Salam to all,
Aku tak sempat menulis entry semalam sebab sibuk memasak nasi lemak. Rezeki datang dari Allah, lepaslah duit susu anak2 hasil jualan nasi lemak. Penat bangun seawal 3 pagi menyebabkan aku tidur semula di siang hari! perkara yang amat jarang aku lakukan. Mengeluh kak Long dan Kak Ngah kerana terpaksa menjaga Hafiz dan Hisham, apatah lagi suamiku juga tidak berapa "segar" bak kata orang kelantan sejak 3-4 hari lepas.
Teringat kata2 suamiku " Ila tulislah pulak pengalaman Ila" bila aku bercerita tentang e-book Dr Othman Talib "set thesis cepat siap". Ini adalah kali ke 3 aku membaca buku beliau, memang very practical and very helpful. However to those who is not yet at the level of the topic they are reading at the moment may not appreciate the content of the book. Orang lain sudah sampai X atau Y pada ketika ini di semester 6, tapi aku rasa aku kena bermula balik dgn A.....wah kalau orang dengar mesti heran ...kenapa? Justifikasi itu hanya benar untuk diriku kerana, hanya selepas kali ke 3 membaca buku Dr OT ini aku terbuka hati untuk membuat "praktikal" bermula dgn literature search. bukan aku tak pernah attend any course, I did!! tapi tak sepandai sekarang aku melakukuan literature search. Di tambah pulak aku telah mula jatuh cinta dengan Mendeley untuk menggantikan EndNote...fuhhh sungguh seronok rasanya. All this has just started pada hujung 2 minggu lepas ya...7 september..tarikh aku memulakan "warming up" untuk mendapatkan "aura" student PHD ku..huhuhu. Itupun dik kerana terfikirkan paper yang patut ku hantar ke journal lain masih belum berhantar jugak, maka ternampak2 lah muka supervisor2 ku....saat itu juga anxiety level ku naik berdesup macam tekan lif je lagaknye semasa naik ke Skydeck...tingkat 88 di Melbourne.
Syukur alhamdulillah, dari situ aku mula mendisiplinkan diri untuk menelaah tak kira membaca blog Dr OT ke, tengok balik proposal ke, buat literature search ke, baca journal ke ( masa ni lah baru beria2 nak baca paper2 supervisor ku! baru tersedar bahawa mereka ni expert di bidang mereka, kenapa lah aku tak nak baca paper2 mereka ni dari dulu lagi....tapi kan sebenarnya aku dah baca, cuma aku tak "dapat" sepertimana apa yang aku "dapat" bila aku membacanya di kala ini!). Bila ini terjadi lagi ("lagi" seba setiap kali aku bergelar pelajar...aku akan "menguasai" sesuatu skill itu jauh lebih lambat dari orang lain...but syukur Allah berikan peluang itu juga biarpun lambat, oleh kerana itulah aku akan ingat sampai bila2 skill yang aku dapat tu nanti)...teringat macamana penatnya semasa buat master di HUKM, berulang alik dari Cheras ke Setapak masuk English Class dgn a tution teacher ( pernah menulis text ucapan untuk Perdana Menteri (masa tu Pak Lah...)...that was the starting point I improve my English. Tak dapat nak digambarkan penatnya ketika itu, keluar pagi anak tak bangun lagi, balik rumah dah gelap anak2 dah tidur, banyak masa mereka adalah bersama bibik, masa tu suami bekerja di Kota Bharu dan hanya pulang 2 minggu sekali...fuhhhh...ah dah melalut ni...nanti lah cerita kat entry yang lain.
Apa pun aku dah mula mendapat rentak untuk menjadi student semula, Draft research framework Dr OT telah ku fahami, Lit search skill iAllah 90% dah ku kuasai, tak ku takut kehilangan reference lagi dgn adanya Mendeley dan dah tau macamana aku boleh track balik semua search yang aku lakukan dalam mana2 database....bukankah itu banyak perubahan pada dirimu hai Norzila?....yeeeha alhamdulillah hari ini lebih baik dari semalam.
As a reward to myself and the kids, petang tadi, aku membawa anak2 ku along, angah, hafiz dan hisham ke IKEA Springvale (tinggal princess Humairah dgn ayah di rumah hehehe...beli portable BBQ set Hark Deluxe di Anaconda, not bad 49% off $89....(nak sangkutkan duit) bak kata mak..ye lah apa taknye, dapat duit jual nasi lemak kannnnn!! Kalau tak, tak nampak pulak mana peginya duit tu.
Cukup dulu untuk kali ni, Humairah pun dah mengeliat tu (sekejap je dah 47 hari), masa untuk aku memeluk my little princess sebelum meneruskan pembacaanku....it is already 10.52 pm...orang lain sedang lena tidur tapi aku terpaksa mencuri masa ini untuk membaca...I know I can do it, bantulah hamba Mu ini Ya Allah. Till we meet again in the next entry...selamat malam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment