Harini Hafiz tak pakai talileher ke sekolah, dia ingat tali leher tu ada spare dalam kereta tapi rupanya tak ada. Kadang-kadang dia simpan dalam beg atau letak dalam kereta sebelum keluar kereta bila balik dari sekolah.
"Kalau cikgu marah macamana bu?" tanya Hafiz di belakang saya sambil saya memandunya ke sekolah.
"Cakap lah dengan cikgu, saya ingat ada dalam beg, rupanya tak ada, cikgu".
"Kalu cikgu marah, Hafiz tambah lagi Cikgu janganlah marah, saya tetap hensem tanpa tali leher" Hafiz tersenyum dan hampir tergelak mendengar cadangan saya.
"Cikgu jangan marah-marah nanti cepat tua" tambah saya lagi.
Hafiz mendengar seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Tiba tiba terpacul dari mulutnya "nanti cikgu kena pakai tongkat kalau cepat tua" sambil tersengih menunjukkan giginya yang rongak di depan.
Saya tahu Hafiz berasa tak selesa tanpa tali leher. Jika saya menyalahkan dia atau memarahinya pasti dia akan berasa sungguh resah dan menimbulkan rasa tidak yakin diri.
Saya cuba menukarkan keresahan itu kepada humour atau lawak jenaka agar keresahan itu jauh dari hidupnya.
Balik sekolah nanti saya akan ingatkan dia untuk pastikan tali leher itu diletakkan di tempat yang dia mudah ingat untuk dipakai ke sekolah.
Ajarkan anak cara menangani masalah dengan matang, jangan kita pula yang menyebabkan mereka merasa bersalah dan resah gelisah pula.
"Macamana kalau cikgu marah juga?" tanya Hafiz lagi.
Saya faham kebimbangannya itu sebab tidak mengikut disiplin dan peraturan sekolah.
"Ya mungkin cikgu akan marah" saya memberikan kemungkinan itu akan berlaku.
Namun saya tidak mahu Hafiz terus "takut dengan manusia" tapi meletakkan "takut kepada Allah" di tangga ke dua.
"Hafiz, kalau tak pakai tali leher tak berdosa, tapi kalau tinggal solat memang pasti berdosa". Hafiz diam sebab dia sudah selalu diperingatkan tentang solat.
Kami tiba di depan perkaranagan sekolah. Tiada lagi persoalan tentang tali leher dan Hafiz melangkah ke sekolah dengan yakin. Seperti biasa Hafiz bersalam dan meminta maaf dengan saya sebelum berlari ke koridor sekolahmenuju ke kelasnya.
#drnorzilazakariapakarpsikiatri

Post a Comment

 
Top