Sudah lama blog saya ni tak bercerita. Dikejutkan dengan personal mesej dari seorang pelajar tingkatan 4 dari Sabah bernama Iffah Hajidah https://www.facebook.com/princess.safa.315 pada 22 Feb yang lalu....begini lah mesej yang saya copy dan paste:

Assalamualailkum,saya pelajar ting. 4 ..Saidah iffah,boleh minta tarikh lahir dan tmpt lahir? saya ada tugasan dan saya menjadi kan awak sebagai idola saya,Cita2 sya ialah mnjadi doktor

Saya sungguh terharu, cerita saya yang tidak seberapa itu rupanya telah memberi inspirasi kepada beliau, dan lebih terharu beliau bercadang untuk memilih USM sekiranya beliau berjaya kelak.

Teringat pulak saya kata2 guru saya, kalau kita ada ilmu tak sampaikan kepada orang lain, kita berdosa...entah kenapa tak pernah lah pulak saya terdetik kisah hidup saya ni perlu disampaikan kepada orang lain, sebab rasanya seperti sangat personal. Tapi tegurannya sangat menusuk hati dan menyebabkan rasa rasa "terpaksa" untuk menyambung kisah bagaimana saya menjadi seorang doktor.

In sha Allah akan saya usahakan menulis kisah ini, mudah2an ianya menjadi inspirasi untuk ramai lagi pelajar2 diluar sana yang ingin menjadi seorang doktor. Alhamdulillah, thank you Allah for giving me the strength to write this short entry.


Post a Comment

Post a Comment

 
Top