Kali ini saya ingin berkongsi kisah yang menyebabkan airmata saya berderaian.Kisah ini telah saya kongsikan di fb saya sejurus saya selesai klinik saya pada 9 june yang lalu, dan lihatlah bagaimana prihatinnya masyarakat kita. Alhamdulillah. Sila lihat post 9 June 2015
https://www.facebook.com/norzila.zakaria
Baru habis klinik... memang kalau tak ditahan airmata ni dah berguguran di depan pesakit. Sempat ku simpan, sehingga sesi klinik selesai.
I just can't imagine, seorang ibu OKU cacat fizikal tertingkut2 jalan ... sanggup BERJALAN KAKI dari SBJ Panji ke HUSM yang jaraknya dalam 6km untuk membawa anaknya follow up di Klinik saya.
Subhanallah kuatnya semangat ibu ini. bawak pula sorang lagi anak darjah 4 bersama..keluar pukul 7 pagi, sampai HUSM pukul 9 pagi. Malam tadi cuma makan biskut kering. Pagi ni sampai saya lihat kesnya jam 10 pagi, tak de secubit makanan pun yang masuk dalam perut mereka bertiga!!
Tapi wajah2 mereka tak nampak macam lapar, anak yang kecil boleh senyum bila saya menyapanya. Ya Allah ampuni kami atas kurangnya keprihatinan kami kepada saudara2 kami yang kelaparan ini.
Dua anaknya juga berjalan kaki pulang dari sekolah dalam 5km dari rumah. Seorang anak terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana kesukaran hidup mereka.
Suami mengambil upah membina rumah dgn upah RM45 sekiranya ada kerja. Ada kerja ada gaji. Hujung bulan bila kena bayar sewa rumah, memang tak makan nasi sbb tak ada duit. Kalau ada nasi pun hanya lauk budu kosong dan timun tanpa ikan. Anak2 mereka tak mengeluh tapi saya yang dah berjurai2 airmata ketika menulis status ini.
Hati ini masih sebak dengan peristiwa pagi itu (9 June 2015). Saya tiba-tiba rasa bersalah bila mengingati cara hidup kelurag saya. Walaupun bukan selalu ada juga sesekali kami makan di restoran yang agak mahal maknannya walaupun apa yang dipesan adalah sama sahaja dengan yang boleh didapati di warung luar dan auh lebih murah.. Membeli makanan sukat kenyang untuk semua orang. Adds on lagi. Singgah di tepi jalan beli pisang goreng pulak walaupun makan tengahari baru berlalu setengah jam yang lepas. Mengapa saya tidak mememikirkan semasa membeli makanan kepada siapa patut aku sedekahkan sebahagian peruntukan makan ku hari ini? Salah kalau tak terlintas, memang ada, tapi tak ada effort nak simpan peruntukan itu.
Video ini sangat memberi kesan kepada saya agar saya terus mencapai cita-cita menjadi "kaya". Sila hayati bait-bait ayat perkongsian seorang ustaz tentang perlunya Muslim menjadi kaya, semoga anda semua terinspirasi.
Berbalik kepada kisah keluarga ini. Perancangan Allah itu sangat indah. Sebagai latihan yang kecil Allah hantarkan keluarga ini kepada saya walaupun pada mulanya kes ini dilihat oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kanak-kanak pada hari tu iaitu Dr Charlotte. Beliau yang sangat prihatin dengan kes ini datang berbincang dengan saya tentang perkembangan emosi remaja ini.
Kami mebincangkan tanda dan gejala remaja ini diikuti dengan gambaran tentang faktor psikososial yang memberi impak yang besar kepada perawatan remaja ini. Usai perbincangan saya melepaskan Dr Charlotte kembali ke bilik beliau, namun mulut ini tiba-tiba berkata
"marilah, saya tengok sekejap pesakit ni"
Langkah Dr Charlotte terhenti lantas beliau bertanyakan sama ada saya ingin berjumpa mereka di dalam bilik saya yang kebetulannya tiada pesakit ketika itu. Setelah mengiakan Dr Charlotte meninggalkan bilik sya dan kembali semula beberapa ketika kemudian bersama-sama remaja tersebut, ibunya dan seorang adik perempuan dalam lingkungan 10 tahun usianya.
Ibu remaja ini berjalan masuk ke dalam klinik dengan senyuman yang sunguh manis, saya perhatikan beliau berjalan dengan "limping gait", tertingkut-tingkut namun tidak menunjukkan yang beliau dalam keadaan sakit. Terdetik dalam hati saya, mungkin dia sakit kaki.
Mereka kelihatan ceria, santun sekali ibunya menjemput anak-anaknya agar bersalaman dengan saya. Mereka duduk dengan sopan. semua tiga kerusi di bilik saya terisi dengan kehadiran 3 beranak ini menyebabkan Dr Charlotte terpaksa berdiri di tepi katil. Menyedari seorang doktor sedang berdiri, si Ibu meminta anak kecilnya menunggu di luar bilik dan memberi kan kerusi itu kepada Dr Charlotte. Saya sungguh terhibur dnegn kesopanan mereka. Namun cepat-cepat saya dan Dr Charlotte menghalang anak itu dari keluar dan kami hanya tersenyum sambil menyatakan
"berdiri adalah perkara biasa bagi kami". Kelihatan lebih selesa anaknya kembali duduk di kerusi depan saya. Remaja tadi dudk di kerusi di sisi meja saya sebagaimana susun atur sebuah klinik, sementara ibu dan adiknya duduk di kerusi depan meja saya.
"berdiri adalah perkara biasa bagi kami". Kelihatan lebih selesa anaknya kembali duduk di kerusi depan saya. Remaja tadi dudk di kerusi di sisi meja saya sebagaimana susun atur sebuah klinik, sementara ibu dan adiknya duduk di kerusi depan meja saya.
Setelah merasa selesa, saya seperti biasa, bertanyakan khabar dan memberikan ringkasan tentang apa yang telah dibentangkan oleh Dr Charlotte kepada saya. Sambil memerhatikan wajah-wajah mereka bertiga, saya tersenyum mengharapkan mereka akan berasa selesa dengan saya. Saya perasan ada airmata yang tidak habis dikesat oleh si Ibu memberikan sedikit "hint"pastinya ada yang menyedihkan ibu ini. Biarpun saya dapat meneka kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anaknya.
Saya pun meneruskan perbualan saya dengan remaja ini. Ada sesuatu yang tidak kena dengan remaja ini bila beliau tidak dapat menjawab soalan dan menjelaskan dengan baik. Cerita yang diberikan berbeza dengn apa yang tertulis di fail pesakit menyebabkan saya rasa ada sesuatu yang saya perlu 'selongkar' lagi.
Saya mahu bercakap dengan remaja ini secara tertutup. Saya minta izin dari ibunya. Ibu dan adiknya keluar dari bilik dan duduk di ruangan menunggu di depan bilik saya. Oleh kerana masih ada pesakit yang masih belum berjumpa doktor, saya memohon Dr Charlotte melihat kes yang sepatutnya berjumpa saya, dan meninggalkan tiga beranak ini bersama saya.
Saya pun memulakan operasi "menyelongkar" sehingga saya dapat semua maklumat yang saya perlukan untuk penilaian masalah remaja ini. Selesai berbual dengan remaja ini, saya memanggil semula ibunya untuk memastikan kesahihan cerita si anak. Panjang kami berbicara tentang kisah si anak, ubat-ubatan yang akan saya mulakan dan gejala penyakit.
Sejurus pemahaman tentang penyakit dan rawatan remaja ini difahami, saya mula bertanyakan si Ibu situasi sosial keluarga ini termasuk pekerjaan suaminya. Saya telah mendapat sedikit idea bahawa mereka dari keluarga miskin dan susah.Ini pastinya memberi impak kepada perawatan si anak.
Bertanyakan secara santai
"Dah makan?" masing2 memandang sesama sendiri, sambil tersenyum ibunya menjawab
"belum" saya terkejut bila mendapat tahu pagi itu sekitar jam 10 pagi belum ada secubit makanan pun masuk ke dalam perut mereka bertiga.
"Kami makan biskut kering je malam tadi" sambung si Ibu. Luruh rasa jantung dengar perkataan2 yang keluar dari mulut si Ibu ini.
Saya mahu bercakap dengan remaja ini secara tertutup. Saya minta izin dari ibunya. Ibu dan adiknya keluar dari bilik dan duduk di ruangan menunggu di depan bilik saya. Oleh kerana masih ada pesakit yang masih belum berjumpa doktor, saya memohon Dr Charlotte melihat kes yang sepatutnya berjumpa saya, dan meninggalkan tiga beranak ini bersama saya.
