Tercetus idea menjadikan tajuk ini sebagai tajuk utama. Kebanyakan dari kita terlalu biasa dengan yang biasa, dan tidak mahu membetulkan jika yang biasa itu salah. apatah lagi mahu membiasakan yang betul tapi tak biasa dibuat.

BYB 1

Yang Biasa; Pakai tudung bila keluar rumah, bila sedara mara datang dan bukan muhrim, tak pulak tutup aurat. Apa yang biasa: kita pakai ala kadar sebab dalam rumah sendiri, tudung selimpang, baju lengan pendek, baju kelawar nampak ketiak! Lagi seksi tau baju kelawar tu. menyinsing lengan baju ke paras siku sambil borak2 dan makan2. berlunjur kaki tanpa memakai stokin selamba je, kadang2 separa betis pulak terselak. Kita biasa sangat anggap ipar duai sebagai muhrim!

Yang Betul: Kena tutup aurat walau di mana kita berada hatta di rumah sendiri, keluar buang sampah atau menyapu sampah di beranda, pastikan definisi muhrim kita betul, ipar duai bukan muhrim ye.

Mari kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

One of my three girls who always remind me to "biasakan yang betul"

Post a Comment

 
Top