Terdapat perbezaan yang ketara antara istilah pengajar dan pendidik, saya lebih suka jika saya melihat diri saya sebagai pendidik. (sengaja buat ayat tak lengkap, agar pembaca mencari perbezaan antara pendidik dan pengajar)!
Secara asasnya terdapat 3 domain pembelajaran. Domain-domain ini adalah, kognitif (pemikiran), afektif (perasaan/emosi) dn psikomotor (fizikal/kinestetik).
Ketiga-tiga domain ini perlu diberikan penekanan semasa penyediaan aktiviti pengajaran dan guru-guru perlu memahami perhubungan antara ketiga-tiga domain tersebut. Kelihatannya seperti begitu ilmiah entri kali ini, namun sebenarnya ianya satu yang mudah. Untuk lebih mudah mengingati domain-domain ini, bagus juga jika ingin menggunakan istilah ini:
- kognitif (pemikiran) ="knowing/head"
- afektif (perasaan/emosi) ="feeling/heart"
- psikomotor (fizikal/kinestetik) = "doing/hands"
Di peringkat yang lebih tinggi atau dalam pendidikan bidang yang lain, 3 domain ini dipanggil KAP (Knowledge, Attitude and Practice).
Saya lebih suka menggunakan istilah asas Kognitif, Afektif dan Psikomotor kerana ianya lebih sesuai untuk membincangkan gambaran tingkahlaku pelajar-pelajar sekolah yang menjadi niche utama saya.
Baiklah, setelah mengetahui domain-domain ini, mari kita lihat bagaimanakah domain ini dikelaskan. Pengkelasan ini dipanggil taxonomi.
1. Kognitif
Dalam bidang pendidikan taxonomi kognitif yang popular diasaskan oleh Benjamin Bloom (1956) dan dikenali sebagai Bloom's taxonomy. Pengkelasan ini diatur mengikut tahap kesukaran, dari tahap yang paling mudah sehinggalah kepada yang paling kompleks. Sejarah Bloom's taxonomy ini agak panjang untuk di tulis dalam entri ini. In sha Allah saya akan kupas dalam entri yang lain.
Diringkaskan cerita, versi pertama adalah pada tahun 1956 sebelum ianya disemak semula pada tahun 2000/1. Bloom's taxonomi ini amat penting untuk para pendidik membina modul pengajaran dan menilai penguasaan setiap tahap kemampuan kognitif seseorang pelajar.
Dalam domain ini terdapat 6 tahap iaitu:
1. Pengetahuan (knowledge)
2. Pemahaman (comprehension)
3. Penerapan (application)
4. Analisis (analysis)
5. Sintesis (syntesis)
6. Penilaian/penghargaan/evaluasi (evaluation: memberikan pandangan berdasarkan penilaian terbaik)
Domain kognitif ini merujuk kepada kegiatan mental (otak) yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan (knowledge) dan pembentukan kemahiran intelek (kebijaksanaan). Ia berorientasikan kepada kemampuan berfikir mengikut tahap kesukaran seperti mengingat, hinggalah kepada kemampuan menyelesaikan masalah yang kompleks di mana pelajar perlu menghubungkan beberapa idea, teori atau tatacara yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seseorang perlu menguasai tahap pertama sebelum dapat menguasai tahap seterusnya.
2. Afektif
Domain afektif ini melibatkan watak atau perilaku seseorang pelajar berkaitan emosi dan perasaan, nilai, penghargaan, semangat, motivasi dan sikap. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa sikap seseorang boleh diramalkan perubahannya bergantung kepada ilmu atau tahap kognitif mereka.
Lima tahap domain afektif dari yang termudah kepada yang paling kompleks adalah seperti di bawah;
1. Receiving ( menerima/ memberi perhatian)
2. Responding (bertidakbalas/ aktif berikan respon dalam pembelajaran)
3. Valuing (menilai/ memberikan penilaian terhadap sesuatu perkara)
4. Organization (mengatur semua maklumat yang diperolehi untuk disesuaikan dengan nilai/skema diri mereka)
5. Characterizing (cuba membina pengetahuan abstract)

