Assalamualaikum wbt,
Saya doakan semoga Allah merahmati kita semua dalam semua urusan kehidupan kita.
Ayuh kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah swt dan mudah-mudahan hari ini terus dipenuhi kebahagiaan. Amiinnn.
Ramai orang yang merasa resah gelisah memikirkan masalah kehidupan yang lalu dan terlalu memikirkan masa akan datang. Sedangkan kehidupan kita sebenarnya adalah pada saat ini, jika kita pilih untuk bersedih, maka sedih lah kita. Jika kita memilih untuk bahagia, maka bahagialah kita. Kita mempunyai kuasa untuk memilih. Maka pilihlah kehidupan anda.
Semalam telah menjadi sejarah dan esok belum pasti. Fokus kepada hari ini. Hidup anda bergantung kepada apa yang anda fikirkan kerana apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita kata dan apa yang kita buat semuanya adalah doa. Doakan yang baik-baik, maka yang datang pasti yang baik-baik. Allah maha mendengar dan maha mengasihani, dan Allah mengikut sangkaan hamabaNya.
Ya Allah, kurniakan kami kehidupan yang memberikan kami kekayaan dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Post a Comment