Senario: dalam rumah, jam 6.30 petang.
"Ibu, adik nak makan lauk tulur kunim (kuning)" kata Humairah pelat (tak boleh sebut ..ing)
"Isham pun" muka comel si Hisham tiba-tiba muncul
"OK, nanti ibu goreng telur"
"nak makan dengan apa lagi?
"Isham nak makan dengan nasi, dengan kicap" kata Hisham
Humairah memandang Hisham dan berkata "adik tak nak kicap, nak tulur kunim je"... comel sungguh budak2 ni.
"thank you Allah for giving me kids yang cukup sifat, comel, pandai berkata-kata dan sangat-sangat cerdik" doa ku mensyukuri kehadiran ahli-ahli syurga ini.
Bila dah goreng telur, dan letak di pinggan nasi, Hafiz, Hisham and Humairah duduk di kerusi masing2. Pinggan sama paras dengan mata Humairah...sungguh comel si kenit sorang ni! sambil memegang sudu nak makan nasi dengan tulur kunim!!!
"baca doa" kata Ibu
"Bismillah" kata Hafiz,
Hisham baca doa makan sampai habis dengan berjemaah dengan humairah ..suka dengar pelat Hisham n Humairah.
saya sambung "TQ?... sambil memandang kepada Hafiz "... TQ Allah" jawab hafiz.
"Allah" jawab Hisham serentak.
"Awoh (Allah)" Humairah pulak menyahut sambil tersenyum simpul malu-malu.
Saya sambung lagi "for?"... "for giving us food to eat" jawab Hafiz. Alhamdulillah kata ibu.
saya pun duduk sebelah Hafiz dan berkata "lagi? TQ Allah for giving me eyes..."
Hafiz sambung ... "to see the food, ibu....for giving me nose to?..." saya sambung "to smell the food", saya senyum melihat telatah Hafiz, comot mulutnya dengan nasi dan kicap terpalit di pipinya.
"lagi apa Hafiz? Tq Allah for giving me tounge to taste the ... "food" .
"Kalau tak de hidung tak boleh bau telur goreng ni kan?"
"Ha ah" jawab saya...
Teaching kids mensyukuri nikmat Allah. Lama-lama dah menjadi kebiasaan bagi mereka, bila mendapat sesuatu "TQ Allah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment