Masih dalam mood keseronokan dapat membantu guru-guru untuk mengesan masalah pelajar yang gagal ujian LINUS di tahun 3, saya rasa elok juga saya menyingkap kembali sejarah bagaimana program ini diwujudkan.
Lawatan ke sekolah adalah rutin untuk kami di Unit kanak-kanak dan Remaja Klinik Psikiatri, HUSM. Ianya dilakukan sebagai salah satu penyiasatan sosial untuk memahami masalah pelajar yang dirujukkan kepada kami. Kebiasaannya lawatan akan dilakukan jika masalah pelajar tersebut berkaitan dengan sekolah seperti kes buli, masalah pembelajaran, masalah "trauma" dengan kejadian di sekolah dan sebagainya. Tujuan lawatan adalah untuk melihat di mana kita boleh bekerjasama dengan pihak sekolah agar pelajar dapat kembali ke sekolah dengan keaddan yang lebih "difahami" oleh guru2 terutamanya yang mempunyai masalah pembelajaran.
Kali pertama penglibatan kami dalam program saringan adalah pada tahun 2005 kalau tak silap di Sekolah Kebangsaan Suria 2, Tanah Merah. Ketika itu pihak USM dijemput untuk membantu proses saringan mengesan pelajar2 bermasalah pembelajaran. Ada sesuatu yang menarik tentang program ini yang membuatkan ianya kuat terpahat di memori saya. Saya kurang pasti kepada siapakah jemputan untuk membantu dalam saringan ini ditujukan, maka apa yang saya ceritakan ini mungkin tidak lengkap kerana proses awal penglibatan HUSM tidak dapat saya pastikan. Apa yang saya ingat, ketika En Asri Dollah dari Unit Jurupulih carakerja bertemu saya di Klinik Psikiatri memberitahu tentang program saringan ini dan bertanyakan adakah kami akan ke sana juga?
Dengan muka terkejut saya kata "tiada siapa pun yang menjemput kami", semakin terkejut bila diberitahu bahawa ianya satu program yang besar di mana orang2 penting kementerian pelajaran Malaysia akan turun untuk merasmikan program tersebut. Apa yang membuatkan saya lebih terkejut adalah bagaimana boleh kami tidak di jemput..... jadi kata En Asri lagi, " tak apa lah doktor, mungkin mereka tak tahu yang masalah pembelajaran adalah kepakaran unit psikiatri", saya hanya tersenyum sahaja. En Asri mengambil inisiatif memastikan kami dijemput oleh pihak pengurusan HUSM. What ever lah.... sebab this is my special interest, saya ketepikan rasa terkilan ...saya maafkan saja atas "ketidaktahuan" mereka tentang peranan psikiatri dalam pengesanan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Syukur Allah hantar En Asri atas kesedarannya betapa PENTING nya kami di sana nanti, telah memanjangkan jemputan itu kepada kami. Kami tetap "terasa hati" hehehe...kami pun manusia biasa juga. Boleh lah anda bayangkan bagaimana hati kami berkata-kata... ianya seolah-olah dah tau nak hujan, tapi tak bawa payung! That is our speciality ...how come you miss us?????
Persediaan tergempar kami jalankan, syukur team child psychiatry sangat cekap... semua borang kami sediakan. Saya mencari beberapa orang pegawai perubatan untuk bersama-sama saya di lokasi. Bertolak menaiki bas USM kami bergerakbersama-sama unit lain seperti jurupulih carakerja oftalmologi, ENT dan paediatrik ke sekolah Suria 2..jeng jeng jeng... ada kejutan lagi.
Sesampainya kami di sana, setiap bilik pemeriksaan telah dilabelkan dengan unit tertentu, psikiatri left out lagi.... hmmm masa tu rasa cam nak marah juga. tapi tak apa lah kita memang selalu low profile. Kelam kabut guru-guru mencari ruang untuk kami, akhirnya kami diberikan Bilik Perpustakaan yang luas bersama-sama dengan geng En Asri dari Jurupulih carakerja. Semua guru-guru pun macam rasa pelik je kenapa ada team psikiatri. But that is not the issue, we come to help and I am pretty sure we will get most cases diagnosed under psychiatr.
