1 April bermulalah kehidupan kita semua bersama "GST...teman sepanjang hayat". Walaupun saya seorang doktor pakar yang dianggap mempunyai pendapatan yang lumayan, namun saya tidak dapat lari dari memikirkan "macamana nak cari duit poket lebih". Kalau anda tak terfikir seperti yang saya fikir, pastinya anda adalah seorang jutawan yang sedang "membuat" duit setiap saat hatta semasa sedang tidur!

1 April... tarikh itu saja kebetulan suami saya mempunyai masa terluang untuk membaiki central lock kereta Honda Civic kami yang dah berusia 12 tahun. Kos keseluruhan RM295.00. GST RM18+. Kalu dulu tanpa GST RM18 ni tiada, namun sekarang kita terpaksa mengeluarkannya dari poket kita. Apakah kita masih selesa dengan keadaan ini? Duit yang masuk ke dalam poket kita sama sahaja setiap bulan, dari satu sumber...gaji sebagai pegawai kerajaan. Balik rumah bil elektrik pula sampai. Kalau bacaan bil mengikut penggunaan sebanyak 5 baris, maka sebanyak 5 baris lagilah akan anda baca bayaran GST!!!

Masih selesa??? saya tabik spring. Memang betullah anda pembuat duit yang tak perlu risaukan kebocoran poket menampung bayaran GST. Saya memang cukup terkesan. Beli barang dapur semua ada GST... walaupun dah pandai bertanya dengan pekedai "mana nombor pendaftaran GST?" namun apalah sangat yang boleh saya buat, lepas pekedai tunjuk nombor pendaftaran tu...hendak tak hendak kena bayar juga kan??? HELPLESS!!!

Masuk ke Mydin.... terpampang besar, "Harga barang tak naik" menyejukkan hati saya... tapi terdetik juga "entah ya entah tidak?" apatah lagi orang yang seperti saya yang tidak pernah mengingat harga barang-barang, kebiasaanya ambil dan letak dalam troli... itulah tabiat saya membeli belah, bak kata suami saya "gaya orang kaya" hahaha... memang terperli dengan kata-katanya.

Kemungkinan harga dinaikkan untuk mengelabui mata pembeli tetap tinggi...masakan mereka mahu rugi! Sepatutnya saya perhatikan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan. tapi kalau ya pun saya perhatikan...SO WHAT??? kita kena juga kan! Beli juga! HELPLESS lagi!!!

Mari kita fikirkan, jangan kita mengeluh atas keadaan sekarang. Kita tak berupaya mengubah kalau setakat berkata-kata dalam hati saja, tindakan tiada. Saya tinggal di Australia selama 3 tahun, negara yang mengamalkan GST, saya kembali ke Malaysia hujung 2012. Bulan Oktober 2014 saya kembali semula atas urusan pengajian untuk beberapa hari.... masih seperti biasa di COLES atau ALDI ada saja tanda "reduced price" dan harga barang-barang masih serupa seperti sebelum saya kembali ke Malaysia. Kalau ikutkan hati memanglah rasa nak kembali ke sana, tetapi tempat jatuh lagi dikenang, Malaysia tanah airku. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, masih seronok di negara sendiri. Dapat makan pisang goreng panas di mana-mana!!!

Orang yang malas akan memandang masalah sebagai MASALAH, tetapi orang yang bijak akan memandang masalah sebagai PELUANG. Saya melihat peluang itu namun masih ada banyak halangan untuk kita harungi. Mahukan pendapatan lebih, baliklah kepada sunnah nabi...berniagalah. terlalu banyak peluang berniaga di luar sana. Ambillah peluang ini sebaik-baiknya.

Namun sebagai pegawai kerajaan saya amat memahami dilema untuk berniaga dengan kerja hakiki yang terpaksa kita selesaikan semasa waktu pejabat. Hanya mereka yang bijak membahagi masa dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Namun kita agak sukar hakikatnya...Arghhhhh...itu semua alasan!!!!

Semua orang Allah kurniakan masa selama 24 jam, fikirkanlah apa yang boleh kita lakukan selepas waktu pejabat. Buangkanlah perasaan irihati, dengki dan bersangka tidak baik untuk pegwai kerajaan yang mepunyai perniagaan. Anda faham apa yang saya maksudkan bukan? Terma-terma "curi tulang", "kerja hakiki ambil mudah" dan yang sewaktu dengannya pasti terlintas!

Carilah rezeki yang halal. Lakukan tugas hakiki dengan sempurna dan carilah rezeki sampingan untuk menampung keperluan keluarga kita. Itu sahaja caranya. Duit tidak akan datang kepada kita jika kita tidak berusaha mencarinya.Bertindak sekarang, atau anda hanya akan terus dibuai mimpi.

GST oh GST... terimakasih kerana memberi PELUANG! saya positif, Anda juga!

Post a Comment

 
Top