Dia ni selalu khayal dalam kelas...tulisan macam cakar ayam
===========================================

"Siti... salin apa yang cikgu tulis kat papan putih ni"

Cikgu Sarah memandang Siti yang masih terkebil-kebil. Pensil di tangannnya digenggam kuat, hujung mata pencil mencecah kertas di buku latihan namun dia tidak pasti bagaimana mahu menggerakkan tangannnya untuk menyalin huruf-huruf "saya ada kucing" yang Cikgu Sarah tulis di papan putih.
.
Siti memandang ke kanan dan kiri, akan-rakannyanya sudah pun selesai menulis berbaris-baris ayat di buku masing-masing.
.
Bukan Cikgu Sarah tak tahu dia memang tak pandai menulis ABC pun. Kenapalah cikgu seksa dia begini...
.
"Siti!"... laung cikgu dari depan kelas bila melihat Siti menoleh ke kiri dan kanan.

"Kenapa tak tulis?" tanya Cikgu Sarah

Siti memandang muka Cikgu Sarah minta simpati dan difahami.

Cikgu pegang tangan Siti sambil menulis huruf S ... "wah!!! Siti dah pandai tulis S" kata Siti dalam hati.
.
"Cuba Siti buat lagi.." Cikgu Sarah mengesan air muka gembira Siti ... Siti senyap je. Cikgu Sarah bergerak meninggalkan Siti melihat pelajar-pelajar lain.
.
Siti masih di S, macamana nak tulis A ye... ???
.
Pernahkah anda berhadapan dengan pelajar sebegini? Dia mungkin mengalami disgrafia yang memberi kesan kepada kebolehan menulis dan pergerakan motor halus.

Antara tanda dan gejala disgrafia adalah:

1. tulisan yang sukar dibaca walaupun cukup masa yang diberikan untuk menulis- macam cakar ayam
2. bercampur-campur huruf besar dan kecil, tidak habis mengeja, ruang antara perkataan dan huruf yang tidak konsisten, senget-benget tidak masuk dalam barisan yang sama
3. kedudukan kertas, cara memegang pensil dan kedudukan pergelangan tangan yang tidak betul untuk aktiviti menulis
4. menulis dengan sangat lamabat dan susah
5. mengadu sakit tangan atau cepat penat semasa menulis
6. mengalami kesukaran yang sangat nyata bila diminta menulis dan membina suatu ayat

Bagaimana membantu pelajar sebegini?

1. gunakan "word processor"  (komputer)
2. elakkan menegur mereka lambat, khayal, tak habis kerja sekolah, main-main dalam kelas... ini semua menyebabkan emosi mereka tercalar!
3. gunakan peperiksaan lisan (Malaysia tak ada inisitaif begini rasanya)
4. benarkan pelajar menggunakan recorder untuk merakam pembelajaran di mana ianya boleh didengar semula bila balik ke rumah nanti
5. berikan outline pembelajaran supaya pelajar tidak perlu menulis terlalu banyak dan memenatkan
6. benarkan pelajar membuat assignment menggunakan audio atau video tape reports (bagi pelajar yang lebih dewasa) ... baru adil, bila idea mereka boleh disampaikan menggunakan kaedah selain tulisan!

Boleh ke cikgu-cikgu kita cuba cadangkan sebahagian dari cara di atas sebagai cara menilai pelajar-pelajar yang mengalami disgrafia?

Kes sebegini WAJIB dihantar kepada jurupulih carakerja untuk penilaian dan terapi... namun untuk mengurangkan beban jurupulih carakerja kerana sangat limited yang ada di Malaysia, guru-guru perlu memulakan inisiatif mencari ilmu ini.
'
SANGAT PERLU guru-guru mempunyai kemahiran supaya boleh membantu pelajar-pelajar sebegini dalam kelas tanpa menunggu temujanji dengan jurupulih carakerja.

Post a Comment

 
Top