Assalamualaikum, semoga Allah akan melapangkan kehidupan kita dan permudahkan segala urusan hidup. Saya ingin berkongsi ilmu dari intipati siaran Usrah Nurani radio IKIM yang memberikan kesan mendalam dan menginsafkan diri saya, melihat kembali siapa saya sebenarnya. Benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh ustaz bahawa
"Ilmu bukan bermula dari saat kita membuka buku, tetapi dari saat terbukanya pintu hati kita"... terimakasih yaAllah kerana telah membuka pintu hati saya. alhamdulillah, alhamdulillah...
Saya juga berharap perkongsian kali ini akan menjadi asbab terbukanya pintu hati kita semua untuk sama-sama mencari redha Allah.
Intipati dalam perbincangan usrah:
Untuk mencari ketenangan bukanlah suatu yang sukar jika kita meletakkan redha Allah sebagai tujuan utama, dan syurga Allah sebagai matlamat akhir.
Namun mengapa hidup kita sentiasa diburu keresahan, gelisah dan sentiasa cemas.Mengapa orang yang kaya raya tidak tenang? sedangkan orang yang tidak berada berangggapan bahawa orang kaya patutnya tenang kerana semua yang dia hendak boleh diperolehi. Namun itu besar kemungkinannya tidak 100% benar. Bila tidak tenang, bahagia juga tiada.
Bagaimanakah rasanya tenang dan BAHAGIA itu? Ada yang kata bahagia bila berkahwin, ada pula yang kata bahagia bila mendapat cahaya mata, ada juga yang bahagia bila wang berkepuk2, ada yang bahagia bila dapat jadi ketua jabatan, ada yang bahagia bila orang tunduk pada kemahuannya. Namun ada yang bahagia bila dapat memandang wajah ibu dan ayah, ada yang bahagia bila dapat minum segelas air kosong, dapat menjamah nasi dgn garam, dapat memegang basikal buruk, mendapat kotak untuk dijadikan lapik tidur.... subhanallah, astaghfirullah, ampuni dosa2ku andainya aku lalai dari mensyukuri nikmatMu ya Allah. Cuba kita nilaikan apakah makna bahagia bagi diri kita? Hakikatnya, bahagia adalah milik Allah dan mintalah kebahagian itu dari Nya.
Seperti dalam entri yang lepas, saya tekankan bahawa bahagia itu pilihan. KITA BOLEH MEMILIH... maka pilihlah untuk menjadi bahagia. Buangkan kegelisahan. Allah berikan manusia keupayaan untuk memilih, maka pilihlah...
Jika anda memilih untuk bahagia, ini tipsnya:
Kita akan rasa bahagia bila kita tenang. Bagaimana untuk mencapai ketenangan itu?
Kita akan tenang bila kita redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita. Kita kaya, kita bankrupt , kita sakit, kita ditimpa musibah, semua itu akan menjadi punca ketenangan andainya kita redha.
Redha bermakna bersetuju dan menerima apa yang Allah tetapkan. Ianya bukan dilafazkan dengan lidah tapi dipersetujui oleh seluruh anggota tubuh badan dan jiwa kita. Tips untuk mudah redha adalah memahami bahawa kita adalah "HAMBA" pada hakikatnya. Kita diciptakan Allah sebagai HAMBA... confirm 100%, tak percaya? kena percaya...saya ulang sekali lagi.. Allah ciptakan kita untuk menjadi HAMBA, H A M B A.... hamba. Tau apa makna HAMBA? Tunduk dan patuh! Jadi jangan engkar!!
Selama ini kita (saya) mungkin selalu terlupa bahawa kita "hamba". Apa yang lebih kita ingat adalah kita doktor, engineer, supervisor, guru etc... betul itu semua profession kita, tapi Profession paling utama adalah HAMBA ALLAH.
HAMBA tidak akan membantah, malah akan menerima segala apa yang darahkan, diberikan atau disuruh. MAKA, mengapa kita engkar dengan suruhan Allah? itu kerana kita mempunyai pilihan, bila kita memilih untuk jadi hamba DUIT, hamba HIBURAN, hamba facebook, instagram, kerja, perempuan dan sebagainya, maka kita tidak akan redha dengan apa yang Allah tetapkan. Kita akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku, sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang kita miliki, sentiasa berlumba-lumba update status di fb and counting how many likes we got astaghfirullah... dan sentiasa berasa iri dan dengki bila melihat orang lain lebih dari kita. Maka kita semakin resah dan gelisah, kita tidak mensyukuri apa yang telah Allah berikan. maka dimanakah ketenangan itu.
Justeru itu marilah kita kembali kepangkal jalan... jadilah HAMBA ALLAH yang taat dan patuh. Bagaimana? memang sukar untuk menukar dari konsep seorang ketua jabatan/seorang supervisor, seorang guru kepada konsep HAMBA, but we have no choice!!!
Marilah kita beritahu diri kita dan mengakui status HAMBA ini. Bercakaplah dengan diri sendiri dengan perlahan2, rasakan ianya mengalir melalui darah kita keseluruh tubuh badan kita "wahai tubuh badan ku, kita kena menerima bahawa kita adalah HAMBA ALLAH" berulang-ulang kali. Hadamkan maksud ayat ini, agar diterima oleh semua sel-sel badan kita.
Bercakaplah dengan seluruh bahagian badan kita: "Tangan, aku adalah hamba Allah, kau juga hamba Allah, maka kita kena patuh kepada perintah Allah dan redha atas apa yang ditetapkannya"
"Mata, kita adalah hamba Allah, ....."
"Akal, aku adalah hamba Allah, kau juga hamba Allah, fikirlah perkara-perkara yang baik sahaja"
"Emosi, kita adalah hamba Allah, jadilah tenang wahai emosi, redhalah dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita wahai emosi"
Rasakan getaran seluruh tubuh badan kita mengakui bahawa ALLAH adalah Tuhan kita, kita kena patuh kepada segala arahanNya dan setiap apa yang kita lakukan mestilah keranaNya. Bila kita sedar yang kita telah mula leka, bercakaplah lagi dengan diri kita agar kita sentiasa ingat status kita sebagai HAMBA, terutamanya emosi kerana kerap kali antara akal dan emosi, emosi akan menang. jika kita gagal mengawal emosi, kita akan mula kehilangan pertimbangan.
Bila kita berjaya menerima status diri kita sebagai HAMBA ALLAH, maka kita akan merasakan kelazatan tanggungjawab kita itu dan bukan lagi menjadi beban. Solat ditunggu-tunggu, bersedekah menjadi amalan, membantu menjadi kesukaan, meminta hanya kepada Allah. Semuanya menjadi lazat belaka. In sha Allah mari kita cuba praktiskan tips yang sangat berguna ini.
Home
»
»Unlabelled
» Santapan jiwa...mencari redha Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Post a Comment