3. Psikomotor
Saya ingin mengulas domain ini dengan agak terperinci untuk memudahkan kita memahami tingkahlaku anak-anak kita atau pelajar-pelajar dalam kelas.
Domain psikomotor merupakan domain yang berkaitan dengan penampilan atau kemampuan bertindak setelah seseorang mempunyai ilmu atau pengalaman belajar sesuatu perkara. Dalam kata lain, kemahiran psikomotor ini sebenarnya merupakan hasil dari pembelajaran kognitif (memahami sesuatu) dan afektif (kecenderungan tingkahlaku).
Ianya adalah kebolehan bertindak menggunakan peralatan atau pergerakan untuk mengubah atau membina kemahiran yang dipelajari. Contoh domain psikomotor adalah aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, menjerit, menari, memukul, dan sebagainya.
Terdapat 7 tahap domain psikomotor
- perception (persepsi/ kebolehan menafsirkan "alamat" sensori untuk memandu pergerakan fizikal)
- set :bersedia untuk bertindak, melibatkan set aktiviti mental, fizikal dan emosi. Ini akan menentukan respon yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Ianya sangat berkait rapat dengan "responding" dalam domain afektif. Individu akan bertindak mengikut kehendak dan motivasi serta kemahuan untuk belajar perkara baru. kebolehan dan limitasi diri mereka sebelum bertindak
- guided response: peringkat awal dalam pembelajaran yang lebih kompleks termasuk meniru gaya, dan "trial and error", Tindakan menjadi lebih sempurna jika dilakukan dengan berulang kali. Contoh: menyalin, mengira, membuat model atau respon kepada sesuatu tindakan.
- mechanism: Ini adalah peringkat pertengahan dalam pembelajaran yang kompleks. Respon atau tindakan yang dipelajari telah menjadi kebiasaan dan ianya boleh dilakukan dengan lebih yakin dan mudah. Contoh: menggunakan ipad, membaiki kereta, menukar dakwat printer
- complex overt response; Ini adalah tindakan yang mahir, melibatkan pergerakan yang kompleks. Kemahiran dilihat dari segi kepantasan, ketepatan dan kelicinan pergerakan, memerlukan tenaga atau usaha yang minimun. Kelihatan seperti sangat pakar dalam melaksanakan aktiviti atau tugasan ini.
- adaptation: kemahiran ini telah menjadi suatu yang sangat kukuh dalam individu tersebut, dan individu ini boleh mengubah tindakan mereka untuk disesuaikan dengan keperluan ketika itu. contoh: mengubah arahan kepada pelajar yang mempunyai berbagai kebolehan.
- origination: membina satu bentuk aktiviti yang baru untuk disesuaikan dengan situasi yang baru atau masalah yang dihadapi. Hasil pembelajaran menekankan kreativiti hasil dari kemahiran yang sangat tinggi. Contohnya adalah membina satu teori, atau program latihan.
Jadi dalam konteks bilik darjah, psikomotor atau aktiviti fizikal ini adalah hasil dari integasi maklumat atau konsep yang telah dipelajari. Mereka akan bertindak samada secara semulajadi, respon autonomik atau refleks (otomatik). Dalam kata lain aktiviti fizikal ini adalah lanjutan dari pembelajaran dalam domain kognitif dan afektif.
Sebagai contoh, setelah belajar tentang bakteria, seseorang akan bergerak melihat bakteria di bawah mikroskop, mengenalpasti ciri-cirinya dan melukisnya. Pelajar menggunakan aktiviti fizikal untuk mencapai objektif kognitif iaitu mengenalpasti, dan membezakan apa yang dipelajari (ciri-ciri bakteria). seterusnya, hasil dari pergerakan fizikal ini akan menggalakkan perkembangan kognitif dan mengasah kemahiran. Jadi jelas di sini bahawa psikomotor pelajar di dalam kelas adalah "tingkahlaku pembelajaran/ learning behaviour"
Namun saya kerapkali menerima rujukan pelajar dengan "tingkahlaku yang mengganggu/disruptive behaviour" dari guru-guru. Dari manakah datangnya istilah tingkahlaku yang mengganggu ini?
Sebahagian besar dari mereka adalah pelajar yang agak aktif, terlalu banyak bertanya soalan, tidur dalam kelas atau mengelamun, semuanya boleh ditafsirkan mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Ini belum termasuk pelajar yang sememangnya mengalami hiperaktif, autism, atau intelelctual deficiency (terencat akal).

