Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana menangani masalah ini. Saya kerap membahagikan jawapan saya kepada dua. Pertama sebagai seorang ibu dan yang ke dua sebagai seorang doktor.
Saya mengandaikan sekiranya saya mempunyai seorang anak yang mempunyai masalah pembelajaran, sebagai seorang IBU ... matlamat utama saya adalah dia berjaya di akhirat! menjadi muslim yang kukuh imannya, dapat mendoakan kami sebagai ibu bapa jika kami pergi dahulu.
Justeru itu, saya mungkin tidak begitu mengharapkan beliau cemerlang dalam akademik duniawi tetapi ya saya mahu dia cemerlang dalam akademik akhirat. Bila beliau sudah boleh mengenal huruf sedikit sebayak boleh membaca, saya kan menghantar beliau ke sekolah agama bukan memaksa untuk jadi hafiz tapi untuk mendapatkan ilmu agama, cukup untuk menjadikan dia muslim yang patuh dan beriman. Pada masa yang sama saya akan lihat apa kemahiran yang dia ada? minat menjahit, bertukang, melukis, mereka fesyen.. semuanya boleh mencari penghidupan asalkan ianya disandarkan kepada hukum Allah. Kalau jadi pereka fesyen, jadilah pereka fesyen pakaian yang menutup aurat, kalau jadi pelukis mungkin boleh melakarkan kartun menceritakan kegemilangan Islam, kisah-kisah khalifah zaman dahulu etc....
Rezeki itu ada di mana-mana, bak kata Ust Fathuri dalam buku beliau Mudahnya Menjemput Rezeki... Rezeki itu tidak pernah tersalah tujuan, tidak pernah tersalah masa dan tidak pernah tersalah tuan. Yakinlah bahawa rezeki itu bukan atas usaha keras kita bekerja tapi Allah yang menetapkannya. Rezeki juga bukan berbentuk wang semata-mata: kesihatan yang baik, ilmu yang berguna, harta yang mendatangkan faedah kepada makhluk Allah, niat yang ikhlas, fikiran yang tenang...tidur yang lena itu semua adalah rezeki. Bahkan kemalangan kecil, dilanggar atau terlanggar kenderaan orang lain adalah rezeki berbanding mereka yang kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa.
Sebagai kesimpulannya, saya hanya mahu anak saya menjadi seorang manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal dengan ilmu yang diperolehinya. Samada dia pintar akademik atau tidak itu soal nombor 2, samada dia cantik atau tidak itu soal nombor dua, kerana kecantikan dan kehebatan itu akan datang dengan sendiri bila seseorang itu hebat di sisi Allah. Seorang yang cacat penglihatan tapi menjadi hafiz Quran adalah lebih hebat dari seorang yang sempurna sifat tapi tak tahu mengaji atau tak pernah solat. Seorang yang pincang atau kudung sebelah kaki adalah lebih hebat sekiranya beliau menghormati ibu bapanya daripada seorang anak yang kaya raya tapi meninggalkan kedua ibu bapanya.
Semoga Allah capaikan hajat saya, walau apapun kehidupan anak2-anak saya kelak... saya telah niatkan mereka untuk Allah dan RasulNya, semoga kehidupan mereka seterusnya akan terjurus dengan izinNya ke arah kejayaan hakiki di akhirat. Aminnn yan Rabbal Alamin... untuk anak-anak ibu Nur Hafizah, Nur Hidayah, Muhammad Hafizuddin, Muhammad Hishamuddin dan Nur Humairah... semoga semua menjadi para hafiz
Home
»
»Unlabelled
» Andai saya mempunyai anak dengan masalah pembelajaran... persepsi seorang Ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga doa itu makbul dr zila
ReplyDelete