Hari Rabu semalam saya dan team unit kanak-kanak dan remaja mengadakan penyiasatan sosial kes seorang pelajar perempuan, Aini (bukan nama sebenar) yang berusia 9 tahun yang tidak mahu ke sekolah selama hampir 6 bulan.
Saya bersama dua orang doktor yang sedang membuat kepakaran psikiatri (Dr Shahril dan Dr Nizam), seorang jururawat terlatih (SN Rohani) dan dua orang lagi pelajar psikologi yang sedang membuat praktikal (Syafikah dan Ilyani) menaiki van HUSM ke rumah Aini yang terletak dalam daerah Kota Bharu. Dr Shahril memberikan sejarah ringkas Aini kepada saya semasa dalam perjalanan sambil merujuk kepada fail kes.
Kami ke rumah Aini sebelum ke sekolah untuk mendapatkan gambaran keadaan rumah Aini yang mungkin menjadi penyebab mengapa dia tidak mahu ke sekolah.Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 10 minit dari hospital USM. Rumah Aini terletak lebih kurang 5 meter dari jalan utama. Ketika van membelok ke jalan masuk rumah Aini, saya ingatkan kami sedang melalui sebuah tapak semaian. Pokok-pokok bunga renek sedang berkembang sepanjang jalan masuk ke rumahnya. saya sungguh terpesona melihat bunga-bunga tersebut. Apatah lagi ketika itu matahari baru naik dan masih belum terasa kepanasannya, sungguh nyaman dan terasa seperti berada dalam musim bunga pula. Hahaha... rindukan spring di Australia lah tu!!
Saya menyerahkan tugas mengenalpasti rumah Aini kepada Kak Ani yang sedang menelefon ibu Aini. Setelah pasti benar itu rumahnya kelihatan ibu Aini keluar menjemput kami masuk. Masih lagi kagum dengan kecantikan bunga-bunga sekitar rumah Aini, saya melangkah perlahan sambil mata saya liar memerhati di kiri kanan langkah saya. Ada banyak pokok bunga yang pelbagai warna dan bentuk. Ada yang baru disemai dan ada yang sedang mekar berkembang. Pokok-pokok ini bukanlah untuk dijual tetapi ditanam oleh dua orang emak saudara aini yang tinggal bersebelahan rumahnya.
Kami masuk ke dalam rumah dan duduk bersila di ruang tamu yang agak sempit, Ibu Aini memadamkan TV untuk memberi ruang perbincangan. Namun Aini tidak kelihatan. Rupa-rupanya dia melarikan diri ke rumah emak saudaranya. Dr Shahril sebagai doktor perawat Aini memulakan bicara. Tersusun tutur kata Dr Shahril penuh sopan memperkenalkan setiap seorang dari kami.
Saya mendengar dengan penuh minat, sambil-sambil menilai kebolehan anak didik saya yang bakal menjadi pakar dalam masa setahun dua ini. Namanya pun cikgu, setiap masa menilai dan apa yang pasti saya juga dinilai oleh mereka!
Mata saya tertumpu kepada ibu Aini yang berkain batik dan baju T lengan pendek serta bertudung. Mungkin Aini bukanlah pesakit barah atau jantung kronik, tetapi kes Aini tidak mahu ke sekolah cukup menyentuh hati seorang ibu.
Sambil menjawab soalan Dr Shahril, sesekali kelihatan ibu Aini menggosok-gosok pelupuk bawah matanya seolah-olah menggaru mata yang gatal. Namun mata saya begitu cekap memerhati ada airmata yang hampir menitis. Ibu ini cuba menyembunyikan kesedihannya dengan menyulami perbualan kami dengan senyumannya.
Setelah beberapa ketika saya mula menyampuk untuk mencari asbab Aini tidak mahu ke sekolah.
Ibu Aini melaporkan bahawa Aini bersiap sedia untuk ke sekolah seperti biasa pada malam hari, menyusun buku pelajaran untuk persekolahan dan bangun pagi untuk bersiap seperti biasa. Kebiasaannya ibunya akan menghantar Aini hanya di pintu pagar sekolah sahaja, namun sejak kejadian Aini ditendang di dada oleh seorang pelajar lelaki (tidak pasti sebab), Aini tidak mahu masuk ke sekolah. Dia mengadu sakit dada dan menjadikan alasan untuk tidak mahu ke sekolah.
Setiap pagi, ibunya terpaksa menarik Aini masuk ke dalam kawasan sekolah. Lama-kelamaan Aini tidak mahu masuk langsung ke sekolah dan meronta-ronta mahu pulang. Oleh kerana memikirkan masa depan Aini, ibu Aini terpaksa duduk bersama Aini di luar kelas selama hampir 2 minggu. Walaupun ditemani ibu, Aini tetap tidak mahu masuk ke dalam kelasnya.
Itulah kesungguhan seorang ibu untuk memastikan anaknya belajar. Sanggup mengorbankan masa duduk di luar kelas yang terletak di tingkat bawah. menahan malu diperhatikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. Besar harapan seorang ibu untuk anak bongsunya ini.