Kembali kepada istilah "tingkahlaku yang mengganggu", istilah itu sendiri kelihatan begitu negatif kerana sekiranya kita memahami "tingkahlaku pembelajaran" maka sepatutnya tidak ada istilah "tingkahlaku yang mengganggu.
Nampak sangat domain pembelajaran di sekolah hanya mengutamakan doman kognitif. Ini adalah fakta kerana sememangnya di Malaysia kecemerlangan akademik adalah matlamat utama. Bagi pelajar yang sememangnya cerdik, mereka tidak mempunyai masalah mengkoordinasi ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor. Semuanya gred A!

Namun bagi pelajar yang agak lemah dalam pembelajaran domain kognitif ini tidak dapat dikuasai dengan baik sepantas pelajar cemerlang. Apa yang kelihatan adalah adaptasi domain afektif dan fizikal terhadap pengajaran guru dan rakan-rakan dalam kelas.
Sekiranya guru memuji mereka, psikomotor dan afektif mereka mungkin akan menggerakkan mereka untuk mempelajari suatu kemahiran itu dengan lebih bersemangat. Namun sekiranya guru memperlekehkan usaha mereka dan hasil kerja mereka, afektif mereka pasti terkesan dan tercedera, justeru itu psikomotor mereka mungkin menunjukkan mereka monyok atau tidak berminat untuk menyambung aktiviti dalam kelas. Ini mungkin dilihat sebagai "malas" atau "selalu khayal" atau "kerja sekolah selalu tak siap".
Oleh kerana pihak atasan telah menetapkan pencapaian utama adalah kecemerlangan, dan penilaian dalam pembelajaran sememangnya menekankan kognitif, sudah pasti pelajar-pelajar gred C, D atau E ini dilihat sebagai "gagal" mencapai piawaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.. Domain psikomotor (usaha) mereka tidak dinilai dan sebaliknya dilihat sebagai masalah pula (tingkahlaku).
Sekarang adakah para pembaca jelas bagaimana istilah tingkahlaku ini ditafsirkan jika seorang guru itu hanya mementingkan domain kognitif?
Mungkin para guru tidak berniat pun, tapi kalau hari-hari mereka di"ledakkan" dengan "kita mesti mencapai kecemerlangan yang lebih baik dari tahun lepas" dan menjadi BEST of THE BEST!!! apa agaknya yang terjadi?
Hebatlah kalau seorang guru boleh melawan arus, mengutamakan penilaian kecemerlangan domain afektif dan psikomotor. Saya pasti ada ramai guru yang begini terutamanya guru-guru pendidikan khas, mereka amat komited membantu anak-anak didik mereka untuk menguasai satu-satu kemahiran, dan sedikit kejayaan yang dicapai oleh pelajar adalah satu kejayaan besar guru tersebut yang perlu diraikan.
Namun, malangnya guru-guru ini tidak dapat melawan kehendak pihak atasan, mereka hanya melaksanakan sahaja. Betapa hebat pun semangat mereka tetap akademik juga yang dinilai!. Bukankah itu suatu yang amat menyedihkan?
Itulah sistem top bottom di mana arahan dikeluarkan wajib dijalankan tanpa bangkangan. Maka suara-suara kecil seperti saya ini hanyalah tempias yang mungkin tidak didengari oleh pihak atasan kecuali kalau kita dapat menyampaikan hajat kita ini kepada mereka. (harap-harap adalah pegawai tertinggi yang membaca entri saya ini..amiinn). Tamat dengan luahan hati saya.

