Saya sedang mencari bahan untuk Kelantan Mental Health Conference yang bermula pada hari Rabu ini. Saya telah dijemput oleh pihak penganjur untuk memberikan perkongsian bertajuk "Overview of psychological trauma among children" pada hari ke 3 persidangan tersebut iaitu pada hari Jumaat ini. Tiba-tiba saya teringat kejadian pada hari Ahad yang lalu, ketika menghantar Hafiz ke sekolah.
.
Saya sampai di sekolah agak lewat pagi itu, lebih kurang jam 7.35 pagi. Walaupun kebanyakan pelajar telah tiba tetapi masih terdapat beberapa pelajar yg sama-sama lewat seperti Hafiz. Pengawas pun sudah bersedia untuk mengambil nama pelajar yang lewat tiba di sekolah.
.
Sejurus kereta berhenti di depan kedai tudung Ariani, saya memimpin Hafiz terus masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar keluar.
.
Oleh kerana Hafiz masuk melalui pintu pagar keluar maka tiada pengawas yang menunggu di situ. Bila sampai di hujung laluan berbumbung berdekatan, Hafiz bersalam dengan saya dan seperti biasa saya berkata kepada Hafiz,
"Ibu doakan Hafiz dapat belajar dengan baik" mencium dan memeluknya sebelum melepaskannya berjalan menuju ke bangunan sekolah.
.
Saya melambaikan tangan sambil berkata "See ya" mengambil sebutan biasa semasa kami di Australia (see you). .
Sambil saya melangkah menghala ke pintu pagar keluar, ekor mata saya memerhatikan Hafiz yang berlari-lari anak menyelusuri laluan berbumbung itu untuk ke bangunan sekolah.
.
Di hujung laluan pejalan kaki berbumbung yang berdekatan pintu pagar masuk ke sekolah yang jaraknya dalam 15 meter dari saya berdiri, kelihatan 3 orang pengawas sekolah (perempuan) yang sedang memegang tangan seorang pelajar lelaki- mungkin pelajar darjah satu.
.
Bukan memegang sebenarnya tetapi tarik menarik. Kelihatan pelajar lelaki itu yang memakai baju sekolah, meronta-ronta cuba melepaskan dirinya dari pengawas-pengawas tersebut. Memerhati dalam jarak 3 kaki adalah ke dua ibu bapa pelajar tersebut.
.
Dalam masa tidak sampai seminit saya melihat ke tiga-tiga pengawas itu melepaskan pelajar lelaki tersebut yang terus meluru kepada kedua ibu bapanya yang memerhati dari tadi.
.
Dalam hati saya berkata

"Ini mesti kes School refusal". Entah apa sebabnya.
.
Oleh kerana saya pun sudah agak lewat untuk menhantar anak sulung saya ke sekolahnya, maka saya tinggalkan saja kejadian itu tanpa jadi "busy body".

Kalau ianya berlaku dekat dengan saya mahu saja saya bertanya mengapa dan mungkin menyarankan agar dibawa berjumpa saya di klinik secara formal.
.
Apakah pelajar ini akan mengalami psikologikal trauma selepas ini? Wallahualam. Trauma yang di alami oleh kanak-kanak memang sukar dijangka kerana ianya bergantung kepada tahap usia dan latarbelakang kanak-kanak itu sendiri serta beberapa faktor yang lain.
.
Haish... itu isi untuk ceramah saya! In sha Allah akan saya kongsikan di blog saya selepas habis ceramah itu nanti tentang psikologikal trauma di kalangan kanak-kanak.
Adakah anda mencari passive income? https://wadiahtrading.com//index.php?refer=norzila

Post a Comment