Salah satu hari dalam tempoh dua minggu itu, tatkala melihat guru bahasanya menuruni anak tangga, Aini memberitahu ibunya yang dia takutkan cikgu lelaki tersebut. Mengikut cerita kawan-kawan Aini, Aini pernah disergah kerana tidak pandai membaca. Semua kawan-kawan Aini pun melabelkan cikgu S ini sebagai garang dan ditakuti pelajar. Mereka mengungkapkan "kelas cikgu garang" ketika waktu kelas bahasa Malaysia.
Ibu Aini memerhatikan bahawa guru ini akan menyuruh pelajar membaca seorang demi seorang semasa kelasnya. Kedengaran intonasi suaranya tinggi jika pelajarnya tidak dapat membaca dengan lancar.
Ibu Aini memahami keadaan ini dan tidak pula menuduh guru ini sebagai penyebabnya kerana dia faham guru tersebut hanya ingin memastikan pelajar-pelajarnya belajar dengan bersungguh-sungguh. Ibu Aini mengambil inisiatif berbincang dengan Cikgu S.

Mengikut cikgu S memang suaranya kuat, tapi ketika Aini berasa takut dengannya sebenarnya dia bukan marahkan Aini, tetapi merujuk kepada semua pelajar. Namun Aini tetap takut dengan Cikgu S walaupun penerangan telah diberikan.
Ibu Aini juga berbincang dengan guru besar, namun segala usaha dan cara untuk memujuk Aini gagal. Akhirnya sejak Mac yang lalu Aini tidak hadir terus ke sekolah dan dirujukkan ke unit kanak-kanak dan remaja psikiatri.
Semasa sesi klinik, Aini seolah-olah bisu. Tidak ada perkataan yang keluar dari mulutnya. maka tidak dapat dipastikan samada Aini mengalami tanda dan gejala anzieti atau pos traumatic disorder (PTSD).
Mengikut cerita ibunya lagi, Aini menjadi takut bila mendengar tapak kaki Cikgu S yang mungkin petanda dia mengalami PTSD. Namun oleh kerana Aini tidak membuka mulutnya semasa di klinik, gejala ini tidak dapat dipastikan.

Penilaian untuk menganggarkan keupayaan intelek Aini menunjukkan bahawa Aini tidak boleh memahami 3 arahan dalam Mini Mental state Examination dan IQ nya lebih kurang pada usia 6 tahun. Namun penilaian ini tidaklah tepat kerana faktor persekitaran yang mungkin tidak selesa bagi Aini. Bila menulis Aini tidak dapat menulis perkataan "saya" dengan betul. Ini disokong dengan laporan rakan-rakan Aini bahawa Aini tidak berapa mahir membaca.
Saya membuat postulasi bahawa perkara utama mengapa Aini tidak mahu ke sekolah adalah kerana kesukaran dalam pembelajaran. Aini tidak mahir membaca mungkin ada masalah dalam pemprosesan maklumat atau disleksia. Penilaian akan dijalankan sekali lagi bila Aini lebih yakin dengan kami di lawatan susulan akan datang.
Bila Aini tidak mahir membaca, maka kelas bahasa menjadi suatu yang amat ditakutinya, apatah lagi bila Cikgu S yang bersuara kuat 'menjerkah" pelajar yang tidak lancar membaca. namun di sini bukanlah maksudnya saya menyalahkan guru, tetapi masalah ini datang dari "vulnerability" pelajar itu sendiri yang menafsirkan suara cikgu yang kuat itu sebagai "jerkahan" yang amat menakutkan. Pada pelajar lain mungkin ianya biasa sahaja dan tidak sampai ke definisi "jerkah", maka mereka tidaklah takut seperti Aini.
Justeru itu penyelesaian untuk kes-kes seperti ini adalah bekerjasama dengan guru yang Aini geruni. Kami memberikan gambaran sebenar masalah Aini dari sudut tahap intelek Aini agar guru dapat memahami limitasi kebolehan Aini yang mungkin tidak serupa dengan pelajar lain. Jadi guru boleh menurunkan jangkaan kebolehan dan tahap pembelajaran Aini di dalam kelas.
"Salah faham" tentang tak mahu membaca, malas berlatih membaca dan bodoh perlu dijelaskan dengan disokong oleh bukti penilaian intelek. Bila guru memahami konsep ini maka tidak akan ada lagi paksaan atau jerkahan andainya pelajar tidak dapat membaca dengan lancar,

