Salam Sejahtera,
Ini adalah post pertama yang saya tulis setelah mendaftar sebagai blogger. Masih lagi mencari tajuk untuk menulis walaupun berbagai idea memenuhi fikiran. Buat masa ini kami telah berada di bumi Australia selma 3 bulan. Saya kini bergelar pelajar semula dan insyaAllah akan berada di sini selama 3 tahun. Tempoh masa 3 bulan masih lagi adjustment period buat kami sekeluarga. Sukar juga mnyesuaikan diri dengan cuaca, gaya hidup dan kewangan yang agak sempit. Bukanlah nak dikatakan hidup mewah di Malaysia, tapi harga barang2 keperluan di Melbourne agak mahal dan kami dibebani dengan sewa rumah yang agak tinggi.
Anak-anak membesar dalam suasana yang berbeza, tiada kedengaran azan berkumandang 5 kali sehari, waktu solat yang sentiasa berubah apatah lagi kini musim panas, waktu siang yang panjang maka Isyak masuk pada jam 10.30 mlm dan subuh seawal 4.00 pagi, sungguh sukar untuk memastikan anak-anak solat Isyak sebelum tidur kerana mereka telah keletihan bermain sepanjang hari. Kekuatan iman perlu dimantapkan agar solat 5 waktu sentiasa dijaga dengan baik.
Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kami semua untuk menegakkan Islam dibumi Australia ini. Kami rindukan Malaysia yang damai dan aman!
"The Four Weeks To Freedom"http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=12776
"Pakar Affiliate" http://PakarAffiliate.com/?aff_id=1277
"learn how to invest in gold" http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=hafizuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Post a Comment