Assalamualaikum wbt,

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Kita dilahirkan dengan janji patuh sebagai HAMBA Allah, namun kita selalu engkar. Ramai di antara kita menjadi hamba kepada perkara lain, hamba duit, hamba hiburan, hamba harta, hamba kemewahan dan macam-macam lagi.

Kerana itu, bila kita telah memilih untuk jadi hamba hiburan, azan berkumandang kita buat-buat tak dengar dan meneruskan menonton hiburan, Bila kita jadi hamba kerja, azan berkumandang, kita teruskan kerja kita dan ALLAH kita kemudiankan ...nauzubillah.

Kita berani lewatkan solat tatkala ALLAH memanggil kita untuk menyembahNYA (azan) kerana kita lupa bahawa kita adalah HAMBA ALLAH. Mari ingatkan diri kita setiap hari bahawa kita adalah HAMBA ALLAH!

Jangan leka, hidup hanya sementara. kejarlah akhirat.

Mari solat di awal waktu.

Peringatan untuk diri sendiri.

Post a Comment

Post a Comment

 
Top