Pagi ini selepas solat subuh, 2 orang anak kecil saya Hisham and Humairah mengerumuni saya,   bertanyakan adakah saya akan pergi kerja. Mereka tahu hari ini saya bercuti tetapi saya seperti biasa akan berada di pejabat untuk menulis thesis saya. Nampak kecewa muka mereka.

"kenapa ibu nak pegi keje lagi?' tanya Humairah dengan mata yang sayu

"Ibu, Isham nak mee" sambil menyelitkan mulkanya betul-betul di depan muka saya, memisahkan pandangan saya kepada Humairah.

Saya usap kepala Hisham sambil berkata : "Ok, nanti ibu beli mee" Hisham tersengih2 antara jadi dengan tidak.

"ibu jangan beli yang pedas tau!" pesan Hisham lagi.

"Ok, nanti ibu beli, kita masak kat rumah"

Nampak ketidak puasan hati Humairah yang terkedu sebentar sementelah wajahnya di halang oleh kepala Hisham, dan persoalannya belum terjawab.

sambil menarik tangan saya minta perhatian, Humairah merengek
"ibu, ibu Humayah pun nak mee"

"Ok, nanti kita makan sama2" Humairah masih tak puas hati.. ditolaknya Hisham dan Humairah pun merebut perhatian saya dengan meletakkan kepalanya di pangkuan saya. Hisham duduk di peha kanan saya.

"Ok... Ok... ibu beli mee untuk semua orang"... kata saya.

Letih memangku..saya menggeletek Hisham dan Humairah, mereka ketawa terkeke-kekek, dan melarikan punggungnya dari pangkuan saya bergolek2 di atas katil. Tiga kali geletek dan ketawa bersama sudah cukup menggembirakan mereka.

Hafiz bangun lewat dari adik-adiknya, mendapatkan saya sambil memeluk saya,


"Eh abang dah bangun, abang pegi solat dulu ye"

"Berapa rakaat?" tanyanya

"Dua" jawab saya

"Nombor dua baca tahiyat?" tanyanya lagi meminta kepastian

"Ya" jawab ku lagi

Hafiz pun ke bilik air mengambil wudhu' dan solat. Tertib sekali dia membaca alfatihah dan setiap bacaan rukuk dan sujud.

Doaku moga Hafiz akan terus membaca setiap bacaan solat dengan sempurna. Amiinnn

Inilah saham akhirat kami






Selesai solat, Hafiz senyum dan memberitahu ku,"abang dah solat". Aku senyum saja sambil memeluknya.

"Allah sayang orang yang solat" kataku.

Hafiz terus tersenyum lebar.

Anak-anak kecil ini hanya perlukan sedikit perhatian di pagi hari and the rest of the morning went on smoothly... bye bye ibu tanpa rasa marah ibu ke office walaupun bercuti.


Post a Comment

 
Top