Sepuluh hari lagi genaplah 3 tahun kami berada di bumi kangaroo ini. Entry kali ini nak bercerita tentang "rugi". Kali ni cuma nak bercerita tentang Olive oil (minyak zaitun) yang banyak khasiatnya. Antara buah2an yang disebut dalam al-Quran. Bukan aku tak tahu, bukanaku   tak nampak bila membeli barang di COLES, bukan tak dengar bila tengok program TV masterchef, mereka guna olive oil, bukan tak baca bila beli buku resepi semua2 pun guna olive oil. Tapi hati tak tergerak nak membelinya.

Teringat daalam 2 bulan lepas seorang kawan Lenny Irwan http://daribawahbayu.blogspot.com.au/ menulis dalam blognya pengalaman mengambil minyak zaitun dan alhamdulillah penyakit psoriasis yang dideritainya sembuh...bermula dari situ aku membeli sebotol extra mild olive oil (brand COLES jer) untuk masakan. tapi jarang2 sekali aku menggunakannya, justeru aku tidak dapat memberitahu apa kesannya. Sambil berborak2 dgn rakan2 di sini, sahabat satu kapal (sama2 naik flight ke OZ) Asrenee menasihatkan aku untuk mencuba extra virgin olive oil utk tujuan perubatan. Maka hari ini ku catatkan dlm blog ku ini bahawa aku telah pun membeli extra virgin olive oil 1 liter berharga $9.99, dan telah minum sesudu (testing)...ada rasa kelat2 gitu, dan baru sebentar tadi aku mencari info tentang olive oil dan aku akan mengamalkan pengambilannye setiap hari sebanyak 2 sudu paling kurang! aku berharap tekanan darah tinggi yg ku hidapi semenjak 32 minggu mengandungkan humairah akan beransur kurang insyaAllah.

Rugi juga rasanya hari ini tak dapat mengikut kawan2 Anilawati dan Shima ke Cape Schanck, di Peninsula sebab kami sekeluarga tak berapa sihat..batuk dan selsema, dapat tengok gambar pun jadilah. Rugi juga bila ingatkan masa yang berlalu tanpa pengisian jiwa, dah lama tak hadir kuliah/usrah bersama sahabat Zain Sulaiman pd setiap Jumaat malam di rumah Salwa dan Farid Dennis Street...hmmm bilalah nak start balik  ni, tak dinafikan letih badan bila menghala ke petang, maklumlah dgn baby Humairah yg baru berumur 48 hari dan kerenah Hisham yg amat lasak!! betapa lemahnya iman tak dapat melawan kemalasan ini!

Letih la pulak menulis dgn sebelah tangan ni sambil menyusukan Humairah, sambung esok pulak lah...sehingga jumpa lagi di entry seterusnya.

Post a Comment

 
Top