Sememangnya kita bekerja dengan waktu yang terikat, tapi salahkah mencuri sedikit masa berbual dengan pengawal keselamatan atau tukang cuci di tempat kerja?
Bila kita menganggap mereka adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kita di tempat kerja, kita akan merasakan bahawa kita lebih seronok bekerja dengan niat berbual bersama mereka adalah "memberi". rasakan kepuasannya bila kita "memberi" daripada "menerima".
Senyuman atau salam yang kita beri kepada mereka akan memberikan kesan yang besar kepada diri kita. Perasaan setaraf ini amat sukar dicapai bilamana kita memegang jawatan yang tinggi. Merungut bila tiada lot parking, tandas busuk atau tong sampah penuh. Maka muka pun berkerut dan dalam hati menyumpah-seranah.
Sedangkan mereka yang bekerja sebagai tukang cuci atau pengawal keselamatan itu mungkin kedudukannya jauh lebih baik di pandangan Allah. Ibadatnya ikhlas kerana Allah dan tidak merungut seperti kita biarpun hidup mereka susah. Berikanlah kata-kata semangat agar mereka merasakan keseronokan bekerja bersama kita dan kita termasuk dalam doa mereka. Doa yang tidak kita ketahui ini sangat mustajab dan ia mungkin asbab kejayaan kita.
Peringatan untuk diri sendiri, jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Semoga Allah buangkan jauh-jauh perasaan bongkak dan sombong dalam diri kita. Mari kita sama-sama mencari redha Allah dan mengejar akhirat yang kekal abadi.
Besar ertinya bila seorang tukang cuci dapat minum secawan kopi bersama kita. Jom minum kopi...
#KOPIMINERALDNZ
Home
»
»Unlabelled
» "samakan taraf" sesama insan..... minum kopi bersama tukang cuci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Post a Comment