ini cerita lama semasa Hafiz mahu menduduki peperiksaan penggal ke dua yang lalu. Draf kisah ni saya tuliskan agar saya tidak lupa. Harini sementelah dihubungi beberapa reporter yang bertanyakan tentang isu pembelajaran saya teringat pulak kisah Hafiz ni. Mungkin ianya memberi manfaat kepada pembaca semua.

Dalam perjalanan ke sekolah, saya bertanya kepada Hafiz bila teringatkan surat yang diberikan oleh gurunya tentang jadual peperiksaan. "Hafiz, harini abang periksa kan?" Hafiz tidak menjawab. "Apa doa yang abang baca?" tanya saya lagi "Doa penerang hati lah" jawabnya dengan nada selamba "Kalau abang tak pandai nak jawab soalan masa periksa nanti, abang nak tanya sapa?" saya menguji

"Ibu ni, dalam periksa mana boleh tanya kawan!" Hafiz masih belum boleh membaca maksud yang saya cuba sampaikan. "Habis Hafiz nak tanya sapa?" Hafiz terdiam tidak tahu apa jawapan yang saya mahukan "Dengan sapa Hafiz boleh cakap sendiri?" saya menyambung klu jawapan "Cakap dalam hati lah!" nadanya agak menaik seolah-olah sudah mendapat alamat jawapan yang saya mahukan.

"Ok...." "Dalam hati cakap dengan sapa?" saya minta penjelasan "Allah" yakin sekali dia menjawab. "Pandai abang" ceria suara saya gembira mendapat jawapan yang tepat dari Hafiz. Dia tahu kepada siapa mahu mohon bantuan ketika susah. "Apa abang nak cakap dengan Allah?" Hafiz tidak menjawab "Hafiz cakaplah dengan Allah. Allah.... abang tak tahu macamana nak jawab ni. Allah tolonglah abangg"

"tapi exam senang je bu abang buat" ada unsur dia yakin boleh melakukannya dengan baik, namun cepat saya pintas takut dia lupa kebijaksanaan yang dia ada adalah anugerah Allah. "Mana abang tau..?" uji saya"Masa periksa kadang-kadang kita tak faham..""Sebab tu kena minta dengan Allah. Apa yang abang tak faham tiba-tiba je Allah bagi faham dan abang boleh jawab dengan baik" saya menerangkan. Hafiz mendengar penjelasan saya.

Sedang elok saja, saya tiba di perkarangan sekolah. "Minta maaf Ibu, Hafiz bersalam dan mencium tangan saya, saya kucup dahinya dan berkata " Ok, Ibu doakan abang boleh jawab periksa dengan baik ya" "See ya" saya melambai Hafiz, gaya OZ masih kekal dalam hidup kami. "assalamualaikum..." saya mengakhiri perbualan sebelum bergerak menghantar along pula.

Perkara sebegini mungkin remeh dan tidak relevan pada pandangan sebahagian ibu bapa. pernah terdengar seorang ibu mengingatkan anaknya agar menjawab soalan dengan betul, tetapi diakhiri dengan ugutan " kalau tak dapat A, mami tak belikan hadiah" "... o o..." dalam hati saya, janganlah sogok anak dengan hadiah. Akhirnya mereka belajar bukan kerana Allah tetapi kerana hadiah. Mungkin kesannya tidak kelihatan lagi sekarang, bila konsep yang sama ditekankan setiap kali peperiksaan, lihatlah bencana yang kita terima bila mereka dewasa nanti.

Untuk pelajar yang akan menduduki UPSR, juga ibu bapa mereka, perbetulkan niat dan hargai usaha anak anda. Mereka adalah juara dalam setiap usaha mereka, harapan saya tiada anak-anak yang menjadi murung bila keluar keputusan pepriksaan nanti. Pihak sekolah pun fikir-fikirkanlah bila mahu menyampaikan keputusan peperiksaan, janganlah sampai mereka yang kurang "berjaya" dan ibu bapa mereka dimalukan secara sengaja di khalayak ramai bila trend mengambil keputusan peperiksaan sudah seperti majlis konvokesyen di universiti.

Ibu bapa yang terlebih gembira bila anak dapat 6A berhati-hati bila memberikan status kejayaan anak di facebook atau instagram. Ada hati yang mungkin terluka, ada pelajar yang mungkin kecewa. semuanya berkemungkinan. Saya tidak mengatakan ianya salah namun berpada-padalah ya. semoga kita menjadi ibu bapa yang bukan saja menjaga hati anak-anak kita tetapi juga hati anak-anak orang lain dan ibu bapa yang lain. Wallahualam.



Post a Comment

Post a Comment

 
Top