Saya dijemput untuk berkongsi cerita bersama pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kelantan. Saya memikirkan apakah tajuk yang sesuai untuk mereka. Sedang saya tercari-cari tajuk yang sesuai, tiba-tiba saya teringat kisah saya berhijrah ke Kelantan pada tahun 2004 dulu. Sebelum ini kami tinggal di Kuala Lumpur, yang penuh sesak dengan kereta dan hutan batu. Walaupun saya tinggal di kampung namun kampung tempat kelahiran saya itu jauh lebih moden daripada tempat kami tinggal di Kelantan.

Masih saya teringat anak saya yang ketika itu berusia 4 tahun ketakutan mencari saya mendengar bunyi kambing mengembek di belakang rumah. Tergelak bila kami bercerita, namun dia tidak heran dengan bunyi anjing kerana rumah kami di bandar ramai jiran yang berketurunan Cina yang membela anjing.

Hidup dari suasana yang sibuk kepada suasana kampung yang aman damai sungguh mententeramkan jiwa. Pergi kerja yang jaraknya 6 km boleh tiba dalam masa 10 minit dan hanya perlu melewati 3 lampu isyarat berbanding dengan semasa tinggal di Cheras, untuk ke HUKM yang hanya berjarak dalam 10 km tetapi mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai ke tempat kerja.

Makanan murah, orangnya lemah lembut dan baik bicaranya...semuanya sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur. Antara perkara yang saya sukar untuk menyesuaikan diri adalah bila bercakap dalam bahasa Kelantan yang saya sering tersalah tafsir...bahkan hingga kini saya masih acapkali silap faham. Pernah saya terdengar ibu bapa memberi "remark" kepada anak-anak yang sedang bermain-main ... "Bosey lah budak ni".. saya literally terjemahkan kepada "bosanlah budak ini". Dalam hati saya mengutuk perbuatan tersebut...apalah sangat dengan kanak-kanak yang bermain sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu. Bosan tu kan jemu, muak, jelak ...apakah mereka dah muak dengan anak mereka? Ish ish ish...sampai hati sungguh!

Rupanya kejadian ini pernah terjadi depan mata saya sekali lagi di dalam rumah saya sendiri.... Aduh! berani sungguh mengatakan bosan kepada anak saya... You have no right to say that! marah saya. Saya kecil hati... tak perlu saya kata siapa yang berkata sebegitu. yang pasti saya marah dan terguris...
lama saya pendam kan, kuat juga semangat saya untuk bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan "bosan"... rupanya ia bermakna "bising"... ok, not that bad, tapi dengan memek muka bila menyebutnya, saya masih tidak boleh menerima perkataan itu dalam kamus hidup saya. Saya juga tidak menyukai perkataan "bengong" and "bodo".

Sekarang dah lebih 10 tahun saya tinggal di Kelantan, terus terang saya masih tidak sukakan istilah "bosey" untuk kanak-kanak ini. Dan anak-anak saya juga tidak diajar untuk menggunakan istilah tersebut di rumah apatah lagi mereka di wajibkan bercakap bahasa Melayu baku di rumah ketika bersama dengan saya. Namun saya tidak pernah menghalang mereka bercakap bahasa Kelantan kerana itu bahasa keluarga suami saya. My rule is, speak good English, cakap bahasa melayu dengan betul..kalau nak cakap kelate, kecek molek. jangan campurkan bahasa Melayu dengan kelate. or English dengan Kelate.

Alhamdulillah, all of them cakap kelate pekat dengan kawan-kawan tetapi tidak ada istilah "bosey or Bengong or bodo dalam perbualan mereka" saya kata kalau saya dengar perkataan tu, saya akan cili mulut. Minta maaf bukan nak kata saya anti bahasa kelantan, saya pun cakap bahasa kelantan, tetapi saya tidak selesa bila ada yang menggunakan perkataan yang saya rasa kasar.

Moral of the story, wlaupun duduk di Malaysia, bahasa kita berbeza, tafsirannya juga berbeza. Itu belum lagi kalau bahasa Kelantan campur bahasa Kedah, Trengganu or negeri Sembilan ataupun Melaka...wah boleh riuh rendah dibuatnya... Truly Malaysia! and many jokes tercipta dik silap faham bahasa ni... gelak sampai nak pecah perut bila bercerita hehehehe

Saya terfikir nak menulis entry ini kerana anak saya agak terkesan dengan penggunaan bahasa sebegini di sekolah beliau... apa nak buat, she can only change herself and not others. Harap-harap dia dapat bertahan dengan kerenah bahasa ini ....

I love Malaysia... bahagia duduk di Kelantan yang tenang ini. Masih banyak tanah untuk bercucuk tanam...hehehe saya tolong petik buah je. Its my husband's hobby!



 Syukur alhamdulillah
Hafiz dengan buah pauh tanaman ayah

My loving husband

the three kids yang masih meriuh rendahkan rumah

tuan punya pokok buah sekitar rumah




Post a Comment

Post a Comment

 
Top