Kali ini terasa ingin muhasabah diri tentang matlamat hidup. Syukur diberi Allah peluang dan ruang untuk mempunyai hidup bermatlamat. MATLAMAT adalah perkataan yang sentiasa disebut-sebut, tapi saya mengakui bahawa ianya hanyalah superfisial sahaja sehinggalah satu hari saya menghadiri kursus yang menyedarkan diri saya apa sebenarnya matlamat hidup.
Sungguh saya merasakan usia lebih 40 tahun adalah satu kerugian yang besar kerana tidak sepenuhnya memahami matlamat. Belajar pandai-pandai, masuk universiti, bekerja, menyelesaikan tugasan di pejabat, balik rumah bersama keluarga adalah matlamat yang telah ditanamkan dalam diri saya. Hidup saya amat SELESA dengan situasi tersebut. Matlamat saya hanya berkisar keluarga sahaja sedangkan di luar sana tanggungjawab kepada masyarakat masih belum terlaksana.
Saya tercari-cari bagaimana dan apakah pencetus kepada mereka yang rajin menjalankan aktiviti sukarela ke sana sini tanpa jemu, ringan tulang dan ada saja masa terluang, sedangkan diri ini sentiasa memberikan alasan sibuk dengan anak-anak dan keluarga di hujung minggu.Saya tidak menceritakan kisah orang lain tetapi inilah apa yang saya lalui. Apakah yang telah saya sumbangkan kepada masyarakat? Masih terlalu banyak ruang kosong dalam jawapan saya kepada persoalan ini.
Antara masalah sosial yang sering mencacatkan pandangan adalah peminta sedekah. Termasuk dalam kategori ini adalah penjual kerepek yang memaksa kita membeli kerepek yang kadang kala telah tengik, juga pengutip derma di depan pintu-pintu bank (yang kesahihannya tidak pasti, samada mengutip untuk diri sendiri ataupun betul-betul untuk sekolah atau masjid). Saya rasakan cara sebegini tidak profesional..
Acapkali juga saya didekati beberapa orang lelaki yang setiap hari kelihatan berlegar-legar di kawasan kedai-kedai berhadapan HUSM, membawa bekas plastik dan sekeping pernyataan meminta derma untuk sekian sekian pembinaan. Kasar sungguh cara meminta derma sambil menggoncangkan bekas plastik. Kali pertama ter"kena" saya berikan wang, tapi suami saya mengatakan "jangan", tapi saya tetap degil. Kebetulannya pada hari yang sama, saya melihat lelaki ini bergembira menghisap rokok dan makan di salah satu kedai makan. Bukanlah salah makan di situ tapi gayanya tidak kelihatan seperti benar-benar mencari derma untuk pembinaan sekolah. Jangkaan saya ada benarnya. Ketika membeli nasi bajet di lori bergerak di depan HUSM pak cik ini sekali lagi meminta derma, tapi saya abaikan.kakak penjual nasi itu memberitahu setiap hari memang lelaki ini akan mencari "mangsa"...wallahualam.
Alangkah indahnya jika tiada peminta sedekah begini. Kita layak memberi sedekah yang banyak atau zakat yang banyak yang dapat disumbangkan untuk pembinaan sekolah, masjid, rumah anak-anak yatim dan macam-macam lagi sepertimana seorang hamba Allah yang telah menyumbang sebanyak RM30 000 untuk pembinaan kantin Sekolah Menengah Islam Aman... refleksi dari ucapan perasmian hari ucapan dan penyampaian hadiah SMI Aman 11 April 2015.
Allahumma berikanlah kami kekayaan yang melimpah ruah agar dapat kami sumbangkan untuk Islam. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.Marilah kita jadikan matlamat hidup kira menjadi kaya dunia dan akhirat! mari perbaiki ekonomi orang Islam, jangan sampai kita meminta-minta jika kita mampu berusaha. Mari kita bersama-sama bertindak membangunkan ekonomi kita. Kita wajib menjadi kaya untuk membantu lebih ramai yang memerlukan.
Tindakan yang luar biasa akan mendapat hasil yang luar biasa. Marilah kita jadi Muslim yang luar biasa hebat. Menyumbanglah dalam bidang kepakaran masing-masing demi pembangunan ummah. Peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa! Jika anda ingin jadi kaya, bantulah orang lain jadi kaya... "faham ke tak? Tak faham tak apa".... :) mungkin ramai yang akan tersenyum dengan baris terakhir ayat saya ini
Home
»
»Unlabelled
» Ruginya hidup tanpa matlamat...kita wajib jadi kaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment