Dua hari lepas semasa dalam perjalanan balik dari Kandis, kakak ipar saya yang merupakan jururawat di Hospital USM memberitahu saya kisah seorang bapa yang membawa anaknya ke unit kecemasan kerana masalah disleksia. saya terkedu sambil memandang wajah suami saya yang sedang memandu. Suami saya memandang sinis ke arah saya seraya berkata

 "Kan abang dah kata....ramai orang di luar sana yang tak tau fasal masalah pembelajaran! Ila kena menulis, let them out there know more ..." 

Saya rasa macam kena sebjik penumbuk di batang hidung saya tertampar dengan kata-kata suami saya. Saya tersengih seperti kerang busuk sambil tersenyum mendengar kata-katanya itu. jauh di sudut hati, saya mengakui kebenaran kata-kata suami saya itu.

Kata kakak ipar saya lagi, pelajar itu dalam darjah 2, dan tidak boleh mengeja lebih dari 3 suku kata. Saya tidak faham kenapa ayahnya membawa beliau pada waktu itu ke unit kecemasan... belum sempat kakak ipar saya menjawab, suami saya memintas

"sebab dia tak tau mana nak pergi!'. 

saya lontarkan lagi soalan

         "kenapa tak tanya cikgu sekolah? patutnya cikgulah orang pertama yang ditanya!"

Soalan saya ini tak mendapat jawapan dari sesiapa. Apa yang pasti, ayah pelajar ini bukanlah petani di kampung hulu, tetapi seorang pensyarah!!!Apa-apapun, saya semakin sedar betapa perlunya saya menulis walaupun pengalaman yang ada tidak lah sebanyak pakar psikiatri kanak-kanak yang veteran. Namun mudah-mudahan paparan hari ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa memahami maslah pembelajaran kanak-kanak.

Secanggih manapun teknologi perubatan masa kini penyelesaian untuk setiap permasalahan kesihatan tidak akan dapat lari dari biopsikosociospiritual approach. Itu yang diajarkan kepada saya sebagai pelajar perubatan oleh guru-guru saya dulu. Mungkin satu ketika dulu spiritaual approach bukanlah sesuatu yang termasuk dalam sillibus tetapi kini pada saya ianya wajib!

Berbalik kepada pelajar bermasalah pembelajaran tadi, kita ambil satu contoh yang agak mudah sebelum pergi kepada contoh yang lebih kompleks.

Kisah 1

Seorang kanak-kanak tidak dapat membaca dan menulis seperti rakan-rakannya. Pelajar ini telah dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran oleh guru beliau. Guru tersebut berusaha menggunakan pelbagai teknik untuk mengajar pelajar ini dan memberikan latihan-latihan mudah kepadanya. Tidak ada masalah di pihak guru. Walaubagaimanapaun oleh kerana kesempitan hidup kedua ibu bapa pelajar ini kurang mempunyai masa untuk meninjau pelajaran anak-anak mereka. Walaupun guru sekolah memberikan kerja rumah, setiap kali ditanya oleh guru kelas

               "mana kerja rumah?" Beliau menjawab 

               "tertinggal". 

banyak kali dipesankan supaya membawa buku sekolah tetapi pelajar ini memberi berbagai alasan. Guru kelas beliau mengambil inisiatif berjumpa dengan ibu bapa pelajar tersebut dan bertanyakan kenapa pelajar ini tidak membuat kerja sekolah, kedua ibu bapa tersebut terkejut keraan bila mereka bertanya apakah ada kerja sekolah anak ini mengatakan tiada kerja sekolah...@!@#$%^&^*(())_

Guru kelas pening, mak ayah pun pening! Ditakdirkan Allah, semasa membuat gotong royong di kelas, guru kelas ini terjumpa buku tulis pelajar tersebut di celah-celah buku bacaan di dalam kelas...bila ditanya mengapa buku tersebut dis itu pelajar tersebut hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya pelajar ini mempunyai masalah learning disability, nama sendiri pun tak pandai nak tulis, apa yang cikgu ajar semua tak lekat di otak jadi beliau merasa takut untuk ke sekolah dgn buku kerja rumah yang kosong. di rumah pula takut di marah ibu bapa, beliau mengambil jalan mudah menyembunyikan buku-buku beliau dan memberi alasan tiada kerja rumah.

