Anak saya terlalu pendiam di sekolah, normalkah dia?
sheryl di hantar ke sekolah bermula dari darjah 1. Walaubagaimanapun ibu bapanya sering mendapat aduan dari guru-guru Sheryl yang mengatakan Sheryl terlalu pendiam. Seperti tidak percaya kedua ibu bapa Sheryl pun bertemu dengan guru sekolah Sheryl. Memang betul, dari laporan beberapa orang guru yang mengajar Sheryl, semuanya menunjukkan laporan yang serupa. Persepsi guru-guru sekolah "Sheryl adalah seorang budak yang pendiam", manakala persepsi ibu bapa dan ahli keluarga yang lain "Sheryl adalah seorang budak yang sangat periang". Di mana silapnya, kenapa jadi begini. Berikutan dari itu, ibu bapanya mula memerhatikan tingkahlaku Sheryl di luar rumah. Setiap pagi baru mereka menyedari bahawa Sheryl tidak pernah menjawab ucapan selamat pagi dari jiran mereka Uncle Chong. Bila ditanya Sheryl hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab.
Rutin yang sama berlaku setiap hari dan kedua ibu bapa Sheryl mula percaya bahawa Sheryl memang pendiam di luar rumah, tetapi riang bila berada dalam keluarga mereka.
Pernahkah anda bertemu dengan kes seperti ini atau adakah sesiapa yang mempunyai anak-anak dengan masalah sebegini?
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.