Aku tak pernah terfikir untuk menjadi seorang doktor tapi betullah doa kedua orang tua itu memang mustajab. Emak dan abah melihat keberanianku menindik semula telinga adik perempuan ku semasa aku berumur dalam 8-9 tahun sebagai ciri-ciri seorang doktor. Alhamdulillah hari ini telah bergelar DR sejak 17 tahun yang lalu.

Aku memulakan pengajian asas ku di sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting, seawal umur 6 tahun. Kebetulan ketika itu bapa saudaraku adalah guru besar di sekolah tersebut (Cikgu Ibrahim Hanapiah). Aku mengulang darjah 5 sebanyak 2 kali untuk melayakkan aku menduduki peeriksaan penilaian darjah 5 pada usia 11 tahun. Pada masa itu peperiksaan penilaian darjah 5 adalah penentu masa depan seseorang pelajar. Alhamdulillah aku berjaya mendapat 5A bersama seorang lagi rakan ku yang merupakan anak kepada cikgu Salleh iaitu Saffrin Mukhar Mohd Salleh. Kami berdua berjaya mendapat tempat di MRSM Jasin Melaka dan masuk ke tingkatan 1 pada 9 April 1983 (kini dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar Baba).

Emak dan abah bukannya orang senang, abah berniaga kedai runcit (sebuah kedai runcit kecil tidak jauh dari jalan masuk ke Pusat Angkasa Negara). Emak pulak tidak bekerja dan mengambil upah menjahit baju. Hidup kami agak susah. saudara maralah yang membantu kami, kami tiada kenderaan untuk ke Melaka, pertolongan acik Hamzah tak kan kami lupakan. Bersama doa keluarga dan orang-orang kampung aku menjejakkan kaki di MRSM Jasin. Sakitnya berada diperantauan, tiada keluarga datang menjenguk disebabkan kesukaran kenderaan. Cemburu bila melihat ibubapa orang lain datang berkunjung membawa pelbagai makanan, dan keluar ke pekan Jasin. Aku teringin sekali mendengar namaku dipanggil melalui alat pembesar suara "aku mengimpikan akan ada suara " kepada pelajar bernama Norzila Zakaria, sila datang ke bilik rekreasi kerana ada tetamu sedang menunggu", tetapi itu hanyalah angan2 sahaja. Rindu pada keluarga tidak terkira, setiap hari menanti surat, berderai-derai airmata membaca surat tulisan abah....dipendekkan cerita sepanjang pengajianku di MRSM Jasin selama 5 tahun, abah datang menjenguk sekali sahaja waktu aku ditingkatan 4, bersama2 dgn cikgu Alwi (bapa Fatimah) yang duduk di Kanchung Darat. Sekali lagi abah datang kerana membawa aku pulang selepas menamatkan peperiksaan SPM bersama abang sepupuku Mustafa Rajimin.

Aku bukanlah pelajar yang pandai sangat, dalam peperiksaan SRP aku mendapat 7A1 1A2 manakala dalam peperiksaan SPM pula, aku mendapat pangkat 1 dengan aggregat 13. Alhamdulillah aku diterima masuk ke matrikulasi UKM program 2 tahun di MRSM Kulim pada tahun 1988. Ketika ini semakin ramai saudara mara yang menjangkakan aku akan menjadi doktor. Aku sendiri tidak pasti adakah aku mahu menjadi doktor. Apa yang tergambar di fikiran aku ketika itu " takutnya nak tengok mayat"...betapa pengecutnya aku!

Tapi seperti kata orang, bila kita telah di pusat matrikulasi, sebelah kaki kita telah berada di universiti. Aku hanya mengikut perjalanan pengajianku. Antara Fizik, Biologi dan Kimia aku lebih cenderung meminati biologi. Matematik....hancur!!! Terfikir jugak memang mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi doktor. Minat aku semakin bertambah. Tetapi ketika itu aku merasa tidak yakin yang aku boleh melayakkan diri masuk ke fakulti perubatan kerana bukanlah mudah untuk mendapatkan keputusan yang baik dan diterima kasuk ke fakulti perubatan. Oleh kerana ketika itu kami adalah perintis program 2 tahun, maka kami terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar matrikulasi UKM program 1 tahun yang akan masuk ke fakulti Sains Hayat selama setahun sebelum masuk ke tahun 2 fakulti perubatan. Kami diberitahu hanya 20 tempat disediakan untuk pelajar-pelajar dari program 2 tahun untuk terus masuk ketahun 2 fakulti perubatan UKM. Wah...ketika itu terfikir "boleh ke aku ni ..." ada berapa buah pusat matrikulasi UKM di seluruh Malaysia, dan ada berapa ramai pelajar matrikulasi UKM yang berminat memasuki fakulti perubatan?  ahhhhh.....aku merasakan kemungkinan untuk aku amat tipis sekali tapi belum cuba belum tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Doa dan terus berdoa, solat hajat berterusan, mohon Allah sampaikan hajat kedua orang tuaku.

