Assalamualaikum, semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Saya fikir ada baiknya saya kongsikan satu kisah yang menyebabkan air mata saya mengalir deras waktu senja semalam.

Dalam lebih kurang jam 6.45ptg saya keluar ke kedai mencari Quaker Oat di kedai yang biasa saya kunjungi. Ditakdirkan jenis yang mudah di masak tu tiada, jadi saya pun bergerak dalam 100 m ke depan ke sebuah kedai yang lain. Saya berhentikan kereta saya betul-betul di depan pintu kedai. Semasa saya keluar dari kereta saya melihat seorang ibu dalam lingkungan awal 40 an mendukung seorang budak lebih kurang dalam umur 2 tahun dan berdiri di sebelahnya anak perempuan dalam umur 12 tahun. Saya semyum dan terus masuk ke kedai, selesai membeli saya pun kembali semula kekereta. Oleh kerana boot kereta saya penuh dengan barang, saya pun membuka pintu bahagian depan sebelah pemandu, meletakkan sepapan telur dan quaker oat yang saya beli tadi. Wanita tiga beranak tadi masih di situ, saya rasa hairan. Apa yang ditunggu sedangkan tempat ni buat laluan bas dan waktu sudah hampir maghrib.

Saya melihat riak wajah mereka seperti dalam kerisauan dan seolah-olah mahu bertanya sesuatu kepada saya. Jadi saya pun pandang kepada mereka, saya lantas bertanya

"tunggu sapa?".

Si Ibu tidak menjawab tetapi bertanya kembali kepada saya " ramai lagi ke orang kat dalam? "

Saya rasa satu soalan yang pelik, dan takut saya salah dengar soalan saya tanya sekali lagi "apa dia?"

pantas si Ibu menjawab, " ramai lagi ke orang kat dalam kedai"

"oh, ada lagi", saya jawab dalam keadaan hairan

" nak beli barang ke?" tanya saya lagi sambil melangkah menuju ke belakang kereta untuk bergerak balik.

" Nak mintak hutang gula dari tuan kedai" saya tersentak dan terhenti langkah saya. Saya pandang 3 beranak tu.

Si ibu menyambung " beras, adalah sikit2 minta kat orang kampung tadi.." seraya menunjukkan plastik beg berwarna merah yang disandarkan di tiang besi di depan kedai.

"owh.." kata saya terkejut. Agaknya kalau ada kamera yang dapat merakam wajah saya ketika itu, pasti ketara betapa terperanjatnya muka saya.

Di waktu ini, di senja ini, seorang ibu masih menunggu untuk mencari peluang masuk ke kedai untuk berhutang sekilo  gula demi anak-anaknya... MashaAllah... sedangkan hari ni saja saya telah menghabiskan lebih dari RM50 untuk membeli makanan idaman anak-anak di Secret Recipe and KFC... nak berderai airmata saya ketika itu juga, namun saya tahankan,

"Nak buat macamana..., ini  anak yatim"sambungnya sambil melihat kepada dua anaknya

Tangan saya sepantas kilat membuka dompet saya, kebetulan ada sediki wang ... cepat2 saya ambil tangan si ibu dan serahkan kepadanya, " ambik ni"... dia seperti terkejut, dan sambil menghulurkan tangannya mahu bersalam saya sudah tidak dapat menahan airmata saya lagi, cepat2 saya masuk kekereta tanpa menoleh ke arah mereka.

Sambil saya menghidupkan enjin kereta dan memerhati kereta dari belakang untu memandu ke jalan raya semula, saya berisghtifar dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan ibu dan anak2 mereka ini, murahkan rezeki mereka, sambil saya menangis teresak-esak seperti anak kecil lagaknya.  saya membayangkan ibu tadi adalah saya bersama Humairah yang berumur 2 tahun, Ya Allah.... sedih dan hubanya rasa hati.

Betapa mewahnya rezeki yang saya dapat harini, bermacam- macam makanan yang saya nikmati, tapi di luar sana ada insan yang begitu sukar mencari sesuap nasi, sanggup menahan malu untuk mendapatkan keperluan harian...Ampuni kami yang leka dengan masalah jiran kami ya Allah! Saya rasa macam nak cari je di mana dia tinggal... semoga Allah temukan saya dengannya sekali lagi.

Semoga cerita ini menjadi iktibar bagi kita semua yang mempunyai kemampuan untuk bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Banyak lagi persoalan yang bermain di kepala saya bila memikirkan ibu dan 2 anaknya ini. Sambil saya menulis entri ini, air mata saya masih mengalir.....

Saya doakan semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan untuk ibu ini terus hidup dan membesarkan anak-anaknya dan dipelihara iman mereka walaupun dalam keadaan miskin. Aminnn

Ketika kita menikmati makanan yang enak, ingatlah ada yang kelaparan maka perbanyakkanlah sedekah kepada mereka yang memerlukan. 


Post a Comment

 
Top