Lama blog ni tidak ada pos baru. Banyak entri saja di FB page sahaja. Banyak perkara ingin disampaikan, banyak juga halangan yang datang. Kugagahkan diri menulis juga biar pun sikit tetapi mengundang perbahasan yang berbaloi.


Hujung minggu lalu saya dikunjungi oleh sahabat yang saya kenali semasa berada di bumi kangaroo. Kami adalah pensyarah, jadi tidak lari dari membincangkan isu pembelajaran di Malaysia.
.
Al-kisah ada pelajar di kolej yang berasaskan kemahiran gagal ujian MUET beberapa kali dan setelah cubaan demi cubaan sentiasa gagal maka beliau dihantar untuk penilaian. Akhirnya misteri kegagalan itu terbongkar setelah dia didiagnos mengalami masalah disleksia.
.
Isunya adalah pelajar ini mengalami kesukaran untuk bergarduat kerana gagal MUET. Apakah pandangan kalian?
.
Selama ini saya sering membincangkan tentang nasib pelajar disleksia di sekolah rendah. Laluan untuk pelajar disleksia dari sekolah rendah ke peringkat menengah mungkin tidak banyak sangat halangannya. Selagi anak ini mahu ke sekolah mereka tetap bergelar pelajar biar di aliran perdana mahupun pendidikan khas.
.
Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan pemahaman guru serta pihak pentadbir,  pelajar ini boleh memasuki institusi pengajian tinggi. Mereka boleh memilih kursus yang bersesuaian. Biasanya institusi berasaskan kemahiran akan menjadi pilihan mereka sementelah mereka mempunyai masalah dari segi pembacaan dan penulisan.
.
Alangkah sedihnya bila diperingkat akhir pelajar ini gagal bergraduasi hanya kerana gagal MUET. Mari kita fikirkan apakah kesudahan pelajar ini. Mari kita sama-sama membantu untuk memudahkan laluan pelajar ini ke alam pekerjaan supaya mereka sama-sama merasa manisnya belajar.
.
Sistem pendidikan bukanlah suatu yang all or non phenomenon. Ianya hukum manusia dan boleh diubah, bukan begitu?
.
Mari kita sama-sama lihat pelajar-pelajar kita yang gagal subjek seperti ini dialiran kemahiran, apakah mereka mengalami disleksia. Korelasinya saya pasti sangat tinggi kerana kesukaran membaca inilah mereka memilih bidang kemahiran. Maka nilailah kemahiran mereka dalam bidang yang mereka pelajari... bantulah mereka untuk.merasakan mereka hebat.

***nampaknya saya kena mengembangkan sayap ke institusi pengajian tinggi untuk berkongsi pengalaman tentang disleksia!

#drnorzilazakariapakarpsikiatri
#ebook7TipsKomunikasiDenganAnak2.

Sila like dan share pos ini untuk bantu saya mendapatkan banyak pandangan.


Post a Comment

 
Top