Hari ini aku membuat draf thesis ku...hmmm barulah nampak rupa macam thesis, dah belajar how to use navigation panel (word 2010)...lega rasanya...memudahkan pencarian, nampak struktur thesis, mudah meng'edit'....nak mengadap supervisors 24 September ni (Rabu next week). Aku harap aku dapat menyiapkan banyak lagi dalam zero draft aku. InsyaAllah sabtu ni nak gi jumpa kawan Raja Yasmin Suraya yang terrer SEM (structured equation model)...syukur mempunyai ramai kengkawan yang hebat2!

Pada tahap ini, aku masih lagi tak pasti dgn tajuk PHD ku ni...kalau Dr OT dengar mesti dia kata ..."tu lah cari tajuk dulu, baru nak cari gap!" hahaha...itu andaian aku jer. Bukan apa, tajuk thesis ku ini terlalu panjang (bak kata Winnifred...librarian di Monash Uni) semasa membantu aku membuat literature search. Padan lah dia kata gitu, dalam satu website tentang lit search...maximum 3 concept jer...aku punyer mak oiii.> cuba korang tengok tajuk ni " understanding attitude and self efficacy of in-sevice and pre-service teachers to include students with disruptive behavior in Malaysia primary school"...fullamak, terkebil2 mato den!!

kalau ikut Dr OT, betul dah tajuk ni, ada independent variable (self efficacy and attitude), ada dependent variable (behavior to include disruptive students) dan ada subject (in/pre service teachers)....tapi panjang bebeno...bila buat search...memang payah naak masukkan semua2 dalam advanced search tool tu.

Yang kelakar (suspen gak) bila second supervisor aku kata "you have too much data!!" sebab dia ingatkan pilot study (100 participants) aku tu the real study kwang3....wal hal the real study ada 210 participants. Padan ler dia beria suruh buat paper...aku ingat makcik ni pun tak berapa fokus bila aku kata itu cuma pilot study je, tapi tak pe lah, siap dah satu paper...nak hantar kat mana pun tak pasti lagi sebab cubaan kali pertama hantar ke jurnal di tolak (tanpa review) sebab tajuk tak sesuai...huhuhu

Tersangkut dik bersalinkan Humairah...aku buat pekasam jer paper tu...nantilah bila ada mood aku search jurnal mana yang sesuai. Sekarang ni tengah dok pikir...banyak betul yang supervisor aku nak buat dgn data aku ni...validataion of the questionnaire lah (translated into Malay language 3 Questionnaire, 2 questionnaire self develop pulak...waduh banyak banget nih!)   sedangkan validation ni sebenarnya dah boleh jadi satu tajuk PHD tau. pas tu nak test model pulak, kalau ikutkan dia nak suruh compare in sevice and pre service teachers pulak...PHD ke 2 dah ni, pas tu nak tengok pulak relationship dgn semua2 quantitative data tu...segala2 lah.....woishhhh....boleh dapat 3 PHD macam ni!

Masa ni aku etiba teringat Dr OT kata buat PHD dan master sekali...jadilah expert dalam bidang yang baru...contohnye macam aku ni, aku patutnye jadi terrer bab SEM dan jangan lepaskan analisa data2 aku kat statistician saja...memang betollll!!!! aku memang minat statistik pun sebab hubby tersayang pun seorang statistician (Medical Statistician)..tapi masih kerja jadi Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran walaupun ada master (janganlah pandang dunia wahai norzila!)....syukur walaupun belum dapat rezeki, dia banyak membantu aku dalam analisa data and he is expert in many other computer programs as well....tabik spring abang!!!

Oh...Allah nak bagi pahala ni, kena stop writing..hubby minta urut belakang! Till we meet again in the next entry...bye

Post a Comment

Post a Comment

 
Top