Sebelum kami bergerak balik untuk ke sekolah Aini, saya ingin berjumpa Aini. Ibunya mencari Aini dan mereka kembali ke ruang tamu sambil menarik tangan Aini yang menyembunyikan wajahnya di belakang ibunya.
Aini melekapkan mukanya di pinggang ibunya sampai memegang kuat baju ibunya. Memang tidak ada peluang untuk kami melihat wajahnya. walau diusik dengan kata-kata dan dipujuk semuanya tidak menjadi.
Yang hanya kedengaran adalah "tok sei" (tak mau) sebagai komunikasi bahawa dia tidak mahu bersemuka dengan kami. Terzahir juga sedikit rasa marah yang kami kesan dari intonasi suara ibunya.
Memahami situasi ini, kami mohon diri untuk beredar dan meninjau-ninjau pokok-pokok bunga di kawasan sekitar rumah.

Tanpa segan silu, saya meminta beberapa anak-anak bunga dari ibu Aini yang kemudiannya memperkenalkan kami dengan kakak-kakaknya yang kebetulan sedang menanam pokok-pokok bunga di kawasan itu. Apalagi semakin banyaklah pokok bunga yang kami kutip secara percuma kerana mereka tidak "menjual" bunga-bunga ini.
Terkena tempias, Dr Shahril dan Dr Nizam pun mengambil kesempatan mendapatkan bunga-bunga yang diminati ini. Alhamdulillah, semoga semakin segar lah bunga-bunga tanaman mereka. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... bukan begitu peribahasa Melayu!

Setelah mengucapkan terimakasih dan meletakkan pokok-pokok bunga di dalam van, kami bergerak ke sekolah Aini yang jaraknya tak sampai 5 minit perjalanan. kami menemui guru besar sekolah tersebut yang sangat peramah dan berbincang tentang kes Aini dan beberapa cadangan kami hasil dari analisis masalah Aini.
In sha Allah saya yakin masalah Aini akan dapat diselesaikan dengan cara baik, dan semoga kerjasama dengan guru yang 'digeruni' oleh Aini akan mendatangkan hasil. Harapan kami Aini akan segera kembali ke sekolah dan meneruskan pengajian seperti biasa.
Semakin Cikgu S bijak mendekati Aini, semakin besar kebarangkalian Aini kembali ke sekolah. saya yakin Cikgu S berjaya menambat hati Aini, In sha Allah.
Semakin Cikgu S bijak mendekati Aini, semakin besar kebarangkalian Aini kembali ke sekolah. saya yakin Cikgu S berjaya menambat hati Aini, In sha Allah.
Sekiranya perlu kami akan merujukkan Aini di unit pemulihan carakerja di samping kelas pemulihan di sekolah. Sempat juga kami mempromosi perkhidmatan kami dan memberikan peluang perkongsian ilmu bersama guru-guru pada masa akan datang.
Rezeki ... pokok bunga free dari rumah Aini untuk Dr Shahril dan Dr Nizam |
#drnorzilazakariapakarpsikiatri
meniaga tanpa modal http://www.niagaaffiliate.com/hop.php?ref=norzila
Post a Comment
Post a Comment