Benarlah pepatah Melayu :hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sndiri, baik lagi negeri sendiri" Kehidupan di negara orang yang berbeza adat dan budaya memberikan banyak "kesukaran" kepada kehidupan kami. Walaubagaimanapun itulah cabaran yang perlu di hadapi demi mencari ilmu. Kebaikan perlu dilihat dari segi pengalaman, pembinaan networking dan pendedahan kepada anak-anak. Biasanya di Malaysia, anak-anak hidup mewah, apa saja yang mereka mahu, pasti akan dibelikan, namun di sini stiap kali ada permintaan...pengiraan bajet pasti dilakukan. Menunggu biasiswa amatlah menyakitkan apatah lagi bebanan sewa rumah yang tinggi. rata-rata sewa rumah AUD300 seminggu (sebulan AUD 1300)...itu yang paling murah untuk rumah 3 bilik, belum minyak kereta, duit yuran aktiviti anak-anak sekolah walaupun yuran sebenarnya adalah percuma untuk pemegang visa 574 seperti saya. Sedangkan biasiswa kami hanyalah AUD1380 dan elaun (kelurga + rumah) AUD 1289, jumlah sebulan hanyalah AUD 2669. Bayangkanlah betapa ketatnya bajet kami (saya ada 3 orang anak).

Tiap-tiap hari memikirkan kewangan...biasiswa memang tidak mencukupi terutama untuk mereka yang mempunyai anak ramai. Seorang rakan yang mempunyai anak yang akan masuk ke high grade school terpaksa membayar yuran "lain-lain" sebanyak hampir AUD 500 (ini tak pernah masuk dalam elaun sara hidup kami). Rasanya hidup sebagai pelajar di Australia ini jauh lebih susah berbanding mereka yang duduk di UK di mana sekolah dan perubatan adalah percuma. Sahabat saya di Lancaster memberitahu, GBP60 boleh dapat satu troli penuh barang-banrang makanan sedangkan makanan di Australia ni amatlah mahal sekali.

Justeru itu, pasangan pelajar2 di sini biasanya mencari pekerjaan sebagai cleaner etc untuk mendapatkan duit poket, tapi bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti saya, itu adalah amat sukar kerana kos penjagaan anak di sini amatlah mahal (sama mahal seperti sewa rumah atau mungkin lebih).

Saya rasa jika kajian stress di jalankan di kalangan pelajar2 Malaysia, saya pasti ianya akan tinggi...tapi apakah yang kami boleh lakukan? Terpaksa belajar dalam keadaan yang agak tertekan. Walaubagaimanapaun keadaan sekarang telah jauh lebih baik daripada pelajar2 sebelum ini seperti yang diceritakan oleh kawan2 bila biasiswa dinaikkan sebanyak 100%. Terima ksih kepada kerajaan Malaysia, namun kami harap akan ada sedikit lagi pertimbangan untuk masalah sewa rumah, perubatan (yang bukannya semua di cover oleh OSHC), dan kos sara hidup yang tinggi.

Harapan saya, kami akan dapat menyiapkan PHD dalam masa 3 tahun (tanpa extension) dan dapat kembali bertugas di Malaysia yang kami cintai.

Dapatkan buku-buku ebook yang penuh dengan panduan!

http://www.doapengasih.com/index.php?ref=hafizuddin,
http://www.rahsiadietwanita.com/index.php?ref=hafizuddin,
20 Ebook percuma http://www.style-bizz.com/20ebookpercuma/index.php?ref=hafizuddin
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=hafizuddin,
http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=12776,
http://PakarAffiliate.com/?aff_id=12776,
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

 
Top