Menjadi seorang pakar psikiatri bukanlah suatu yang mudah. Pengalaman selama 10 tahun sebagai pakar psikiatri menemukan saya dengan pelbagai kisah. Antaranya da yang mengalami gejala-gejala yang tidak dapat dikaitkan dengan teori psikiatri, dan tidak memenuhi kriteria seperti yang digariskan dalam Diagnostic Statistical Manual (DSM) yang digunakan oleh pakar psikiatri di seluruh dunia.
Sesungguhnya al-Quran itu adalah panduan sepanjang zaman dan bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua manusia. Sebagai perawat Muslim, ramai di antara kita yang tidak dapat menjawab persoalan berkaitan hukum-hakam yang diajukan oleh pesakit kepada kita. Contohnya persoalan tentang haid dan wiladah bagi pakar perbidanan dan sakit puan ataupun mana-mana doktor baik lelaki atau perempuan. Tidak ada alasan untuk kita tidak mengetahui hukum-hukum asas seperti solat dan puasa. Namun apa yang telah kita siapkan diri kita untuk bersedia sebagai perawat muslim? Teguran itu terkena ke atas batang hidung saya sendiri. Namun syukur Allah memberi peluang untuk saya "sedar" keperluan tersebut. Saya merasakan jurang ini perlu diisi dengan membetulkan sistem pendidikan kedoktoran itu sendiri.
Saya teringat teguran seorang pakar perbidanan dan sakit puan Dr Harlina Halizah yang juga senior saya semasa belajar di UKM dulu
"takkan lah kalau pesakit tanya boleh tak saya solat sebab saya ada prolonged menses?", kita nak jawab,
"saya pakar sakit puan bukannya ustazah!".
Lihatlah betapa jauhnya kita dengan AL-Quran. Yang kita kelek setiap hari handphone, kenapa tidak setiap hari kita gunakan handphone itu untuk menbaca tafisran al-Quran hatta satu ayat. Kita berebut nak khatamkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan tapi satu ayat pun kita tak faham maksudnya. Walaupun membaca al-Quran itu sememangnya sudah mendapat pahala yang sangat banyak, bayangkanlah kalau kita faham setiap ayat dalam al-Quran dan kisah disebalik turunnya ayat al-Quran tersebut.
Senario yang sama terjadi kepada saya, sukar untuk saya menjawab tentang rasuk, saka, jinn dari sudut perubatan Islam bila saya menangani kes-kes psikosis. Justeru itu saya rasa terpanggil untuk menulis tentang rasuk, saka dan psikosis. Siapa yang agak-agaknya berminat nak mengetahui lebih lanjut?
Saya sedang mengusahakan agar pengalaman merawat pesakit psikiatri yang mengalami tanda-tanda seperti rasuk dikongsikan bersama-sama kupasan pakar perubatan Islam, dan mencari dimanakah titik persamaan antara perubatan Islam dan kesihatan mental agar ianya boleh dilihat sebagai satu entiti yang serupa.
Semoga semua kita dapat mendalami Al-Quran sebagai panduan hidup sepanjang hayat.
Adakah anda mencari passive income? https://wadiahtrading.com//index.php?refer=norzila
Post a Comment
Post a Comment