Pada 31 Julai yang lalu saya dijemput berkongsi pengalaman tentang trauma psikologi dalam kalangan kanak-kanak di Kelantan Mental Healath Conference yang diadakan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu.

Saya bersama orang-orang kuat unit Kanak-kanak dan Remaja jabatan Psikitari Dr Maruzairi Husain dan Puan Rohani Mohd Shahidi membentangkan bebrapa tajuk yang berbeza.

Saya cuba membawa para hadirin melihat trauma psikologi dalam konteks Malaysia. Mungkin ada yang mengatakan perkongsian saya tidak relevan, tetapi semakin lama saya berada di unit kanak-kanak ini semakin saya merasakan apa yang berlaku di Malaysia sebagai satu yang sangat relevan untuk dikongsikan bersama para peserta persidangan.

Saya mungkin spesis yang agak pelik kerana meminati bidang pendidikan sedangkan saya sebenarnya dalam bidang perubatan. Tidak ramai pakar psikiatri yang mempunyai minat seperti saya. Saya ingin mempopularkan "niche" saya ini sebagai "educational psychiatry".

Mungkin ada yang berkata ianya tak relevan sebab sudah ada educational psychologist, namun tahukah kita bahawa di Malaysia kita tidak mempunyai pejawatan untuk educational psychologist seperti di negar-negara barat.

Kita ambil contoh yang terdekat di negara Singapura pun mereka mempunyai ramai educational psychologist yang membantu menangani masalah pelajar di sekolah, Namun di Malaysia bebanan pelajar bermasalah jatuh kepada guru kaunselor dan guru disiplin. sudah pasti banyak bezanya sekiranya kita mempunyai educational psychologist. kes-kes seperti masalah tingkahlaku, sukar mengawal emosi atau kemarahan boleh dibantu oleh educational psychologist ini.

Oleh kerana tiada pejawatan inilah maka klinik kanak-kanak dan remaja di hospital-hospital di Malaysia dibanjiri dengan kes-kes yang kadang-kadang saya rasakan sangat simple tetapi oleh kerana ianya tidak dapat diselesaikan oleh guru kaunselor maka pelajar-pelajar ini dirujukkan kepada pakar psikiatri.

Pun begitu bukanlah ramai pakar psikiatri yang mempunyai masa untuk turun padang meninjau apa permasalahan di sekolah, namun atas minat saya yang mendalam ditambah pula dengan pengalaman sebagai pelajar PhD dalam fakulti pendidikan saya memang sangat mementingkan kerjasama dengan guru-guru. Pada saya hanya dengan kerjasama sahaja masalah pelajar di sekolah dapat ditangani dengan baik.

Suatu ketika dulu saya rasa sangat malu untuk betanyakan maksud "konteks" kepada pakar penyelidikan bila saya di minta mengulas tentang "context of research". Dalam fikiran saya "Hissh, malunya nak tanya maksud konteks, macam soalan bodoh je" maka terbantut niat saya dik kerana saya merasakan ianya soalan yang bodoh.

Namun sebenarnya konteks adalah suatau yang sangat penting, agak sukar diterjemahkan dengan satu perkataan tetapi memerlukan penerangan dan pemahaman yang mendalam. Maka setelah saya mengetahui betapa sukarnya memahami konteks sesuatu kajian itu barulah saya faham mengapa hanya orang yang betul-betul tidur bangun dalam bidang tersebut saja yang boleh bercakap dengan baik berkaitan perkara tersebut.

Oleh kerana bidang "educational psychiatrist" (pssst...jangan cari istilah ni... kalian tak akan jumpa, saya yang cipta istilah ni), masih sangat baru dan kewujudannya seperti tidak perlu, maka saya rasa terpanggil untuk menghurai lanjut mengapa kanak-kanak di Malaysia mengalami trauma psikologi yang mungkin terlepas pandang.

Mungkin ada yang bertanya siapa saya untuk layak mengulas topik ini? Dengan rendah diri saya hanya seorang pensyarah perubatan yang mengambil master dalam bidang psikiatri tanpa ada pengkhususan khas atau subspecialty seperti kebanyakan pakar psikiatri kanak-kanak yang lain.

Hakikatnya walaupun saya sudah berada dalam bidang psikiatri kanak-kanak, terlibat dalam aktiviti bersama Jabatan Pendidikan Negeri semenjak saya menjadi pakar pada tahun 2005, mengikut peraturan hukum kepakaran di Malaysia, saya hanya "general psychiatrist", jadi saya bukan pakar psikiatri kanak-kanak ya.

