Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,
Lama dah saya tak update blog saya ni, tetiba je pagi ni dapat kekuatan untuk menulis sesuatu. Tak lah mimpi apa malam tadi tapi dapat idea yang boleh dikongsikan untuk membuka mata kita semua tentang peri pentingnya penggunaan handphone.
Suatu ketika dulu handphone yang kita guna melambangkan prestij. Sapa ada handphone, nampak seperti orang kaya. Sekarang ni handphone satu keperluan. dengan wujudnya smart phone, ianya memudahkan hidup kita,bila tak de handphone susah hidup jadinya. Acu cuba try test satu hari tak bawa handphone... apa rasa? macam hidup tak lengkap je kan...
pertama sebab susah nak menghubungi atau dihubungi. Nak cari public phone pun dah tak reti nak guna, tapi perasan tak, bila kita tertinggal handphone, lagi haru dibuatnya, kelam kelibut macam kucing hilang anak. Tu nak kata apa ye? insecure atau dah "dependedent" atau dah "addicted" tengok handphone untuk tengok latest update facebook, email, tweeter, instagram etc. Psychologically we are affected!!!
Saya sendiri, pernah balik ke rumah bila perasan handphone tertinggal, tapi saya beri alasan yang sangat munasabah utk diri saya hehehee... saya kan doktor yang bekerja di hospital, kang kalau tak dapat dihubungi ada la pulak yang kata saya "missing" in action pulak... walaubagaimanapun komponen ketagihan/feeling insecurebila tertinggal tu tetap ada... sapa berani nak sangkal statement ni?
Mampukah kita keluar rumah tanpa telefon? hish... macam2 la pulak fikiran mak ayah kita, suami kita, anak2 kita kalau tak dapat hubungi kita. tak ke itu menyusahkan keluarga. Kenapa dulu2 kita tak de handphone, keluar rumah pun selamba je, kalau balik lewat sikit pun tak de yang cari. Hmmm itulah arus pemodenan yang dah banyak berubah pada masa kini. Handphone tu bukan lagi sebagai alat perhubungan, tapi segala-galanya. Dari maklumat peribadi, akses kepada sistem bank, sistem bisnes online, keselamatan, scanner, rakaman video, gambar, dictionary, google translate, connection dengan alarm dan cctv di rumah... cer bagi fungsi yang tak de dalam smart phone?... soalan yang paling susah untuk di jawab... namanya pun smart phone kan!!!
Apa yang saya bimbang adalah ketagihan kepada handphone ini terjadi lebih awal kepada anak-anak kita. Balik rumah je, serang handbag ibu, cari handphone...slide and slide and slide...adussss, dah jadi masalah, bila ada orang call, handphone ada dgn anak2... satu je cara saya nak alih perhatian anak-anak dari memegang hanphone saya adalah dgn mebuat aktiviti luar...contohnya sapu sampah, basuh lantai beranda, main basikal... tapi bila balik kita pun dah letih, masuk je rumah..perkara pertama yang dibuat, switch on wifi...pergghhh kita pun duduk ambik handphone, kononnya check messej wassap lah, telegram lah fb lah yang dok berbunyi2 notificationnya semasa driving tadi... hancusss!!! Hidup kita pun hancur dibuatnya dengan bencana handphone ni.
Kalu tak kuat semangat bagi mereka yang dah "ketagih" dgn handphone ni... masak pun tidak, sidai baju pun tangguh!!! anak2 bercakap pun tak diberi perhatian... sogok lagi bagi sorang satu komputer tengok youtube atau kartoon! maka apakah generasi yang akan kita bina nanti.
cuba fikir-fikirkan!!
### saya selalu kata kat anak saya: ibu oncall jangan touch my handphone.... menjadi juga trick ni!
### saya selalu kata kat anak saya: ibu oncall jangan touch my handphone.... menjadi juga trick ni!
Post a Comment