seterusnya saya kongsikan kisah yang menjadi "trigger" saya menulis entri ini. Kisah ini berlaku pada hari Rabu lalu semasa saya mengambil keputusan peperiksaan Hafiz di sekolah. Memanglah namanya pun keputusan peperiksaan. jadi perkara yang dipandang paling penting adalah kedudukan dalam kelas dan perbandingan pencapaian dalam peperiksaan yang lalu.
"penggal lepas dapat nombor 3, kali ni tambah 3 lagi" kata Cikgu kelas Hafiz yang bertudung pink, manis sekali senyumannya, kelihatan ketokohan seorang guru. Saya memang respect guru-guru yang mengajar pelajar darjah 1. Mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi menangani anak-anak kita.
Saya melihat kertas ringkasan keputusan peperiksaan Hafiz. Peperiksaan penggal pertama, dia dapat nombor 13, lepas tu nombor 3 dan penggal ini nombor 6.Itu yang dicerap oleh guru kelasnya dari penilaian kognitif.
Ada juga diserahkan kepada saya penilaian berasaskan "band" .. Ok lah Hafiz dapat kebanyakannya band 3 dan 4. Secara kasarnya kemahiran membacanya dah jauh lebih baik, saya pun tak pernah menguji pemahaman pembacaan Hafiz kerana dia tak pernah bawa balik buku sekolah ke rumah... hahahaha alasan untuk emak yang malas macam saya. Sesekali keluar ke pekan, semua signboard dia baca dengan betul... jadi ok lah tu kan.

"Banyak turun ni, Sains ramai yang dapat 100, dia dapat markah 70 je".
Saya selamba je dengar komen cikgu, sambil tersenyum. Saya memahami kemelut bidang pendidikan.. kalau boleh semua nak dapat A.
Alhamdulillah cikgu Hafiz ada memberitahu domain afektif dan psikomotor Hafiz. Katanya dulu Hafiz mudah menangis kerana diusik kawan, namun kini dia lebih "kuat" dan mampu membela dirinya.
Dalam kereta, saya tanya Hafiz, "Kenapa Bahasa Malaysia abang dapat 55 je?"
Hafiz jawab "abang salin je..." hahaha...owh anakku whateverlah... I know you are smart. Semua anak-anak saya ikut baka ayahnya "study lepak, result gempak" :)
Tiada tanda risau dan rimas dengan keputusan peperiksaannya sebab muka saya pun selamba saja. Pada saya apalah sangat dengan kedudukan dalam kelas. Dulu, Hafiz tak pandai membaca sebab saya hantar dia ke PRINCE di HUSM iaitu satu-satunya kinder inklusif yang menjadi contoh kepada pendidikan inklusif pra sekolah di Malaysia.
Konsep bermain sambil belajar, mentoring kawan-kawan yang ada masalah pendengaran dan hiperaktif menjadikan Hafiz pelajar yang sangat kreatif. Saya tak pernah tanya apa dia belajar di sekolah kerana saya mahu dia bermain dan berseronok. Hujung tahun sebelum graduate dari PRINCE pandai juga dia menulis namanya!

Jadi dalam darjah satu Hafiz ditempatkan dalam kelas ke 4 dari 6 kelas keseluruhan. Maknanya he is not smart sebab mereka yang duduk dalam kelas pertama telah pandai membaca dengan lancar... ayat yang biasa saya terangkan kepada ibu bapa yang datang ke klinik saya.
Malaysia masih mengamalkan sistem segregasi murid yang paling pandai diletakkan di kelas terbaik, diikuti dengan murid pandai, kurang pandai, ........ sehinggalah kelas terakhir adalah murid paling ***oh atau bermasalah.
Sangat sedih dengan sistem seperti ini. Ibu bapa pun merasa kurang selesa untuk berkumpul dengan mereka yang mempunyai anak dalam kategori extreme pandai atau extreme ***oh. I hate this!!!
Kalau saya kaitkan semula dengan ketiga-tiga domain pembelajaran yang saya bincangkan di atas, sebenarnya semua berkait antara satu dengan lain. Kebolehan seorang pelajar yang mempunyai kognitif yang hebat, pastinya membuatkan pelajar tersebut gembira dan merasakan mereka telah menguasai sesuatu pembelajaran itu. Namun psikomotor pula, kadang-kadang pelajar ini terlebih gembira sehingga berlari-lari di dalam kelas, mengusik kawan, menunjuk-nunjuk, kepandaiannya atau menyanyi-nyanyi didalam kelas.

Interpretasi guru-guru pula, mereka mengganggu pelajar lain dan dikelaskan sebagai tingkahlaku yang mengganggu. Andainya pada tahap ini guru-guru boleh mengubah intepretasi mereka, saya rasa akan turunlah statistik guru mengeluh kerana pelajar-pelajar nakal.
Semua pergerakan pasti ada tujuan. Hanya orang yang lapar akan ke dapur mencari nasi, hanya orang yang nak terkencing mencari tandas, hanya orang yang mengantuk mencari bantal, begitulah kan. Sekiranya guru menyedari pergerakan fizikal pelajar adalah komponen penting dalam pembelajaran atau "learning behaviour" maka carilah sebab mengapa mereka bertindak sedemikian, bukan melabelkan mereka sebagai "nakal"!

Justeru itu rangakerja tingkahlaku pembelajaran atau "learning behaviour framework" ini perlu difahami oleh guru-guru agar tafsiran mengapa seseorang pelajar itu bertindak dapat difahami.
Dalam pembelajaran yang lebih kompleks mengambil kira budaya dan cara didikan di rumah, komponen-komponen dalam pembelajaran ini perlu dianalisa dan difahami agar ianya memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas tentang perilaku pelajar-pelajar ini. Justeru guru-guru akan dapat meneka atau membuat ulasan yang tepat mengapa anak-anak murid mereka ini begini atau begitu.

Tetapi, andainya tumpuan hanya tertumpu kepada kognitif sahaja, komponen afektif dan psikomotor yang sangat berkait rapat itu akan terus diistilahkan sebagai tingkahlaku yang mengganggu. Bila ianya "masalah" maka terpaksa mencari "penyelesaian" agar tujuan utama pencapaian kognitif ini tercapai atau agar pencapaian prestasi sekolah sentiasa menjadi yang terbaik dalam daerah atau agar silibus pembelajaran dapat dihabiskan.
Maka guru pun mungkin disoal siasat, atau pegawai pendidikan datang memantau di mana silapnya sehingga pencapaian menurun. Ada guru yang menangis menceritakan dituduh "dayus" dan bermacam-macam lagi ... saya sangat simpati dengan kisah mereka. Entah sampai bilalah kita akan terus hidup dalam cengkaman "harimau halimunan" ini!

Jelas kelihatan disini, apa yang menjadi keutamaan dalam fikiran seorang guru dizahirkan dengan tingkahlaku dan kata-katanya, bukankah tadi kita telah mempelajari bahawa praktis adalah bergantung kepada sikap dan emosi seseorang.
Anda mungkin jarang-jarang sekali berjumpa dengan seorang guru yang melaporkan apakah kebaikan atau keistimewaan seseorang pelajar dari segi usaha atau kemahiran anak kita sebelum bercakap tentang keputusan peperiksaan. sekali lagi kalau kita fahami taxonomi pendidikan, kita dapat perhatikan guru ini adalah guru yang mementingkan usaha dan bukan hasil akhir peperiksaan.
Guru-guru seperti inilah yang patut menjadi ikon kepada kita. Jika diletakkan untuk mengajar pelajar yang dalam kategori gred C, D atau E pasti ibubapa terasa sejuk hati ketika mengambil slip keputusan peperiksaan. Biarpun semua matapelajaran D atau E tapi appresiasi guru tentang tingkahlaku pelajar dan usaha mereka menggembirakan dan membuat ibu bapa merasa bangga dengan anak mereka.
Apa pendapat anda? Silakan kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat
Apa pendapat anda? Silakan kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat
Post a Comment