Ok lah... ittu serba sedikit latarbelakang saya. Berbalik kepada kisah anak-anak kita di Malaysia ini, mereka menghabiskan lebih separuh dari masa mereka di sekolah,, justeru itu saya sebagai ibu memang mengharapkan agar sekolah adalah rumah ke dua anak-anak yang penuh keseronokan dan mereka dapat belajar seindah duduk bersama ibu bapa. Saya mengharapkan guru-guru akan menjadi ibu dan ayah yang disayangi oleh anak-anak saya, boleh mengadu bila berasa tidak sihat, boleh berkongsi kisah jika dalam kesedihan dan boleh bersuka ria bila gembira.

Sungguh ideal impian saya kan... mungkin saya tidak berpijak di bumi nyata. namun tempias impian saya ini saya telah rasai bila anak-anak saya yang pernah bersekolah di Clayton, Victoria, sentiasa merasakan cuti sekolah terlalu membosankan dan mereka tidak sabar untuk pergi ke sekolah keesokan harinya. Biarpun kelas bermula pukul 9 pagi, namun pukul 7.30 pagi sudah bersiap sedia terkadang tanpa mengambil sarapan pagi kerana mahu berlari keliling padang, mahu berborak dengan cikgu yang sampai awal pagi, mahu bergayut di monkey bars di playground dan macam-macam lagi.

sekembalinya mereka ke Malaysia,
"beratlah bawak buku sekolah ni"

"Banyaknya kerja sekolah"

"Cikgu tak pandai nak berinteraksi dengan pelajar, asyik marah je"

"I don't think they know how to communicate with students"... komplen salah seorang anak saya.

di klinik pula saya temui ramai pelajar dengan keperluan khas terutamanya yang mengalami kesukaran pembelajaran. Sebahagian besarnya saya temui di program saringan LINUS tegar anjuran JPN Kelantan. Namun yang sampai di klinik psikiatri biasanya yang mempunyai masalah emosi lanjutan dari kesukaran pembelajaran. maksudnya di sini, ada kejadian yang menyebabkan mereka terkesan dengan masalah kesukaran belajar mereka itu. adakalanya mereka diejek kawan-kawan, ada juga yang didenda kerana tak pandai membaca dan tak kurang juga yang dimalukan di depan rakan sekelas. Mungkin guru-guru tidak berniat begitu namun oleh kerana pelajar ini "threshold" emosi mereka terlalu rendah menyebabkan mereka mudah emosi bila ditegur atau bila suara guru tinggi dari biasa.

Trauma di bilik darjah ini, dibawa balik ke rumah dan tempiasnya mengena ibu bapa. Bukanlah semua mempunyai masalah, ramai pelajar yang mempunyai ibu bapa yang sangat proaktif, membantu segala sudut keperluan anak mereka, membantu mengulangkaji pelajaran, berbincang dengan guru-guru kemajuan pelajaran anak-anak mereka dan hadir terapi atau rawatan susulan secara berkala di hospital di mana perlu. Selain daripada masalah pembelajaran, ramai juga rakan-rakan saya yang diuji Allah mempunyai anak hiperaktif, autism atau intelligent deficiency (terencat akal).

Sebenarnya tingkahlaku guru-guru terhadap pelajar adalah didorong oleh sistem pendidikan yang sangat mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang. Semua guru berharap agarpelajar-pelajar mereka mendapat A dalam semua matapelajaran semasa peperiksaan besar seperti UPSR, PMR/PT3 dan SPM.

Bukan saja anak-anak tertekan kerana mahu mencapai impian guru-guru mereka, namun guru-guru lebih lagi terrekan bila silibus tak sempat dihabiskan. Saya bukanlah bercakap atas angin, keluarga saya adik beradik, emak sedara, sepupu sepapat, dan ipar duai ramai sekali yang bekerja sebagai guru.

Bila berkumpul sesekali di kampung, guru-guru dalam keluarga saya ini akan bercerita tentang silibus yang tak habis, disiplin sekolah, kisah anak-anak orang kaya dan expectation ibu bapa mereka terhadap guru-guru, kisah expectation guru besar, kisah ibu bapa yang tak pandai nak berterima kasih kepada guru dan macam-macam lagi keluhan mereka.