Saya pun memulakan operasi "menyelongkar" sehingga saya dapat semua maklumat yang saya perlukan untuk penilaian masalah remaja ini. Selesai berbual dengan remaja ini, saya memanggil semula ibunya untuk memastikan kesahihan cerita si anak. Panjang kami berbicara tentang kisah si anak, ubat-ubatan yang akan saya mulakan dan gejala penyakit.
Sejurus pemahaman tentang penyakit dan rawatan remaja ini difahami, saya mula bertanyakan si Ibu situasi sosial keluarga ini termasuk pekerjaan suaminya. Saya telah mendapat sedikit idea bahawa mereka dari keluarga miskin dan susah.Ini pastinya memberi impak kepada perawatan si anak.
Bertanyakan secara santai
"Dah makan?" masing2 memandang sesama sendiri, sambil tersenyum ibunya menjawab
"belum" saya terkejut bila mendapat tahu pagi itu sekitar jam 10 pagi belum ada secubit makanan pun masuk ke dalam perut mereka bertiga.
"datang hospital macamana?"
"jalan kaki doktor"
"Rumah kat mana?"
"SBJ Panji"... saya tersentak... ha?? jalan kaki... kenapa tak ada kenderaan ke?"
"suami pegi kerja tak boleh nak hantar saya"
"pukul berapa keluar rumah?"
"pukul 7 pagi, kami berhenti rehat sekejap kat depan tadi" Aduhhh... memang nak menagis masa tu juga. Saya tahan je airmata saya.Sebak sangat rasaya membayangkan tiga beranak ini berjalan kaki dengan kecacatan fizikal si Ibu lagi...Masha Allah tuhan je yang tahu macamana perasaan saya masa tu.
"pukul 7 pagi, kami berhenti rehat sekejap kat depan tadi" Aduhhh... memang nak menagis masa tu juga. Saya tahan je airmata saya.Sebak sangat rasaya membayangkan tiga beranak ini berjalan kaki dengan kecacatan fizikal si Ibu lagi...Masha Allah tuhan je yang tahu macamana perasaan saya masa tu.
Seperti ada paku yang mencucuk punggung saya ini, saya bingkas bangun dan berjalan pantas menuju ke pintu
" Kak Ani... laung saya memastikan Staff nurse saya mendengar panggilan saya. " Mari masuk bilik saya sekejap' sambil saya bergerak semula ke tempat duduk saya setelah memastikan Kak Ani mendengar laungan saya.
" Diorang datang jalan kaki dari Panji, dan tak makan lagi!" sambil memandang muka kak Ani, saya nampak mukanya terkedu dan kelihatan seperti bergenang2... dia tergamam beberapa saat kemudian sedar kembali dan mengangguk2 kan kepala masih hilang kata2.
"Nati saya ambil particular"... cepat dia bergerak ke kaunter mencari pen dan kertas untuk tindakan lanjut. Saya tahu dia akan buat apa yang patut. Saya terus cuba menghubungi En Samsul Amri pegawai Kebajikan Perubatan HUSM, malangnya beliau sedang berkursus di Hotel Perdana Kota Bharu.
Sambil-sambil menunggu saya bertanyakan ..
"Kak cacat kaki ke? saya nampak kak jalan tingkut".
"Ye"
"Dah daftar OKU ke?
"dah doktor"
"Jadi kak dapat bantuan kewangan tak?"
"Ada RM200 sebulan"
"Duduk rumah sendiri ke?"
"Rumah Sewa"
"Berapa sewa sebulan?"
"RM350, cukup duit ke bayar sewa rumah?"
sambil menghela nafas panjang, beliau menjawab
"kak cakap terus terang memang bila time kena bayar sewa rumah, kami tak makan nasi". sambungnya lagi "Kami makan biskut je"
Ya Allah...sampai macam tu sekali!!!
Saya mencelah.. "Kenapa tak beli beras, biskut lagi mahal".
beliau menjawab.
"beli biskut kat kedai 2 ringgit je".
Saya membaangkan sekotak biskut dikongsi dengan 6 orang...Allahuakbar...biskut kat rumah saya sampai hapak tak ada orang nak makan!!!
saya hilang ayat... speechless, kalau boleh digambarkan wajah saya ketika itu, mungkin macam orang yang bingung agaknya. Saya sambung lagi sambil memandang dengan penuh rasa simpati
"Nanti balik naik apa?"
