa sorang-sorang dan tepuk-tepuk tangan. saya pandang mak dia, mak dia macam tak kisah je. pelik pulak saya tengok mak dia. Yang tu kenapa ye doktor?

Ok sebelum saya jawab. Saya nak tanya, kalau anak awak, awak nak buat macamana?

Errr, saya cakaplah dan ajar elok2 biar respon bila orang bercakap dan jangan buat benda pelik2.

Awak pasti ke cara awak ni berjaya.

Kita cuba dulu lah doktor, jangan menyerah kalah. kalau tak ajar macamana mereka nak berubah.

OK katalah awak ada anak macam tu, dah 8 tahun ajar dia biar bersopan santun, tapi dia tetap tak dengar kata, melompat semacam, rosakkan barang orang, kacau kawan kat sekolah. Apa awak nak buat? 

Lepas tu cikgu komplen pulak, anak awak tak ikut peraturan kelas, asyik buat bising dalam kelas. Macamana pulak tindakan awak?

Terdiam.... hmmm nak buat camana doktor? payah juga budak tak makan ajar ni, 

Kalau saya kata mereka ni sakit, awak percaya tak?
sakit apa? boleh dirawat ke? Doktor bahagian mana yang rawat mereka?

Ha mereka itulah klien2 saya...di klinik pakar psikiatri

Oh ye ke? 

Bab 3: Kenapa saya suka kacau cikgu di sekolah

apa lagi yang doktor buat di klinik? 
jumpa pesakit, di mana perlu buat rujukan ke bahagian lain yang memerlukan

contohnya?
ada pelajar yang cakapnya pelat, ada pelajar yang tak bercakap langsung, rupanya dia pekak. kes macam ni saya rujukkan kepada jurupulih pertuturan. nanti akan dilakukan penilaian untuk pendengaran dan pertuturan.

Lagi?
ada pelajar yang nampak aktif, tak duduk diam, suruh mewarna pun mata melilau. tak ada fokus langsung. ada yang pegang pensil pun tak betul, tulis nama pun tak pandai, hatta A B C pun tak kenal. Kes macam ni kena rujuk kepada jurupulih carakerja.




Hafiz first day at school

Hafiz and Kak Ngah


Nak tahu kisah lanjut? santai2 memperkenalkan perkhidmatan dan kepakaran kami... Tunggguuuuu

Bab 4: Apa yang telah saya lakukan untuk membantu guru-guru faham 

Bab 5: Apa harapan saya

Bab 6: Bagaimana anda boleh membantu saya?

Bab 7: Kisah2 terpilih dari klinik saya 

Post a Comment

  1. Salam Dr, sy nak tanya.. kalau anak sy pula..dia 3tahun. Sebelum ni dia join weekend playgroup. Eversince, hari-hari sibuk nak pergi skola. So baru bulan ni sy hantar ke pre-kindergarten. Mmg sy cari yang play based punya skola supaya kena dgn level dia. 1st week skola sgt happy tiap hari bangun lagi awal dari biasa, minta nk mandi..breakfast & pegi skola. Tp sejak 2-3 hari kebelakangan ni dia taknak pegi skola. Setiap kali bangun mesti nangis2 cakap taknak skola. Lepas dirisik, cikgu ok, kawan ok, suma ok..cumanya ada budak baru join skola dan budak tu akan nangis meronta2 taknak skola setiap pagi. Cikgu cakap dia nangis lama bila tengok budak tu meraung raung. So saya suspect dia terkejut dan fobia..mungkin sejak tu associate skola dgn sesuatu yg tak bagus. Blh sy tahu apa yg patut sy buat? Sbb sejak peristiwa taknak ke skola, kat rumah pun dia asik cakap "nak mama" walaupun sy depan mata. 24jam nk dokong, tido pun asik terkejut2 dan bangun ckp "nak mama" lagi.
    Pada pendapat dr, sy patut hentikan persekolahan ataupun ada apa2 langkah lain yg perlu?
    (Suami sy berpendapat teruskan skolah sbb dia dah bayar more than rm2k for that school for reg and abt rm700 per month dah. So dia kata duit burn camtu je. Lagipun skola suma ok..i mean cikgu & cara pembelajaran)
    Maaf agak panjang..mohon pencerahan dr.

    ReplyDelete

 
Top