Berkali-kali suami saya melontarkan soalan yang sama kepada saya bila beliau menjenguk blog saya yang dah lama sunyi dari entri baru.

" Jadi pakar psikiatri, buatlah sumbangan kepada masyarakat sebagai amal jariah...tulis lah sehari satu cerita kisah kanak-kanak dengan masalah tingkahlaku atau emosi. Ramai diluar sana yang tak pernah sampai ke klinik psikiatri tercari-cari kenapa dengan anak mereka,atau mereka takut anak mereka di label "gila" bila berjumpa pakar psikiatri"

Saya jawab dengan senyuman nakal  "Ni mesti sebab abang dah ada entri baru kat blog abang kan?"

Beliau tersenyum sambil menjawab "Setidak-tidaknya abang ada entri baru...mendidik masyarakat tentang denggi"...sambil memandang dengan senyuman sinis!!!"...

Perghhhh....tercabarnya!

Bila saya fikir-fikirkan memang benar apa yang dikatakan oleh suami saya itu. Saya sepatutnya mendidik masyarakat tentang ilmu yang mereka "tak tahu di mana untuk bertanya". Silap haribulan, akan ada yang memberi jawapan "tersampuk hantu" dan pergi berbomoh sehinggan mendatangkan syirik...nauzubillah.
Sebenarnya besarnya tanggungjawab saya yang masih belum saya sampaikan kepada mereka yang berhak.

Semoga Allah berikan kekuatan untuk saya meneruskan niat untuk berkongsi cerita-cerita pendek tentang pesakit-pesakit yang saya pernah rawat and bagaimana cara mendapatkan rawatan. In sha Allah saya akan mulakan dengan entri pendek kisah am pelajar-pelajar yang dianggap nakal di entri akan datang... bagus untuk bacaan guru-guru dan ibu bapa.


 Ketahui ilmu untuk mendapatkan hit yang banyak kepada link anda dari:

http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=13692

saya juga sedang belajar...semoga segala ilmu dari perkongsian saya ini akan mendapat hit yang banyak dan sampai kepada kumpulan sasar yang sedang tercari-cari maklumat seperti ini. Semoga ianya juga menjadi amal jariah. Betulkan niat kerana Allah! 

Post a Comment

 
Top