Bila berborak dengan ibu bapa pula, komen-komen seperti cikgu tak sabar, anak kena denda, anak tak nak pegi sekolah sebab cikgu marah, anak kena cubit sampai biru, cikgu tak masuk kelas, kena buli dengan pelajar lain dan tandas yang kotor menjadi tajuk perbualan.

Kesemua cerita di atas ditambah pula dengan dapatan kajian PhD saya tentang persepsi guru-guru terhadap anak-anak yang bermasalah tingahlaku, menyebabkan saya begitu memahami kemelut dan konteks kehidupan seorang pelajar di Malaysia. Konteks ini mungkin jauh berbeza dari negara barat... kalaulah saya boleh, saya memang mahukan anak-anak saya menyambung pelajaran mereka di Australia... tapi apakan daya, inilah realiti kehidupan!

Menjadi pelajar PhD dalam bidang pendidikan memaksa saya untuk membaca kisah sejarah pendidikan negara, pelan pembangunan pendidikan, sekolah-sekolah berprestasi tinggi, sistem penilaian bersepadu dan bermacam-macam lagi.

Gabungan guru yang tertekan dan pelajar yang terketepi dalam sistem pendidikan memberikan gambaran yang begitu jelas tentang "ancaman" yang sangat hebat untuk anak-anak kita sekarang ini. belum lagi dengan cabaran dunia dihujung jari...

Sebenarnya ke arah manakah hala tuju sistem pendidikan kita, saya masih terkesan dengan peperiksaan ulangan UPSR pada tahun lepas di mana tarikh peperiksaan ulangan itu kena betul-betul pada tarikh sepatutnya saya berlepas ke Melbourne bersama 2 orang anak perempuan saya. Hanya kerana peperiksaan UPSR itu saya terpaksa menangguhkan perjalanan saya dan menambah beberapa ribu ringgit lagi untuk tambang kapal terbang... yang saya rasakan sungguh tidak berbaloi!

Pun begitu saya pasti Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmahnya. Cuma kemanakah UPSR membawa anak-anak kita pergi? Sampai soalan pun boleh "bocor", sapa yang stress? Guru-guru, anak murid, mak ayah semuanya stress, tapi apa puncanya? Tidak menduduki peperiksaan akan mencacatkan keputusan peperiksaan sekolah, rugi besar kalau pelajar yang terlibat adalah pelajar yang diramalkan mendapat 5A! bukan begitu? maka tidak akan dapat mengekalkan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan imbuhan untuk sekolah... perghhhhh!!!

Apa pula pendapat ibu bapa yang anak mereka mengalami masalah pembelajaran, ke mana peperiksaaan UPSR ini akan membawa anak mereka pergi? Mari duduk di klinik saya dan dengarkan keluhan ibubapa pelajar-pelajar ini. Ada yang sehingga memukul anak sendiri sebab anak tak "pandai" membaca setelah diajar berulang kali.

Ada ibu bapa yang berkecil hati kerana guru mengatakan anak mereka tak sesuai bersekolah di sekolah tertentu kerana akan mencacatkan keputusan peperiksaan sekolah... masha Allah saya dah letih dengan rintihan ibu bapa ini. Saya simpati, saya kesian tapi pada masa yang sama saya geram denagn sistem sedia ada! Bukan semua tapi yang sangat pentingkan kecemerlangan.

Kalaulah ada yang mahu mendengar idea saya ini, buatlah satu sistem untuk anak-anak yang bermasalah pembelajaran ini, jangan dikira sebagai calon UPSR, biarlah pelajar yang cerdik sahaja yang duduk peperiksan UPSR.. baru puas hati tengok keputusan peperiksaan.

Adakan penilaian yang berlainan dan bersesuaian untuk anak-anak bermasalah pembelajaran ini agar mereka juga gembira dengan pencapaian mereka. Pastikan ibu bapa juga memahami dan gembira dengan sistem tersebut. Ini hanyalah idea dari saya... namun saya terpaksa DREAM BIG sebab tanpa impian ini kita akan terus membiarkan anak-anak kita tercedera emosi kerana dipersalahkan atas kebodohan mereka yang tidak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah... fikir-fikirkanlah.

p/s: ini hanyalah pandangan penulis sahaja, anda berhak untuk tidak bersetuju dengan pendapat saya.



dapatkan nasihat kewangan dan pengurusan harta dari Growrich Academy
#DRNORZILA
#drnorzilazakariapakarpsikiatri

Post a Comment

 
Top