Assalamualaikum, semoga kita semua dalam perlindungan dan kasih sayang Allah swt.
kali ini saya ingin kongsikan intipati ceramah saya bersama ibu bapa di Sekolah Menengah Sains Pasir puteh pada 30 April yang lalu. Perbincangan berkaitan psikologi kanak-kanak.
Tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan. Perbezaan generasi ibu bapa dengan anak-anak remaja kini yang pada dasarnya adalah generasi Z menyebabkan banyak perbezaan pendapat dan perbalahan dari segi cara. Rata2 dari survey kebanyakan ibu bapa adalah dari generasi baby boomers dan generasi X, ada sebahagian kecil yang dari generasi Y.
Generasi baby boomers dan generasi X adalah generasi yang masih patuh kepada arahan dan taat kepada perintah walaupun generasi X sudah mula berubah kearah internet yang memberikan impak yang besar kepada kehidupan persekitaran.
Membuat kerja dari jarak jauh tidak dapat diterima oleh ibu bapa saya yang masih tidak faham dengan teknologi. Pada pandangan mereka bekerja bila waktu bekerja mesti berada di dalam pejabat. Itu generasi saya, Kini saya mendidik anak-anak saya berbeza dengan cara ibu bapa saya membesarkan saya. Saya lebih fleksibel, terbuka dan arahan saya lebih berbentuk perkongsian. Mereka boleh mencari saya untuk bertanyakan masalah peribadi.
Namun mereka ini generasi yang semuanya mahu cepat, kurang sabar untuk menunggu seperti mana generasi saya yang lebih sabar. Jika mereka hendakkan sesuatu semuanya mahu segera sebab zaman mereka adalah zaman maklumat di hujung jari. kedai juga di hujung jari, semuanya boleh dibeli secara online.
Sebagai ibu bapa kita perlu upgrade pengetahuan kita tentang trend masa kini, menjadi pakar rujuk untuk masalah anak-anak, menjadi platform rujukan utama bukan dengan trend semasa kita dibesarkan tetapi perlu bertolak ansur dengan trend masa kini. Generasi A yang bakal hadir dalam masa terdekat ini semakin mencabar, andai pemikiran kita masih seperti genersi X dan baby boomers maka berlaku perbezaan pendapat yang ketara dan bakal wujud pertelingkahan jika tidak diusahakan untuk saling faham memahami.
Berpindah kepada alam remaja, saya membincangkan tentang perubahan fizikal, emosi dan tingkah laku selari dengan perkembangan otak. perkara yang jarang di sentuh bagaimana perkembangan otak menyediakan remaja kepada "risk taking behaviour" yang saya lihat sebagai persediaan untuk "detach" dari ibu bapa, menyediakan diri untuk hidup dengan komuniti yang berbeza.
Fungsi otak yang menyediakan persekitaran YES dan NO bila berlaku ancaman menjadi poin utama untuk anak-anak merasa selesa bersama ibu bapa jika mendapat situasi YES. Berbanding dengan NO yang menyebabkan reaksi terkadang melampau dan tidak dapat diterima.
Fungsi sistem limbik berkaitan emosi, motivasi, memori, evaluasi juga attachment. Attachment sepanjang hayat berlaku bila kita merasa soothing, safe, dan secure. Jika faktor ini sentiasa ada pada ibu bapa maka mereka akan terus bersama kita. Namun jika faktor ini dilihat lebih banyak kepada rakan-rakan maka mereka akan mencari rakan2 sebagai attachment figure mereka. Ketika inilah kita merasakan mereka sudah tidak nampak ibu bapa lagi, diketepikan dan meraskan fasa remaja adalah fasa yang sangat sukar. Isunya adalah kerana kita tidak menyediakan platform yang betul, tidak meng"alert"kan mereka apa yang bakal mereka lalui semasa fasa remaja, mereka bingung dan mencari jawapan dari sumber yang lain.
Apa jadi jika attachment ini berlaku kepada internet, kawan di alam cyber yang entah siapa.
Akhirnya, sebagai ibu bapa jangan lepas dari doa, mencari redha Allah. mungkin istilah makan garam lebih banyak sudah kurang relevan di zaman ini. ianya masih boleh diadaptasi dengan cara yang lebih sesuai. Cari sistem pengoperasian anak-anak kita untuk memastikan perbalahan selesai dengan baik dan bukan ugutan "makan garam" lebih banyak, justeru perlu mengikut apa yang diarahkan oleh ibu bapa.
Arahan perlu dengan tolak ansur, kuasa veto sudah tidak sesuai kerana ianya hanya akan menyediakan status NO kepada anak-anak dan hasil akhirnya adalah reaksi yang mungkin negatif. Sebagai ibu bapa jangan melatah bila berlaku sesuatu yang dirasakan negatif, lihatlah dari sudut positif,cari peluang di mana kita boleh perbaiki keadaan dan bukan menuding jari mencari siapa salah.
Ingatlah apa yang kita cakap, fikir rasa dan buat adalah doa... berdoalah utk menjadi yang terbaik dan fikirkan yang baik2 sahaja pasti yang datang adalah yang baik-baik juga.
Home
»
»Unlabelled
» Memahami Remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Post a Comment