"Panas ni"
"Kak kena pegi Kota bharu dulu, Teksi kat luar sana tak lalu kawasan rumah kak".
"Teksi depan ni kan ada" saya memberi cadangan lokasi terdekat teksi
"Mahal Doktor!"
"Berapa tambang sampai Panji?"
"sepuluh ringgit"
"tak pe... sekarang kak pegi letak kad pendaftaran ni di Farmasi, ambik nombor, lepas tu pegi makan. Selesai makan kak pegi balik farmasi terus pegi kaunter nombor 9, ambik ubat..mesti dah terlepas panggilan. Biasanya kat situ semua ubat pesakit yang terlepas nombor akan dikumpulkan".
Nampak mulutnya seolah2 mahu berkata sesuatu... mungkin nak beritahu tak apalah, atau mungkin nak bagitau tak ada duit nak makan...saya hanya meneka.
Cepat-cepat saya sambar beg tangan saya, keluarkan mana yang ada, saya tarik tangan dia, sambil menahan air mata saya, namun getar suara saya memang tak dapat saya sembunyikan.
"Ambik duit ni, pegi makan, dan balik ambik teksi yang kat sini je, tak payah tunggu kat luar" saya pandang matanya.
"In sha Allah saya doakan Allah permudahkan urusan kak dan keluarga. dua minggu lagi kita jumpa tengok macamana keadaaan anak ni ye"
"Jangan lupa makan ubat yang saya bagi setiap hari"
Si Ibu seolah-olah tak terkata apa, bangun, menarik lembut tangan anaknya yang dah meluru keluar supaya bersalam dengan saya.
Dia keluar dengan mengucapkan terima kasih kepada saya, Keluar saja dia dari bilik saya, berjurai-jurai air mata saya. Membayangkan satu keluarga makan biskut harga RM2... menahan lapar... Ya Allah ampunilah kami.
Syukur...masih boleh merasa makan di kedai pilihan |
Syukur masih boleh menikmati makanan yang cukup untuk kelaurga |
update 16.6. 2015:
saya bertemu si Ibu di Klinik. Beliau menyerahkan nombor akaun BSN beliau; Semua wang yang terkumpul dalam akaun saya, telah saya pindahkan kepada akaun ibu ini. selepas ini sila masukkan terus ke dalam akaun
Bank: BSN
No akaun: 03 10029000 943379
SITI A'ESYAH BINTI MD NOOR
Adakah anda mencari pendapatan pasif? sertai wadiah trading
Sedihnya baca kisah keluarga ni...klu ada mklumat tntg keluarga bole la sy menyumbang sedikit
ReplyDeletepuan ada fb tak... maklumat ada di FB page saya https://www.facebook.com/drnorzila
DeleteBank: BSN
DeleteNo akaun: 03 10029000 943379
SITI A'ESYAH BINTI MD NOOR
sedihny...xtahu nk tulis apa...blurrr seketika...moga Allah permudahkn urusan mereka....disaat sy risau duit yg semakin susut ditambh lg puasa yg akn menjelang tiba...Allah temukn sy dgn cerita ini...Allahuakhbar...sentap...rupany ada lg yg susah dr sy...........
ReplyDeletehttp://bit.ly/kuasarezeki
Memang sedih... boleh message saya di fb saya akan attachedkan cara nak bantu. In sha Allah mohon panjangkan blog saya share etc supaya ramai lagi yg boleh membantu. Keep visiting my blog akan saya kongsikan lagi kisah2 yang lain
ReplyDeleteBoleh pm saya . ada profil FB di blog.
Deletepuan ..saya tag puan di FB page saya maklumat pesakit https://www.facebook.com/drnorzila
DeleteBank: BSN
DeleteNo akaun: 03 10029000 943379
SITI A'ESYAH BINTI MD NOOR
Salam, doctor, saya mohon share ye... tq
ReplyDeleteSilakan... memang dah ramai tang share. Semoga Allah jualah yang membalas setiap kebaikan yang datang dari sharing puan itu
DeleteSalam doc, thanks for sharing this. May Allah reward you for your effort and kind help. amiin. InshaAllah kita sama2 bantu keluarga ni. Apa perkembangan terbaru anaknya tu?
ReplyDeleteAminnn... tq for the support. In sha Allah kita doakan mereka semua dirahmati Allah dalam kehidupan dan diberi kekuatan untuk menempuhi segala cabaran
ReplyDelete