Then kita pun buat kerja kita, En Asri dan rakan2nya dah buat macam kelas melukis dan menulis untuk menilai tahap umur pelajar-pelajar ini dan satakat mana kebolehan mereka menulis dan membaca. Wah!!! memang terkejut tengok dengan outcome dari penilaian En Asri. Then pelajar-pelajar ini pun di hantar kepada doktor-doktor psikiatri untuk penilaian dan diagnosis... tu dia!!!! kita kesan kalau tak silap dalm 67 pelajar yang mempunyai masalah intellectual deficiency, Attention deficit hyperactive disorder (ADHD), autism dan other specific learning disability seperti disleksia. Puas hati sungguh masa tu!!! We prove you that this is our specialty!
Hahaha kelakar pulak rasa bila teringatkan emosi saya semasa tu.
Pegawai dari KPM yang mengetuai program ini mohon berjumpa saya secara peribadi, masih saya teringat gaya tangannya bertanyakan
"Doktor, bukan ke psikiatri ni berkaitan dengan ....." sambil memusingkan telunjuknya menghala ke kanan kepalanya ( nak kata orang tak betul/gila :)
Terasa simpati pulak saya pada ketika itu bila mengetahui status pemahaman beliau seorang pegawai yang terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar bermaslah ini, tapi tidak mengetahui hubung kaitnya dengan psikiatri.
Saya senyum je.... sambil menjawab "kumpulan pelajar seperti mereka inilah yang menjadi klien-klien kami di klinik psikiatri", tergamam Tuan Haji tu.
Selepas saya terangkan dengan lebih lanjut lagi apa penyebab maslah pembelajaran dan cara kita menanganinya, beliau berkata "kita patut jemput doktor bercakap dalam mesyurata peringkat tertinggi KPM"
Hehehe... barulah mereka faham siapa kami dan peranan psikiatri.
Menarik nafas lega, setidak-tidaknya mesej kita sampai di peringkat atasan. Program penutup yang dirasmikan oleh Pegawai tertinggi kementerian Pelajaran ketika itu... tak ingat nama huhuhu memberikan kejutan kepada ramai guru2 bila mengetahui almost 95% dari diagnosis yang dibuat adalah psychiatry diagnosis dan selebihnya ada masalah perubatan seperti masalah rabun dan sebagainya.
Berikutan dari situ, kami mula menerima jemputan untuk membuat saringan di sekolah-sekolah rendah sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Putih dan Kuala Krai. Ketika itu saringan agak meletihkan kerana setting yang seolah-olah "klinik" dan mengambil masa yang agak panjang. Ditambah pula, ada ibu bapa yang tidak hadir untuk memberkan sejarah sosial pelajar. Semakin hari kami semkain matang, kami jemput sekali jurupulih carakerja dan unit pertuturan ketika program saringan. Kami terus membina kekuatan kami sendiri dan semakin matang, di mana kami mula menjemput pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memproses borang OKU di sekolah. Proses ini memudahkan semua pihak kerana ianya seolah-olah one stop center. Di mana perlu kami terus merujuk pelajar yang bermasalah ke HUSM, kami terus berikan tarikh temujanji di klinik untuk kes seperti ADHD, atau psychotic disorder yang memerlukan ubat-ubatan.
Kami semakin dikenali dan permintaan untuk saringan ini kami terima juga dari sekolah-sekolah di daerah Gua Musang. Kami terpaksa bermalam di sana untuk program saringan yang biasnaya dijalankan selama 2 hari.
Alhamdulillah, saya cukup gembira dengan semangat semua ahli kumpulan kami yang sentiasa bersemangat dan bersungguh2 dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Jangan lupa mengikuti entri seterusnya kemeriahan program terbaru yang kami jalankan di Sekolah Kebangsaan Berangan 2 pada 4 dan 5 mac 2015. Semoga Allah jua yang memberikan ganjaran kepada semua yang terlibat. Tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat yang menganjurkan dan mengendalikan program ini dengan begitu efisien sekali.
Nak bagi intro sikit je, barisan kuat penganjur dari PPD Tumpat dan Sek. Kebangsaan Berangan 2 bersama team psikiatri HUSM |
______________________________________________________________________________________________________
dapatkan tips kesihatan di FB page saya
dapatkan tips menambah pendapatan di FB page saya
Join group What is interesting in Dr Norzila's clinic today di
perbincangan anak dengan masalah pembelajaran
jana pendapatan guna handphone
Post a Comment