Seorang pelajar lelaki berusia 8 tahun di bawa masuk ke dalam bilik saya oleh seorang  doktor di klinik saya. Ibunya seorang akauntan. Pelajar ini masuk sambil menunjukkan penumbuknya kepada saya. Dia menyeringai sambil menggetap gigi dengan rasa geram seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya.
.
Dia bergerak pantas, mengambil barang-barang kecil seperti pita pelekat, jam randik, kertas bernombor giliran pesakit, pen dan anak-anak patung di bilik saya dan dimasukkan ke dalam tong sampah.
.
Kelihatannya dia sangat marah dan menunjukkan protes. Mengikut emaknya dia mahu balik. Oleh kerana dia bercakap dalam  Bahasa Cina hanya ibu dan doktor perujuk saja yang memahaminya.
.
Ibunya memberitahu Danny tidak suka ke klinik berjumpa doktor kerana setiap kali temujanji pasti ibunya akan bercerita perkara yang tidak baik tentangnya.
.
Barulah saya faham mengapa dia menyeringai dan menggetap gigi serta menunjukkan penumbuknya kepada saya tadi. Ligat saya berfikir agar perbincangan kami nanti dipandang positif oleh klien saya ini.
.
Danny (bukan nama sebenar) didiagnos mengalami ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) dan ubat T. Ritalin baru saja dimulakan dalam dua minggu yang lalu. Sejak makan ubat ini ibunya tetap tidak berani menghantar Danny ke sekolah kerana bimbang akan menerima komen dari guru Danny.
.
Sebelum ini ibu Danny sudah tidak mampu menangank tingkah laku Danny yang sangat aktif dan mudah marah. Sebenarnya jika di sekolah dia lebih 'baik' dari di rumah. Ibu Danny seolah-olah putus harapan.
.
Ayah Danny tidak suka membawa Danny keluar makan kerana sikap Danny yang tidak boleh duduk diam dan tidak mendengar nasihat.
.
"Danny nak masukkan semua barang doktor dalam tong sampah ya?, mari masukkan sini". Saya mengusulkan agar Danny tidak dilihat negatif kerana  "membuang" barang-barang saya. Saya tahu tong sampah itu bersih dan belum ada sampah pagi tersebut.
.
Danny terus mengutip barang-barang di bilik saya. Blok-blok puzzle pun di simpan sebahagiannya dalam peti besi laci tengah dan bawah. Ketika membuka laci tersebut dia terjumpa pula air laici kotak dan terus menyucukan straw untuk minum.
.
Ibunya menghalang tapi Danny tidak menghiraukannya. Dia mengambil bakul puzzle saya dan memanjat kerusi untuk meletakkan bakul tersebut di atas almari besi.
.
Sesekali dia menyeringai ke arah saya yang cuba untuk bercakap dengannya. Dia ambil pula cecair pencuci tangan disinfectant dan menekannya. Dia belajar sesuatu nampaknya. Sekali ditekan cecair itu mudah kering, dicubanya lagi sekali dan berkali-kali lagi.
.
"Wah bersih dah tangan Danny, tak ada kuman dah". Semua yang dipandang negatif oleh ibunya saya telah tukarkan kepada suatu yang neutral atau positif.
.
Saya bincang juga teknik mengubah tingkahlaku dengan menggunakan carta bintang. Ibunya mengangguk faham.
.
Kelihatan Danny semakin tenang. Dia sudah mula duduk di kerusinya. Tidak lagi menyeringai. Saya ulangi pujian saya tentang mencuci tangan tadi. Nampaknya Danny mudah diubah dengan pujian.
.
Inilah isu yang saya terus bincangkan dengan ibunya. Saya percaya ibunya selama ini memang banyak menggunakan ayat-ayat yang agak negatif. "Oh kena banyak guna ayat positif ya?" tanya ibunya. Saya mengiakan dan merasa syukur ibu telah faham apa yang saya cuba sampaikan.
.
Saya berpesan kepada staff nurse agar lain kali  bila temujanji Danny diberikan kepada doktor yang sama bagi mengelakkan ibu Danny bercerita perkara yang "tidak baik" kepada doktor yang baru pula sebagaimana tanggapan Danny. Sekiranya perlu kes Danny mungkin akan diambil alih oleh pakar untuk memastikan hubungan klien dan terapis yang sama.
.
Saya cuba mencadangkan ibu Danny berjumpa kembali guru kelas Danny dan bertanyakan pandangannya terhadap perkembangan Danny, namun jika masih tidak berubah unit sekolah akan menjalankan lawatan ke sekolah untuk berbincang dengan guru Danny tentang masalah Danny dan bagaimana guru-guru dapat membantu.
.
Kelihatan wajah ibu yang bimbang tadi bertukar lega bila saya memberitahu akan ke sekolah membantu.
.
Inilah sebahagian klien saya dan saya pasti ramai di luar sana yang mungkin mempunyai masalah yang serupa seperti Danny. Semoga perkongsian kali ini memberikan sedikit pengetahuan tentang emosi anak yang mudah tercalar dan tingkahlakunya yang dipandang negatif adalah satu komunikasi.
.
Kita sebagai orang dewasa cubalah memahami komunikasi ini dan carilah apakah punca atau masalah yang sebenarnya.

*gambar sekadar hiasan sahaja




Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Your website is fantastic. The colors and theme are fantastic.
    Are you the one who created this website? Please respond as soon as possible because I'd like to start working on my project.
    I'm starting my blog and I'm curious as to where you got this from or what theme you're using.
    Thank you very much!
    hide all ip crack
    skype for windows 10 crack
    driver easy pro crack
    sony vegas pro crack

    ReplyDelete
  3. I think I have never seen such a beautiful piece of design for a long time. Excellent work!

    3dvista virtual tour suite crack
    cleanmymac x crack
    rekordbox dj crack

    ReplyDelete
  4. It is an Editor Software. Your knowledge is truly outstanding.Thank you for sharing your knowledge. Download now. Corel Draw X6

    ReplyDelete

 
Top