Kes ini saya paparkan sebagai panduan untuk guru-guru dan ibu bapa tentang helah pelajar atau anak2 yang mungkin mengalami masalah pembelajaran. Kiranya kita tidak duduk bersama-sama beliau menulis, membaca mengira kita tidak akan tahu yang mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Sekiranya kita benar-benar ingin meneliti apakah punca masalah pembelajaran pelajar ini banyak perkara perlu kita lakukan. Tetapi pada tahap ini bukanlah itu tujuan kita, kerana kosnya terlalu mahal. Mungkin satu yang amat berbaloi utk dilakukan adalah psychological assessment dan ujian saringan untuk dyslexia. Mungkin di negara yang lebih maju kajian boleh dijalankan untuk melihat aktiviti otak pelajar ini dgn imbasan dan EEG...namun kerana ianya tidak akan mengubah pengendalian pelajar ini makaa kita tidak perlu membuang masa dengan semua ini. Apa ayang penting kita tetapkan tujuan urtama dari penilaian kita. adakah pelajar ini trainable? sekiranya ya, semua pihak harus saling membantu utnuk memastikan pelajar ini boleh membaca dan mengira. Satu aspek yang kurang diberi perhatian di Malaysia adalah penglibatan jurupulih cara kerja dalam masalah pembelajaran. Pergerakan kesemua sensori adalah penting untuk kanak-kanak ini menulis, membaca dan mengira.

Tidak ada satu pun teknik yang dapat membantu pelajar-pelajar ini kecuali dgn bekerjasama. Bagaimana perasaan kanak-kanak tersebut bila dia tidak boleh membaca tidak dapat diketahui oleh imbasan otak. Apa yang berlaku dengan gelombang2 otak tidak akan diketahui oleh ahli psikologi. Kesungguhan pelajar ini untuk membaca tidak akan diketahui oleh guru lain selain guru kelasnya, betapa kecewanya beliau hanya dapat difahami sekiranya beliau dapat meluahkan perasananya pada orang yang dipercayainya dan dapat membantunya. Semua ini menunjukkan komponen-komponen penting pelajar dalam mengharungi kehidupan sukar sebagai pelajar bermasalah pembelajaran.

Kesimpulannya, pendekatan yang berbeza bukan untuk betanding tetapi untuk menerangkan setiap peringkat kajian. Jadi bekerjasama dengan disiplin yang berlainan (perubatan, pendidkan, carakerja) memerlukan pemahaman yg serupa tentang punca sesuatu perkara itu dan apa yang telah ditemui dalam penyiasatan mereka. Seterusnya barulah kita boleh melihat apakah rawatan yangg boleh ditawarkan kepada pelajar ini.

Wallahualam



Post a Comment

  1. Wow! Good article kak Zila. Am sharing it!

    ReplyDelete
  2. Rmai sbnarnye plajar2 kite yg ade masalah ni....dan kbanyakan guru alert dgn perkara ni....tp ibu bapa kebanyakan xpercaya n xnk bg kerjasama bile guru2 sarankan utk jumpe doktor....mereka anggap guru2 menuduh ank2 mereka cacat....

    ReplyDelete
  3. Pengalaman mengajar anak disleksia. Sekarang dah byk prog malah ada kelas khas utk pelajar sebegini. Dulu usaha mengajar sendiri.... mmg ramai yg tak sedar anak anak slow leaner sbb ada masalah, bkn lembam. Pihak btgjwb kena turun ke sek bkerjasama dgn guru2...

    ReplyDelete
  4. Pengalaman mengajar anak disleksia. Sekarang dah byk prog malah ada kelas khas utk pelajar sebegini. Dulu usaha mengajar sendiri.... mmg ramai yg tak sedar anak anak slow leaner sbb ada masalah, bkn lembam. Pihak btgjwb kena turun ke sek bkerjasama dgn guru2...

    ReplyDelete
  5. Salam..sy nk tnya pendpat dr..sy ada seorg ank lelaki 5thun..xpndai beza kanan atau kiri..pakai kasut dn slipar selalu salah..tulisan ada yg tbalik...apa patut sy buat??

    ReplyDelete

 
Top