Perbezaan budaya belajar di peringkat menengah dan matrikulasi memang menyerlahkan kekurangan cara aku belajar. Aku rasa dalam setiap subjek akulah orang yang paling akhir dapat memahami sesuatu konsep itu...aku berusaha bersungguh2 dan bertawakal. Pada ketika ini kawan2tidak pernah jemu membantu aku. Masih aku ingat lagi betapa kencangnya jantung ku bergedup ketika menduduki peperiksaan akhir matrikulasi kertas biologi. Bila kami dibenarkan membuka kertas soalan di Dewan peperiksaan , aku rasa seperti hampir pitam...soalan pertama berkaitan "burung"....satu-satunya bab yang aku tinggalkan dan tak sempat nak baca.  MasyaAllah apa aku nak jawab ni??? nak menangis rasanya, cepat-cepat aku berkata pada diriku sendiri, "tenang norzila!" aku pun membelek soalan2 yang seterusnya, aku rasa aku boleh menjawab soalan2 yang lain dengan baik. Aku pun mula menjawab dengan yakin..tapi soalan 1 yang mempunyai rantaian beberapa soalan lain yang berkait antara satu sama lain memang ku tinggalkan terus!! Aku hanya berharap aku mendapat markah yang baik untuk subjek biologi agar terpilih memasuki fakulti perubatan, pun begitu aku  bersedia untuk menerima kemungkinan aku gagal.

Akhirnya peperiksaan berakhir, dan kami semua pelajar pulang "for good" ke rumah masing-masing. Bila keputusan keluar, aku menelefon MRSM Kulim untuk mendapatkan keputusan dan masyaAllah, aku dapat biologi A!!! dan kesemua subjek yang lain juga menunjukkan peningkatan, kalau tak silap aku mendapat satu lagi A dalam subjek kimia. Matematik B.....maha suci Allah, hajat kedua ibu bapaku hampir tercapai. Aku memohon untuk meamsuki fakulti perubatan dan alhamdulillah diterima. Di kabarkan seramai 20 orang pelajar matrikulasi UKM seluruh Malaysia pada tahun itu mendapat A untuk subjek biologi dan kalau tidak silap 16 daripadanya berada di fakulti perubatan UKM...syukur ya Allah, dan salah seorang daripada 16 itu adalah aku!






Post a Comment

  1. terima kasih Dr...artikel ni memang memberi motivasi buat diri saya..saya bukan lah peljar yg pintar dan hanya bersekolah harian biasa tetapi cita cita saya memang mahu menjadi seorang doktor..

    ReplyDelete
  2. In sha Allah saya doakan shaz berjaya mencapai impian... doa, usaha dan tawakkal

    ReplyDelete
  3. banyak member motivasi kepada saya...

    ReplyDelete
  4. in sha Allah saya sambung cerita saya nanti bagaimana saya menjadi pakar psikiatri pulak

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dr. tahun ni saya akn mnduduki spm. cita2 saya nk jd doktor. alhamdulillah markah biologi saya kdg2 A but mostly B+. tp dr.. saya ni ade mslh dgn mabuk darah. tgk darah je msti nk pengsan. last week saya join pasukan pbsm skola saya utk pertolongan cemas pra kejohanan sekolah sy. ade sorg budak ni kaki dia luka slps lompat jauh. saya cuba utk rawat dia. saya nmpk darah dia meleleh then saya pun pengsan. -,-" sungguh memalukan pbsm pengsan. persoalan saya, boleh ke saya jd doktor?

    ReplyDelete

 
Top